HISB: L’appell du vide


Apabila berada di tempat yang sangat tinggi, lihat ke bawah, perasaan seperti mahu terjun datang menyinggah. Kaki merasa lemah. Pemandangan seperti kabur. Seakan-akan, aku rasa aku AKAN terjun. Padahal aku tahu, kalau aku terjun mestilah jawapannya mampos. Hahahaha. Pernah tak rasa macam ni? Aku? All the fucking time. Ketakutan bercampur dengan persoalan "What if".

Atau pun bila memegang pisau, kadang-kadang aku rasa pening juga tengok bilah pisau yang tajam. Dan selalu terbayang, "Omg kalau aku tertikam perut aku macam mana?" Hahahaha.

Dan manusia-manusia bijak pandai mempunyai nama untuk situasi sebegini. It's actually quite normal. *phew* (menarik nafas lega). Di dalam bahasa Perancis nya "L’appell du vide". Di dalam bahasa Inggerisnya ""The call of the void."

Apa itu "The call of the void" ? Apa maksudnya? Apa kaitan dengan perasaan mahu terjun dari tempat tinggi? "The call of the void" mewakili kebaikkan dan keburukan kita sebagai manusia - kecenderungan kita untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang kita sepatut lakukan di dalam sesuatu situasi yang diberikan.

Ah kita manusia. Kadang-kadang kita suka kan cabaran kan? Suka kan perubahan. Sanggup mengambil risiko yang besar hanya untuk pulangan yang entah berbaloi atau tidak.

Jadi itulah aku rasa apabila berada di tempat tinggi, void aku pada ketika itu adalah, "Apa di bawah sana". Rasional aku menjerit-jerit "Hoi kau terjun kau mampos lah" tetapi tindak balas badan kita seolah-olah, terjun itu adalah satu dari pilihan. Dalam bahasa mudahnya, aku sebenarnya dipermain-mainkan oleh sistem saraf ku yang tersayang. Dan yeah, imaginasi yang melampau. Hahaha. Btw, aku tidak gayat. Jadi kalau nak ajak aku skydiving, bungee jumping, wall climbing dan apa-apa berkaitan dengan tempat tinggi, aku OK! =)

Sebenarnya aku rasa "L’appell du vide" ini boleh digunakan dalam apa jua situasi kehidupan. Contohnya? Mempercayai seseorang yang beberapa kali menyakitkan hati kita? Bila kita mengambil keputusan untuk berkahwin? Berjudi di Genting Highland? Hahahaha. Hey, umpama terjun dari puncak gunung apa. Kau tidak tahu apa di bawah itu, kau just terjun, dan mengharapkan bila kau di bawah sana, ada trampoline datang menyambut. =P

Kehidupan itu sendiri adalah perjudian. Perjudian yang berakhir dengan kematian.

Kalau fikir-fikir balik, mati itu sendiri adalah sebenarnya "the call of the void" kan?