HISB: Tangible vs Intangible



OK ini adalah satu talk yang agak boring kerana the speaker adalah seorang yang banyak berfikir. Banyak berfikir, banyak bertanya dengan diri sendiri dan sentiasa mencari jawapan untuk diri sendiri. Haha. Which is good right? Aku kata dia boring sebab aku jeles, sebab dia bijak sangat! Hahahahaha. Kukuh tak reason aku nak cakap orang boring?

Mari berbincang mengenai talk dia yang ini. Dua perkataan yang disebut berkali-kali sepanjang ceramah dia.

Tangible - Benda yang kita nampak dan boleh disentuh
Intangible - Benda yang kita tidak nampak dan tidak boleh disentuh.

Jadi apa yang dia merapu dalam ceramah dia ini, dia rasa pelik kenapa di dalam sesuatu negara untuk maju kita lebih pentingkan benda yang kita nampak dan boleh disentuh. Misalannya, dalam mengukur kehebatan sesuatu negara itu, kita lihat pada nilai Gross Domestic Products. Makin tinggi GDP, makin efisien ekonomi engkau, makin bagus.

Di dalam ceramahnya Encik Conley ini memasukkan cerita pasal Bhutan. Dan hari ini aku juga belajar bahawa ada negara bernama Bhutan. Bhutan mempunyai seorang raja yang sangat curious orang nya. Pada suatu hari raja ini ditanya mengenai GDP negara dia. Dan dia bertanya balik " Kenapa kita begitu obsessed dengan GDP? Kenapa kita tidak kisah mengenai Gross National Happiness?" Soalan dia simple comel je, tapi buat kita berfikir. Haah kan? Kenapa kita tidak mengukur kegembiraan untuk menilai kehebatan sesuatu negara itu? Adakah kegembiraan itu tidak penting? Adakah kerana kegembiraan itu kita dapat nampak dan sentuh, bermaksud kita tidak dapat mengukurnya? Bermaksud kita perlu menganggap perkara itu seolah-olah tidak penting?

Encik Conley ini pernah bertanya kepada raja Bhutan " Camne kau nak cipta dan ukur benda yang tak boleh dinampak, disentuh?" Raja jawab " Dengar ni cik abang. Bhutan bukan mencipta kegembiraan. Bhutan menyediakan tempat tercetusnya kegembiraan. Atau dengan nama lainnya habitat untuk kegembiraan". Haah kan? Betul jugak cakap raja ni. No wonder kau ni raja. Bijak sekals! Dan satu benda yang menarik minat aku pasal Gross National Happiness ni adalah, satu key indicator dia adalah MASA! Bak kata Encik Conley, masa adalah benda yang kita paling miskin di dunia. Dan masa tidak pernah sesekali masuk dalam perkiraan GDP. Weird right?

Basically dia punya ceramah ni leans towards how negara sangat sangat fokus kepada benda yang boleh dikira sampai kita lupa bahawa benda yang tak boleh dikira itu sebenarnya faktor penting juga dalam menilai kehebatan sesuatu negara itu.OK macam ini lah konsep nya, negara kau buat banyak duit, tapi rakyat negara kau tak gembira. Kerana apparently kegembiraan tidak penting dalam memajukan negara. Semua orang jadi hamba kepada duit. Kenapa kita tidak boleh menjadi hamba kepada duit dengan rasa gembira?

Dan inilah Encik Conley nak tekan kan sebab ceramah dia ini macam sebenarnya suatu peringatan kepada ketua dalam business atau pun ketua politik. Semua mahu keuntungan, kerana keuntungan kau nampak dan kau boleh guna untuk membuat kau gembira. Tetapi dalam mengejar keuntungan, masa perlu dikorbankan, adakah kau gembira mengorbankan masa? Siapa kisah kan? Sebab kegembiraan adalah intangible. Tetapi tolong lah para ketua semua, kami sebagai orang bawah sebenarnya kisah!

Bak kata Encik Conley, 64% di dalam GDP dunia terdiri dari industri servis dan selebihnya baru industri manfucturing dan argiculture. Industri servis paling besar? Wow. Industri di mana servis ditawarkan. Servis, benda yang kau tak nampak atau sentuh. Tapi kau rasa, di dalam hati. Tak funny kah dia mempunyai peratusan besar di dalam GDP dunia?

And yet, quality of service industry in our country sucks like hell!

Dan itu lah konklusi aku dari talk ini. Kau boleh bina banyak bangunan tinggi. Jambatan gah. Shopping mall berjuta-juta. Tetapi kalau pergi jabatan kerajaan/swasta, muka orang yang melayan kau seburuk muka raksasa dalam cerita ultraman, tidak berguna juga! Kalau kau charge extra 6%, tetapi servis kau masih macam haram jadah buat orang marah, tidak berguna juga! Kalau harga makanan pun naik, sampai rakyat perlu mengikat perut, dan sekaligus tidak gembira dalam melakukan kerja untuk memajukan negara, pun tidak berguna juga!

Dan persoalan aku,

realistikkah untuk mengharapkan faktor tangible dan faktor intangible bergerak sejajar ke atas tanpa sedikit kepincangan di dalam memajukan negara?

P/S: Sorry lately macam obsessed dengan tajuk kegembiraan. Sebab benda ini sangat subjektif, dan banyak benda boleh dibincangkan dari sini. Hiks.