HISB: Panda si binatang degil.


Hari ini saya belajar, panda secara biologikalnya adalah karnivor, tetapi diet nya adalah sangat herbivor. Ye lah panda makan buluh je kut. Dan kerana buluh mempunyai kalori yang sedikit, panda kena makan lebih kurang 20-30 paun buluh setiap hari untuk mendapat cukup tenaga. Penat tu nak kunyah buluh je.

Patut lah panda ala-ala nampak pemalas. Macam buat muka sememeh sambil mengunyah buluh dan berfikir "Apakah tujuan aku dilahirkan di muka bumi ini?". Rupanya sebab kekurangan tenaga. Hendak dijadikan cerita, kerana bilangan mereka yang makin berkurangan, maka usaha pemuliharaan dijalankan secara intensif. Masalahnya, apabila panda diletakkan dalam kurungan, mereka tidak mempunyai nafsu seks yang bergelora. What? Tiada seks, tiada lah zuriat. Apa motif nak pulihara kaum kerabat kau. Dilaporkan, satu pasangan panda hanya mendapat satu anak setiap 2 tahun.

Kau tahu apa langkah-langkah diambil untuk menaikkan nafsu membuat zuriat mereka? Menayangkan video panda melakukan persetubuhan dan juga memberi viagra kepada panda jantan.HAHAHAHAH kan? Aku baru tahu, secute-cute panda rupanya mereka ini ada masalah something wrong somewhere jugak ek. Tah-tah mereka sendiri mahu menjadi pupus. Ye lah boleh makan daging, makan buluh. Dah nak pupus, tetapi tiada minat untuk bersetubuh. Panda si binatang degil!

Apakah ini? Dan ada juga kontroversi mengatakan, terdapat enviromental biologist mencadangkan agar biarkan panda pupus kerana kos untuk menanggung pemuliharaan mereka sangat mahal, malahan tidak berbaloi kerana perangai panda yang seperti tidak mahu berusaha untuk tidak memupuskan diri.

Bunyi macam lawak tapi pada waktu yang sama kesian. Panda adalah beruang yang comel. Tolong lah jangan pupus. Aku tak pernah tengok panda secara live depan mata. Jadi panda sila bersemangat untuk membiakkan diri! Agar peluang aku untuk melihat engkau secara dekat adalah lebih tinggi.

Sumber: Wikipedia

Panda "Porn" To Boost Mating Efforts at Thai Zoo