Showing posts with label GK. Show all posts
Showing posts with label GK. Show all posts

HISB: Godam Kehidupan # 5


Bagaimana nak tahu telur dah basi atau tak?



Sediakan satu gelas air sejuk. Dan masukkan telur.


Sekiranya telur itu tenggelam terus, maksudnya masih segar.

Sekiranya telur tenggelam dengan bahagian tirus nya menghala kebawah, maksudnya masih selamat untuk dimakan, dan lagi bagus kalau digunakan untuk baking.

Sekiranya telur terapung, maksudnya sudah basi, sila buang dan beli yang baru.

Peraturan ibu jari: Makin terapung, makin banyak gas masuk dalam telur itu, makin euw.

Sekian terima kasih.



Sumber: What's Cooking America

HISB: Godam Kehidupan # 4


Masih aku ingat pengalaman aku, first year di US. Belanja beli buku text untuk satu semester sebanyak $500. Kalau ditukar ke RM pada ketika itu ialah RM 1900. Bongok gila. Nak buat macam mana, time tu kami hanyalah 6 orang gadis terkedek-kedek, first batch JPA yang datang, setelah sekian lama tiada pelajar JPA di Penn State. Senior ada lah dua kerat, budak Petronas. So kami banyak buat benda ikut kepala sendiri. Universiti kasi list buku teks kena beli, terus pergi ke bookstore beli macam banyak duit. Baik gila kot. Dah la buku kat sana, mahal gila. Especially buku calculus, buku-buku biologi. Kalau satu buku tak harga ~$100 memang tak sah. Aku pun tak faham kenapa perlu mahal-mahal. Nak kata student kau kaya. Tak jugak. Kebanyakkan sambung belajar tu pun pakai loan. Kenapa kau hike up harga buku teks dan buli pelajar kau? Kapitalis betul!

Lepas setahun berada di universiti barulah aku tahu selok-belok dan tricks pasal buku teks ni.

Pertama; Bookpool. Equivalent to carpool. Kongsi ramai-ramai. =)

Kedua; Beli dari senior yang sudah tidak memerlukan buku itu dengan harga lebih murah.

Ketiga; Survey buku online. Selalunya akan jumpa buku yang sama dengan harga lebih murah dari yang dijual di kedai buku. Used? Ada aku kisah?

Keempat; Try dapatkan buku yang sama versi international. Sebab publisher ni konon baik, so untuk orang-orang yang bukan kat Amerika, dia jual dengan harga yang murah. Tapi tak hardcover. Dan kertas gred rendah. Tapi ada aku kisah, content still sama kan?

Kelima ; Beli yang past edition. Keburukan sistem edukasi US. Depa suka sangat bila new semester suruh orang tukar buku ke edisi baru. Cam pungkoq. And imagine kalau kau jual balik buku kau kat kedai buku, harga yang kau dapat jual adalah less than 15% dari kau beli. Cekik darah kan?

Keenam; Pinjam dari perpustakaan. Like what I did last time. Tapi keburukan pinjam dari perpustakaan, kau tak boleh pinjam lama-lama. And selalu nya ada queue list. Tapi dulu aku kerja sebagai pustakawan di perpustakaan universiti, dan mempunyai akses ke database perpustakaan universiti, so selalunya aku dengan jahat, skip queue dan pinjam buku tu selama satu semester. Bila ada orang recall, aku cancelkan je recall tu. JAHAT TAK? TAK BERKAT KAN ILMU AKU DAPAT? No wonder nak dapat A susah. Damnson. Jangan tiru saya!

Ketujuh; Download online secara gratis!

Apa? Photocopy je buku tu? I don't think that's a good solution. Aku tak rasa mana-mana kedai fotostat, di luar negara, sanggup nak berbuat sedemikian untuk kau. Kalau nak kau fotostat sendiri, duk lah kat photocopy machine kat library tu berjam-berjam. Mesti orang pandang semacam je. Hiks.

Aku tak sure if stalkers blog aku adalah pelajar. But I'm gonna share a couple of links for you students untuk memuat turun buku teks secara gratis.

Belajar lah bersungguh-sungguh! Jangan sebab kesempitan duit dan kedekut sangat, kau hilang advantage nak belajar sebab tak ada buku teks sebagai reference. Yakin boleh rakan muda! =)

HISB: Godam Kehidupan # 3

Pernah tak berada di dalam situasi di mana pergi tempat parking suddenly macam totally lupa kat mana kau letak kereta, tapi kau sure kau letak kat that particular floor. So the only option you have now is, guna remote kereta kau untuk membuat kereta berbunyi. Tetapi tak sure signal range remote kereta tu sampai ke tak kat kereta kau.

Sebenarnya kau boleh memanjangkan range signal remote kereta kau dengan meletakkannya di bawah dagu dan mengangakan mulut kau (I'm not sure on this part, to open or not to open, last time aku tutup mulut ok je) . Signal akan resonate di dalam tengkorak sekaligus memanjangkan range! So umpama kepala kau jadi antena. Haha. So kiut!

Aku pernah buat sekali and memang menjadi! Korang try lah. By the way, tips ini telah dikongsi oleh pengacara Top Gear except pengacara tu guna kepala terus. Aku rasa the science behind it tetap sama. Guna kepala sebagai antena. So yeah suka hati korang nak guna yang mana. Yang penting memang terbukti kepala kita memanjangkan signal range. Dan radiasi ini dikatakan selamat kerana ia adalah non-ionizing radiation. Bermaksud ia tidak cukup kuat untuk mengakibatkan engkau menjadi mutant macam X-Men. =)

Saya akhiri entri ini dengan gambar saya yang bodoh melakukan demo proses memanjangkan signal range remote kereta. Hiks.


Sumber: NY TIMES

HISB: Godam Kehidupan #2

Aku ada konfesi ingin dilakukan. Aku adalah seorang yang tidak suka mengemas. Suka mengemas bila ada mood sahaja. Sangat tidak senonoh kan? Jadi bila tidak mengemas jadi lah kesemakan. Kesemakan bilik, kesemakan fikiran dan kesemakan kehidupan. Mana taknya bila semak, semua benda susah nak cari. Kunci rumahnya kemana. Kunci keretanya kemana. Cellphonenya entah kemana. Lepas tu mesti call that "special someone" and meroyan "You my kunci hilang, I tatau I letak mana. Uwaa!" 30 minit selepas kejadian meroyan "Oh OK da jumpa, ada bawah katil rupanya!".

So SEMAK kenot go meng!


Jadi apa harus aku lakukan?

KEMAS LAH! DUH!


Hari ini aku ingin berkongsi dengan stalkers tips-tips untuk mengelakkan kesemakan di dalam kehidupan kita semua. Sila praktikkan wahai diri sendiri!

1. Sedikit dan selalu: Proses mengemas sebulan sekali adalah tidak realistik dan lansung tidak membantu dalam mengelakan kesemakan. Ia perlu dilakukan secara rutin, bukannya mengumpul banyak-banyak macam bukit dan baru terbuka hati nak mengemas. Kalau duit ye simpan sampai jadi bukit. Kalau clutter, biar lah flat seperti lapangan terbang. Senang nak bernafas. Ala ini boleh diumpamakan seperti kita crash diet tanpa mengubah cara pemakanan, berat badan memang turun, tetapi berat yang hilang akan selalu datang balik malahan makin bertambah-tambah. Idaknya?

2. Setkan timer dan sediakan satu slot mengemas setiap hari. (15 minit - 1 jam). Satu peringatan, jangan sekali-kali mengeluarkan satu wardrobe kau kalau kau takda masa panjang nak mengemas. Nanti instead of makin kemas, dia menjadi makin tidak kemas.

3. Barang-barang seperti DVD, gunting, nail clipper, kasut, pensil, pinggan mangkuk sila lah jangan kumpul-kumpul macam artifak. Bila guna simpan balik ke tempat yang ditetapkan.

4. Bila mengemas, mulakan dari pintu dan lakukan aktiviti mengemas mengikut pusingan jam. Ini dapat mengelakkan kau dari distracted dan terlupa kat mana kau mengemas. Kalau tiba-tiba kemas ada orang ajak pergi minum, pergi je, sebab nanti sambung balik kau dah tahu kat mana kau stop tadi.

5. Buang segala sampah kertas as soon as ia tiba di rumah engkau. Sebagai peringatan, anggapkan setiap kertas hanya patut berada di tangan kau sekali je. Kalau ianya adalah bill, bayar cepat-cepat. Simpan bill yang dibayar dalam satu fail dan shred selepas 6 bulan. Junk mails? Terus shred je!

6. Sediakan tiga kotak besar seperti imej di bawah dan labelkan mereka sebagai : GIVE AWAY, THROW AWAY dan PUT AWAY. Kotak GIVE AWAY kalau dah penuh, rajin-rajin lah bawak ke bundle ke, derma ke ape. Jangan simpan dalam store!

7. Masa mengemas, selalu praktikan KBKK dengan bermonolog. Tanya soalan-soalan seperti " Aku suka ke menatang ni?"; "Adakah aku ada menatang yang sama, dan jika, perlu ke aku ada dua menatang yang sama?"; "Adakah aku guna menatang ni baru-baru ni?"; "Adakah menatang ini buat aku senyum, meh atau semak?" Peringatan sila lakukan monolog ini secara senyap-senyap, jangan buat stock macam sinetron, monolog kuat-kuat pulak tuh. Tak koser tau!

8. Buang segala benda yang tidak membuat kau senyum.

9.Buang segala baju yang kau tidak pernah pakai selama setahun. Jangan simpan baju yang dah tak muat, dengan harapan bila kurus, boleh pakai (HAHAHA AKU MACAM NI!). Instead, hilangkan berat badan dan beli baju baru sebaga hadiah kepada diri sendiri bila dah makin kurus. Lagi rasa motivated kan kan?

10. Konsep mengemas: buang-buang benda yang tidak perlu, simpan-simpan benda yang perlu!


Apa lagi! Mari mengemas untuk kesejahteraan hidup. Tiada semak, tiada kekusutan. =)



HISB: Godam Kehidupan #1

Hari ini aku ingin memperkenal kan satu siri baru di blog tercinta aku yang aku namakan, Godam Kehidupan (GK) atau dalam bahasa Inggeris nya, Life Hack. Terdapat banyak Life Hack yang dikongsi di dunia internet yang tanpa batasan ini. Dan kerana itu, aku pun rajin ingin berkongsi dengan stalker semua GK apa yang aku rasa menarik dan relevan dalam kehidupan kita sebagai manusia yang kerdil di muka bumi ini.

Godam Kehidupan # 1

Sekiranya kau adalah seorang pengguna gmail, kau sebenarnya boleh mengubah email address itu dari ____@gmail.com kepada ____+_____@gmail.com. Contoh: gmail blog aku adalah sukasukaheyhey@gmail.com dan ditukar ke sukasukaheyhey+hebat@gmail.com. Yang best, tak kisah lah apa kau tambah, kau akan tetap mendapat email seperti biasa ke gmail kau.

Bawah adalah contoh email yang aku hantar dari email yahoo aku ke sukasukaheyhey+hebat@gmail.com aku.


So it's proven, it really works. Now kau akan bertanya so apa yang best menatang ni? Apa yang boleh dia bantu dalam kehidupan aku? Jeng jeng jeng. Korang perasan tak kalau masuk website yang tak boleh dipercayai memerlukan email engkau untuk sign up. Ha di sinilah di mana kau boleh mengaplikasikan penambahan +____ itu.

Konon kau masuk website bernama tiubmerah, kau sign up guna email _____+tiubmerah@gmail.com. So that the next time kalau kau dapat spam merapu tiba-tiba, kau check dulu ke address mana yang email spam itu dihantar, dan dengan pantas kau boleh tahu website mana yang sebenarnya kasi email kau untuk tujuan spamming.Dan dengan itu kau boleh mengeluarkan carutan berasas terhadap website itu dan filter email engkau di gmail, di mana email-email yang dihantar ke ______+tiubmerah@gmail.com akan didelete secara automatik. Aku harap GK ini dapat membantu para stalker semua.

Sekian sesi GK kita pada hari ini.

Berjumpa lagi di lain hari.