HISB: Bandwagon Effect



Inilah kita panggil Bandwagon Effect, satu fenomena psikologikal di mana manusia melakukan sesuatu perkara kerana manusia lain melakukan perkara yang sama juga, tanpa mengambil kira apa asas kepercayaan mereka, yang selalunya akan mereka abaikan apabila terkena effect ini.

Dalam erti kata lain, kita, manusia, senang ditipu bukan? =)

Orang lain buat, kita pun buat.

Kalau di Facebook atau Twitter berkata-kata mengenai apa yang seleburiti memakai ketika ABPBH, kita pun apa lagi tidak mahu ketinggalan, sanggup lari ke ruang tamu, membuka TV, mahu tahu apa yang dikata-katakan oleh orang-orang itu. Haha. Kalau ketinggalan kereta api, tak apa, banyak liputan mengenai itu di blog-blog gossip yang sentiasanya panas dengan komen-komen ilmiah yang selalunya berkisarkan cantik buruk si pemakai. Semua informasi di hujung jari, pendek kata. Ini contoh sahaja ya. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau sudah mati. =)

Bak kata Fynn Jamal, perkara ini linear dengan apa yang dilakukan oleh media.

Memberitahu kita apa yang mereka rasa kita perlu tahu, dan tidak memberitahu kita apa yang mereka rasa kita tidak perlu tahu.

"We are brainwashed" komen Fynn di video ini yang aku post beberapa hari lepas di facebook.

Hujah aku?

Selagi kita tahu kita mempunyai kuasa untuk bertanya mungkin kita tidak akan dicuci otak secara penuh. Tetapi kalau kita sendiri tidak tahu apa mahu bertanya atau takut untuk bertanya, pengakhirannya sudah pasti seperti dinyanyikan oleh Doris Day " Que sera sera. Whatever will be will be"

Jadi persoalannya sekarang; bandwagon mana aku nak naik ini?


Tepuk dada tanya lah minda. =D

Sumber: Wikipedia