Showing posts with label Fresh. Show all posts
Showing posts with label Fresh. Show all posts

HISB: Filem Ojamoja Suka Tengok!


Dear Zachary: A Letter to a Son About His Father



Baru tengok dokumentari ini. Aku ingat cerita ni cerita cute-cute pasal ayah dan anak. Tanggapanku salah sama sekali. Tak sangka aku boleh enjoy tengok dokumentari. Ye lah selalu tengok dokumentari retis Hollywood kat E! Channel, takda la pulak rasa macam ni. Ini enjoy sampai semua feeling aku rasa hanya dari satu dokumentari. Cam haram betul sapa yang buat dokumentari ni. Pandai dia buat aku nampak macam orang gila. Sekejap aku sedih, lepas tu senyum-senyum, lepas tu marah gila, lepas tu sedih balik. I bawled like a baby kut.

Aku rasa yang buat cerita ini agak enjoyable sebab dia ada banyak old footages pasal subjek. So memang tak bosan lansung. Dengan narration pembuat dokumentari ini lagi, dengan lagu background plus all the footages buat aku rasa macam aku pulak kenal mereka-mereka ini dalam real life. Jadi aku rasa memang penting kita mengabadikan memori di gambar dan di video. Sebab sangat berguna untuk menangkap emosi. Aku yang tak kenal mereka pun boleh tangkap layan dengan emosi bila tengok gambar-gambar dan video-video tu. Sigh.

Saranan aku, tengok dokumentari ini kalau kau ada mood nak menangis. I'm not gonna lie, it's a soul destroying documentary. And please don't google the story about them. Sebab aku first tengok tanpa tahu apa-apa pasal kes ini. So bila tengok wah rasa terkezut datang menjengah.Walaupun sedih, ini aku rasakan the best documentary aku pernah tengok.

Konklusi aku dapat buat dari cerita ini: It's kind of a reminder to men, don't stick your dick in the crazy.
Hiks.


Rating di Rotten Tomatoes: 94% (Fresh!)

HISB: Filem Ojamoja Suka Tengok!

Sunshine (2007)



Pada tahun 2057, bumi mengalami masalah. Bumi menjadi semakin sejuk. Makin hampir kepada kemusnahan akibat matahari yang sudah tua. Yang sudah hendak mampos. Lebih kurang macam nak dekat kiamat lah. Maka nak dijadikan cerita, 8 orang yang bijak pandai dihantar untuk memulihkan matahari. Bagaimana? Mereka diarahkan menghantar payload: satu bomb untuk reignite matahari. Umpama kau pergi dekat dengan matahari, kau shoot bomb tu, then kau pecut balik pegi bumi (nak sampai bumi bertahun lah). Dan mereka adalah kumpulan kedua yang dihantar keluar kerana kumpulan pertama yang dihantar dikatakan telah dipercayai lost in space selepas 7 tahun mereka dilepaskan ke angkasa.

So yeah, cerita nya seakan-akan Armageddon. Tetapi dengan bajet lebih murah. Tapi yang syioknya bila tengok cerita, takda lah rasa murah sangat. Maybe ikut standard Hollywood untuk cerita sains fiksyen, 40 juta USD murah kot. Hiks.

Aku suka cerita ini. Aku rasa Boyle sangat hebat dalam mempermainkan emosi penonton. Tengok sains fiksyen pun boleh rasa emosi macam tengok cerita hindustan and the same time rasa deep. Formula yang aku suka! Semua aku suka except the fact dia cuba menunjukkan, bagaimana RELIGION VS SCIENCE, science yang menang. I guess Boyle is a non-believer? Except that particular part, semuanya masyuk. Walaupun towards the end of the movie dah macam slasher flick pun ada. Banyak darah-darah.

Overall, recomended by Ojamoja sebab cerita ini buat aku berfikir sejenak dan aku anggapkannya ia sebagai metafor dari Boyle mengenai kehidupan. Aku tak berapa setuju sangat dengan metafor dia, tetapi cerita ini cerita bijak, so aku suka. Dan kerana cerita ini, aku rasa aku sayang kat Danny Boyle. Jangan risau Chris Nolan, kau sentiasa di hati. =P So far cerita yang diarahkan oleh Boyle aku pernah tengok, 28 Days Later,( aku suka gila!),28 Weeks Later (aku suka gila), dan The Beach (enjoyable). FYI, aku tak tengok lagi Slumdog Millionaire dan 127 Hours, di mana kedua-duanya diarahkan oleh Danny Boyle. Dan banyak review positif. Ye aku memang lembab. Weks. Nanti aku tengok dan aku review OK?

Rating di Rotten Tomatoes : 74% (Fresh!)

HISB: Filem Ojamoja Suka Tengok!

Oh lately aku bersemangat mendownload movie-movie yang mendapat fresh rating di Rotten Tomatoes. Terima kasih UNIFI! Oh btw, I'm a sucker for RT. Whatever RT cakap best, aku percaya. Bila dia cakap tak best, aku percaya. Dan kerana itu aku tidak pergi menonton Transformers yang baru tu sebab RT kasi markah sikit je. Lagi pun transformers tu lama sangat cerita dia. Dan aku tak boleh tengok cerita-cerita aksi lama sangat, nanti aku mengantuk. Moreover, attention span aku pendek. Nanti lah kalau attention span aku sedikit panjang akan aku luangkan masa menonton Transformers.

Btw, aku nak list movie-movie yang aku rasa " Wah best! Aku suka!"

1. Kiss Kiss Bang Bang.

Cerita ini sesuai kalau kau suka lawak-lawak tongue-in-cheek, lawak-lawak perli habis macam aku. Hiks. Layan gila. The trailer doesn't do any justice. Nasib baik aku tengok dulu, baru tengok trailer. Kalau tengok trailer mesti aku terfikir "Ah tipikal cerita lawak Amerika". Tak tipikal sebab mengarut jugak. Lepas tu quotes movie ni semua stock yang kau macam "Dammit, I wish I were as witty as Gay Perry (Val Kilmer) in real life. =("




2. Limitless

Bradley Cooper sangat awesome dalam cerita ni. Konsep pill dapat buat kau jadi awesome membuatkan kau tak kelip mata tengok cerita ni sampai habis. Sebab nak tau ending dia macam mana. Definitely a must watch!




3. Moon.

Ok cerita ini for some mungkin akan anggap slow. It's a sci-fi movie without the explosions and all that jazz. Basically cerita ni kuat dari segi acting, music mood dan emotion yang ditunjukkan. Yes go watch it kalau kau sejenis orang nak tahu apa itu perasaan forever alone. =)



Sebenarnya aku tengok 8 movies minggu ni. Haha. Banyak masa katakan. And yes hanya 3 je aku benar-benar suka. Yang lagi 5 OK-la. Nothing fancy sangat. Hiks. And btw, do watch anything from Christopher Nolan. Sebab so far semua cerita dia aku suka dan rating dia kat Rotten Tomatoes semuanya Fresh! Wa caya sama lu lah Chris!

Yeah, sekian review dari ojamoja. Kbye.