HISB: Feral Child ( Anak Liar)


Feral child (anak liar) adalah kanak-kanak yang dibesarkan tanpa 'human contact' dari usia yang begitu muda, tidak mempunyai (atau sedikit) pengetahuan mengenai kasih sayang, perilaku sosial, dan bahasa manusia.Dalam erti kata lain, macam Mowgli si budak hutan.

Tapi perlu diingatkan, Mowgli hanya lah sebuah cerita 'fiction'.

Di dalam realiti Feral Child, selalunya wujud kerana ibu bapa yang tidak bertanggungjawab membiarkan anak dengan mengurung mereka tanpa mengambil peduli lansung mengenai anak tersebut. Kenapa? Mungkin kerana mereka tidak suka anak itu sebab kecacatan atau pun mereka sendiri sebenarnya 'something wrong somewhere'.

OK mungkin secara positif, kita boleh anggap "OK ini lagi bagus dari membuang anak. At least budak tu hidup". SALAH! Dua-dua adalah perkara paling bodoh untuk dilakukan untuk seorang yang bernama manusia yang dianugerahkan oleh tuhan, akal dan fikiran. Tapi itulah, walaupun ada akal, walaupun ada fikiran, tak menjaminkan kewarasan kan?

Secara mitosnya, Feral Child dianggap sebagai SUCI, suci dari kekotoran yang datangnya dari manusia. Agak lawak disitu. Walaupun orang cakap, kanak-kanak adalah kain putih, tapi bagi aku sekiranya dia tidak diconteng, kain itu pun akan reput kan? Jadi bayangkan, seorang anak dibesarkan bersendirian. Siapa yang akan mencontengkan dia dengan contengan-contengan positif untuk membentuk dirinya sebagai manusia berguna? SIAPA? Sangat menyedihkan.

Cerita terkenal mengena Feral Child di dunia realiti:

  • Genie - Seorang kanak-kanak perempuan dibesarkan di dalam bilik diikat di 'potty chair' selama 13 tahun angkara bapa yang kurang waras. Sangat tragis ceritanya. Menyedihkan. Aku pun rasa nak menangis. =( Kisahnya boleh dibaca di sini: Click
  • Dani - Atau "The girl in the window", yang dibiarkan oleh ibunya selama tujuh tahun membesar di dalam bilik yang penuh dengan najis dan serangga. Euwww. Sangat tragis. Tetapi cerita ini mempunya happy ending. 'So I guess it's all good' =) Kisahnya boleh dibaca di sini: Click

Manusia. Pelik lah korang. Pelik. *sigh* Bakal-bakal ibu bapa di luar sana, aku merayu, sila pasti kesihatan mental anda adalah positif sebelum mengambil keputusan untuk mendapatkan anak ok? Jangan sia-siakan anugerah diberi walaupun itu bukan dipinta pada mulanya. Ingat lah anak adalah antara manusia yang boleh kita harapkan untuk menyelamatkan kita di akhirat nanti. =)

Sumber: Wikipedia