HISB: Serangan Sakit Jantung & Aspirin



OK, sekiranya ditakdirkan anda berhadapan dengan saat-saat cemas di mana seseorang yang berdekatan dengan anda mengalami serangan sakit jantung. Benda pertama yang perlu dilakukan, baringkan si pesakit ke atas peha anda seperti gambar di bawah. Telefon talian kecemasan dengan kadar segera.



Sekiranya si pesakit masih dalam keadaan sedar dan diketahui tidak mempunyai alahan kepada aspirin, berikan aspirin kepada pesakit dan suruh dia mengunyah aspirin itu sampai habis.


Kenapa aspirin?

Seperti yang diketahui ramai (kalau kau tak tahu, maksudnya kau agak hipster, tidak mainstream, sila bangga), aspirin adalah sejenis blood thinner. Ya kerana sebab ini lah, aspirin berbanding paracetamol, kurang digemari sebagai alternatif untuk melegakan kesakitan minor seperti sakit kepala atau demam. Dan perlu difahami, serangan sakit jantung berlaku apabila darah beku menyekat saluran darah ke jantung. Jadi blood thinner seperti aspirin menyebabkan darah beku menjadi nipis, maka mengurangkan sekatan.

Kenapa kunyah bukan telan?

Apabila kita menguyah, cebisan-cebisan ubat akan diserap oleh saluran darah yang terdapat di dalam mulut. Ini sekaligus mempercepatkan keberkesanan aspirin. Sekiranya ditelan, aspirin perlu pergi ke perut dulu dan kemudian baru diserap.


Dan jangan lupa ya kawan-kawan, berdoa di dalam hati agar nyawa pesakit dipanjangkan.

Tamatlah cerita mengenai sakit jantung dan aspirin.
Sekian terima kasih.