HISB: Tak tanya pun tiga lima.



Saya mempunyai satu perangai budak-budak (ok saya tipu bukan satu, ada sepuluh rasanya). Bila saya ternampak satu email berbaur spam tetapi celah mana boleh masuk inbox, maka saya akan secara automatik reply yang berbaur kebudak-budakan juga. Sama lah dengan orang yang menghantar, konon hebat habis lah sebarkan benda tah hapa-hapa pergi personal email orang. Tak malu!

Dulu pernah sekali, ada seorang makhluk tah siapa tah hantar flyer Bank Rakyat dengan subjek "flyers" .Lepas tu ada attachment je, tiada apa penerangan. Kerana hari itu mood saya tidak berapa baik, saya pun hantar "Go fuck yourself". Sekali dia reply, masa itu dah terfikir "Fulamak bukan spam rupanya". Dia reply:
"Salam, maaf tersalah hantar..sepatutnya rozalizah! Tak elok kasar sgt bahasa.." Malangnya saya tidak rasa bersalah, saya hanya rasa lawak.

Haha. Ok entri random. Kbye.