HISB: Kenapa keMelayuan itu penting dalam mengejar cita-cita menjadi glamer.




Aku memang suka bercakap-cakap. Bertukar-tukar pendapat mengenai apa-apa sahaja asalkan benda itu best. Sebab aku suka suka hey hey.Nak dijadikan cerita aku adalah sedikit kawan yang gila muzik. Yang gila muzik mahu sehidup semati.

Hey I have no problem with that. Do whatever you want as long as you are happy. Happy people are good. More happy people? It's even better!!

Bila bercerita benda-benda macam ini, mestilah aku ini banyak soalan. Aku tanya dia, apa yang dia expect in the future in this field. Soalan boring semua, stock macam nak jawab soalan interview kerja. Ye lah, mana lah tahu kalau nanti aku dinaikkan pangkat kena interview orang, aku boleh cilok soalan yang aku kasi kat kawan aku ini.

Lepas tu aku pandang dia dalam-dalam. Aku tanya " Kau rasa kan, siapa ahli muzik melayu yang boleh dikatakan berjaya dan macam agak well-off dalam bidang ini?

Dia jawab "M. Nasir"

Aku angguk. Aku fikir. Lepas tu aku cakap "Aku rasa kenapa dia boleh berjaya macam tu, sebab dia membawa imej melayu yang kuat. Sebab tu banyak penyokong. Kau kena faham dalam Malaysia ini, kalau nak menjadi glamer secara tersohor kau kena ambil hati orang Melayu. Mereka adalah market utama.Sad but true."

Lepas tu aku sambung "Tengok Yuna, kau tahu kenapa ramai orang suka, selain daripada bakat? Dia membawa imej Melayu yang positif. Kau tau yang nama imej positif tu? TUDUNG DIA. As long as kau pandai menambat hati Melayu dengan berbekalkan bakat yang boleh cari makan. InsyaAllah, kau boleh bertahan lama dalam industri ini. Bila aku maksudkan bertahan lama, maksudnya, bertahan dan $$$ pun banyak masuk. Hahaha. Bukan bertahan, nama je ada, tapi.......... selalu sengkek sebab tiada orang nak kasi job"

Lepas tu aku rasa nak gelak dengan statement aku. Sebab baru hari ini aku boleh luahkan kenapa aku rasa certain Melayu boleh melonjak-lonjak naik dengan pantasnya. Formula kejayaan menjadi glamer: TUNJUK SIFAT MELAYU YANG POSITIF. Bila kau nak jadi glamer, kau bukan nak glamer kat Kuala Lumpur je, kau nak glamer di ceruk kampung indah nun di sana juga. Orang kampung tak suka tengok benda tak mencerminkan Melayu.

Aku bukan nak cakap aku racist ke apa. Tapi itulah yang aku nampak. Tapi perlu diingatkan observation ini hanya dilakukan untuk ARTIS MELAYU (DALAM BIDANG MUZIK, KALAU LAKONAN FORMULA DIA SIMPLE, KAU KENA CANTIK DAN KURANG GEDIK DAN KURANG SEXY) sahaja. Artis bangsa lain, aku tak observe sangat sebab aku tak kenal ramai dan aku tak mengambil port untuk memahami situasi mereka. Biasalah aku ni semangat kemelayuan agak kuat. GO MELAYU!

HISB: Konsep "perit tapi perlu" di dalam 'Photojournalism'




Nampak macam salah kan? Tapi kita kena ingat kerja mereka memang begini. Tugas mereka adalah menceritakan cerita melalui gambar dan penulisan. Dan tugas kita, untuk memberi perhatian apa yang tidak kena dengan cerita yang disampaikan.

Contoh;

Si A dan B berperang. *insert gambar-gambar perang*

Tengok headline. Tengok gambar. Dan berfikir. Bertanya kepada diri sendiri. "Kenapa begini?" "Adakah ini jalan yang terbaik, berperang sesama sendiri?" "Apakah aku boleh lakukan sebagai seorang individual untuk mengelakkan dari perkara ini berlaku lagi?"

Nampak tak kecantikan Journalism? Aku nampak.

Pendapat peribadi aku, aku tak kisah apa cerita kau nak beritahu. Tapi tolong lah jangan sogokkan dengan cerita tidak bermutu dan tidak perlu. Aku tahu, JUJUR 100% di dalam menyampaikan berita adalah sangat susah. Sebab kita manusia. 'Tend to be over dramatic just because we hate to be boring.' Dan kadang-kadang kerana mempunyai agenda-agenda tertentu, sampai lupa etika journalism.

Menyedihkan.


Semoga journalist di luar sana, jujur dalam menjalankan tugas. Ingat cerita yang anda sampaikan, sedikit sebanyak membentuk pemikiran orang ramai. Selamat maju jaya dalam menyampaikan kebenaran!


yes,i'm into deep stuff. so stfu.

HISB: Etika Kerja #1

Sekiranya ada si anu(yang bukan berada di dalam botol) membuat panggilan kepada anda dan bertanya perkara-perkara yang anda rasa macam whytheeff aku kena bagitahu engkau, sila tekankan kepada pemanggil untuk menulis email kepada anda dan cc boss anda juga.

Rasional?

Agar apa-apa yang terjadi, anda tidak akan disalahkan. Di dunia yang serba moden ini, air liur lansung tidak berharga. Pastikan semua permintaan di dalam bentuk penulisan. Kalau bukan di dalam bentuk penulisan, anggap sahajalah ia TIDAK PERNAH TERJADI.Dan kalau anda sangat suspicious dengan permintaan itu, sila khabarkan kepada boss (dengan menyuruh si anu memasukkan boss di dalam cc).

Bak kata orang,

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Tetapi selalunya aku guna cara ini supaya orang jangan ingat aku pak turut. Prinsip aku senang, aku bukan diberi gaji untuk menyenangkan orang-orang macam kau, kalau kau perlukan pertolongan sila berikan aku alasan yang rasional untuk aku tergerak hati nak menyenangkan kau.

Hehe aku memang keras kepala, suka melawan..entah lah dah memang sifat kut. Tak suka dipijak. Semua perkara ini diajar oleh boss aku. Yeay boss!

HISB: Mindfuck #2

Mindfuck kegemaran saya ialah:


Infiniti.


Whatthefuck.

Apa itu infiniti? Apa itu selama-selamanya?

HISB: Mindfuck #1


Ok basically mindfuck adalah perkara yang whatthefuck bila difikirkan lama-lama boleh mengacau kestabilan otak seseorang dan mungkin akan menggoyahkan kepercayaan seseorang terhadap realiti/apa-apa yang dia percaya sebelum ini.

Awak faham tak? Kalau awak tak faham, maksudnya mind awak tidah mudah difuck. Tahniah, kerana tidak menggunakan otak anda sebaik mungkin. Amalkan selalu.

Mindfuck pertama saya ialah:

Sekiranya di sebuah bilik ada 23 orang, 50% kebarangkalian mengatakan di dalam bilik itu terdapat 2 orang mempunyai tarikh lahir yang sama atau lebih dikenali sebagai birthday problem.

whatthefuck.

Just to be fair, aku tak suka statistics sebab dia suka kasi aku all this whatthefuck feeling.

HISB: Banyak tapak warisan bersejarah Islam dimusnahkan oleh Arab Saudi



Contoh pemusnahan:

Tapak rumah isteri Nabi Muhammad s.a.w, Khadijah dijadikan penempatan tandas awam.

Wow.

Rasional?

Satu langkah untuk mengelak dari terjadinya aktiviti-aktiviti "idolatry" atau nama lain, syirik.

Sigh.

Saya kurang bersetuju dengan langkah pemusnahan ini kerana bagi saya perbuatan Syirik boleh dielakkan dengan cara lain (seperti pendidikan, kasi ubat pemulih agar manusia bodoh dapat berfikir secara rasional (JK.JK. hehehe),etc) dan sekaligus menyelamatkan tapak warisan Islam yang mempunyai nilai-nilai sejarah yang amat tinggi.

Tapi kita semua tahu banyak manusia bodoh yang tidak membezakan apa yang benar atau tidak benar dan tidak dapat disangkal kemungkinan kumpulan ini akan bertambah banyak di masa akan datang. adalah agak besar. Mungkin langkah drastik seperti ini sangat diperlukan. (Proses memaksa diri agar nampak eye-to-eye dengan Kerajaan Saudi Arabia)

Ah well, whatever.

Sumber: Wikipedia

HISB: Feral Child ( Anak Liar)


Feral child (anak liar) adalah kanak-kanak yang dibesarkan tanpa 'human contact' dari usia yang begitu muda, tidak mempunyai (atau sedikit) pengetahuan mengenai kasih sayang, perilaku sosial, dan bahasa manusia.Dalam erti kata lain, macam Mowgli si budak hutan.

Tapi perlu diingatkan, Mowgli hanya lah sebuah cerita 'fiction'.

Di dalam realiti Feral Child, selalunya wujud kerana ibu bapa yang tidak bertanggungjawab membiarkan anak dengan mengurung mereka tanpa mengambil peduli lansung mengenai anak tersebut. Kenapa? Mungkin kerana mereka tidak suka anak itu sebab kecacatan atau pun mereka sendiri sebenarnya 'something wrong somewhere'.

OK mungkin secara positif, kita boleh anggap "OK ini lagi bagus dari membuang anak. At least budak tu hidup". SALAH! Dua-dua adalah perkara paling bodoh untuk dilakukan untuk seorang yang bernama manusia yang dianugerahkan oleh tuhan, akal dan fikiran. Tapi itulah, walaupun ada akal, walaupun ada fikiran, tak menjaminkan kewarasan kan?

Secara mitosnya, Feral Child dianggap sebagai SUCI, suci dari kekotoran yang datangnya dari manusia. Agak lawak disitu. Walaupun orang cakap, kanak-kanak adalah kain putih, tapi bagi aku sekiranya dia tidak diconteng, kain itu pun akan reput kan? Jadi bayangkan, seorang anak dibesarkan bersendirian. Siapa yang akan mencontengkan dia dengan contengan-contengan positif untuk membentuk dirinya sebagai manusia berguna? SIAPA? Sangat menyedihkan.

Cerita terkenal mengena Feral Child di dunia realiti:

  • Genie - Seorang kanak-kanak perempuan dibesarkan di dalam bilik diikat di 'potty chair' selama 13 tahun angkara bapa yang kurang waras. Sangat tragis ceritanya. Menyedihkan. Aku pun rasa nak menangis. =( Kisahnya boleh dibaca di sini: Click
  • Dani - Atau "The girl in the window", yang dibiarkan oleh ibunya selama tujuh tahun membesar di dalam bilik yang penuh dengan najis dan serangga. Euwww. Sangat tragis. Tetapi cerita ini mempunya happy ending. 'So I guess it's all good' =) Kisahnya boleh dibaca di sini: Click

Manusia. Pelik lah korang. Pelik. *sigh* Bakal-bakal ibu bapa di luar sana, aku merayu, sila pasti kesihatan mental anda adalah positif sebelum mengambil keputusan untuk mendapatkan anak ok? Jangan sia-siakan anugerah diberi walaupun itu bukan dipinta pada mulanya. Ingat lah anak adalah antara manusia yang boleh kita harapkan untuk menyelamatkan kita di akhirat nanti. =)

Sumber: Wikipedia

HISB: Alternate ending I Am Legend adalah lagi best dari original ending.




Tapi orang cakap buku dia lagi best dari movie. Movie lansung tak ikut buku. Betul ke?

HISB: Jalan yang terbentuk dari pijakan berkali-kali dipanggil DESIRE PATH

Perasan tak kalau kita pergi hutan, mendaki bukit, berjalan lala di padang, secara 'natural' nya kita akan memilih jalan yang mempunyai tanda-tanda digunakan/dipijak? Ha sebenarnya, ada nama untuk jalan macam tu, dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil Desire Path ( Jalan Keinginan? WHATT?).

Nak dijadikan cerita, Desire Path ini selalu digunakan sebagai 'short cut'. Korang mesti selalu nampak jalan pejalan kaki cantik-cantik dibina, tapi ada juga orang guna jalan atas rumput. Contoh macam dalam gambar ini.




Kerana nak mengelakkan terjadi Desire Path tak perlu (seperti gambar di atas), ada sesetengah pihak sebelum mereka nak buat jalan, mereka buat 'survey' dulu.

Kononnya kita nak bina jalan untuk pejalan kaki, mesti kita nak tahu "mm kat mana sesuai nak bina jalan tu?". Di sini lah di mana Desire Path diperlukan. KITA BINA JALAN DI MANA ORANG SELALU PIJAK. Rasionalnya, orang selalu pijak sebab orang rasa jalan tu pantas nak pergi ke tempat yang dituju. Maka, lagi bagus kalau kita bina jalan pejalan kaki di kawasan yang pejalan kaki sendiri nak pijak. NAK PIJAK. INGIN PIJAK. DESIRE PATH. Nampak tak rasionalnya?

Saya rasa benda ini bagus, sebab kita mereka benda mengikut "natural flow" sesuatu perkara itu. Tiada paksaan. Itu yang kau mahu, itu yang kami beri.

Fuyooh kan? Selamat hari Jumaat semua! =)

Sumber: Wikipedia

HISB: Lagu Creep (Radiohead) mempunyai persamaan dengan sebuah lagu dari tahun 1974.




Sama atau tidak saya masih rasa Creep adalah sebuah lagu yang 'awesome'!

Sumber: Wikipedia

HISB: Air duster boleh menghilangkan kemek kecil di kereta.



Penjelasan melalu sains (Oleh seorang yang mempunyai ijazah dalam fizik. Bukan saya. Saya belajar bioteknologi. Keputusan fizik SPM saya adalah B4. Jadi tidak layak untuk memiliki ijazah dalam fizik. Kesian.):

Air Duster (compressed air can) mempunyai bahan pembakar(selalunya Tetrafluoroethane) yang terdiri dari dua bentuk, cecair dan gas. Menyemburnya secara terbalik, akan memaksa bahagian cecair bahan pembakar untuk keluar dahulu. Bahan pembakar akan mengalami pengembangan yang pantas dan mendidih bila bercampur dengan udara dan juga dengan pantas menyejuk ke suhu yang sangat rendah. Proses pengeringan dengan pengering rambut dan proses penyejukan secara pantas, menyebabkan logam mengendur, sekaligus menolak bahagian kemek keluar.

Fuyooh! Sains aku cinta kamu!




HISB: Bahawa anti-perspirant deodoran lebih afdal diletakkan sebelum tidur kroh kroh.




Kenapa?

Kerana pada waktu malam, kita kurang berpeluh, maka bahan aktif (aluminium) mudah masuk ke liang-liang saluran peluh. (aku google translate sweat ducts, dia kasi SALURAN KERINGAT, wtf ayat dah macam nak tulis cerpen pula). Proses penyumbatan ini seterusnya memberi isyarat " JANGAN BERPELUH!" kepada kelenjar peluh. Efek ini boleh berkekalan selama 24 jam atau lebih walaupun selepas anda bermandi lalala.


Fuyooh. Aku nak cuba malam ini!


Sumber: Consumer Reports

HISB: Google Maps tidak memaparkan peta Korea Utara


Sumber: Google Maps



Kedekut siot.



HISB: Serangga kecil seperti semut tidak akan mati jatuh dari tempat yang tinggi.


Sumber:
Wikipedia


Air resistance per unit mass is also higher for smaller animals, which is why a small animal like an ant cannot die by falling from any height.

Kesimpulannya;


Semut tak akan kagum dengan kebolehan manusia untuk melakukan aktiviti-aktivit ekstrem seperti skydiving/base jumping/paragliding/etc, sebab dia boleh free falling suka suka hey hey tanpa sebarang alatan. TAKE THAT HUMANS, YOU THINK YOU'RE SO GREAT, YOU'RE NOT BOO HOO!

Dengan ini saya ojamoja memperakui, semut sebagai:



HISB: Tag Tarikh Luput di plastik roti mempunyai kod rahsia.

Kod rahsia ini ditentukan melalu warna tag tersebut. Setiap warna melambangkan pada hari apakah roti itu dibuat? Fuyoooh.

Tahukah anda, roti dihantar 5 hari seminggu ke kedai-kedai untuk memastikan kesegarannya. Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Kenapa dia tak hantar hari Rabu dan Ahad, wa pun tak tahu der. Nanti wa tanya orang yang buat roti.

Setiap hari, mempunya kod warna masing-masing:

Isnin - Biru
Selasa - Hijau
Khamis - Merah
Jumaat - Putih
Sabtu - Kuning

Contoh seperti roti dibawah:




Tag kuning --> Dibuat pada hari Sabtu.
Tarikh Luput --> 13/02/2011 (Jumaat) ~1 minggu

Jadi, kalau awak pergi keluar membeli-belah barangan dapur, pastikan lihat betul-betul tag, kalau awak beli hari ini, hari Isnin, cari roti yang mempunyai tag berwarna biru.

Dan jangan lupa baca doa makan sebelum memasukkan roti ke dalam mulut.
Majulah roti segar untuk negara! Yeeeha.


Sumber: http://www.snopes.com/food/prepare/breadtag.asp