Perasan tak kalau kita pergi hutan, mendaki bukit, berjalan lala di padang, secara 'natural' nya kita akan memilih jalan yang mempunyai tanda-tanda digunakan/dipijak? Ha sebenarnya, ada nama untuk jalan macam tu, dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil Desire Path ( Jalan Keinginan? WHATT?).
Nak dijadikan cerita, Desire Path ini selalu digunakan sebagai 'short cut'. Korang mesti selalu nampak jalan pejalan kaki cantik-cantik dibina, tapi ada juga orang guna jalan atas rumput. Contoh macam dalam gambar ini.
Nak dijadikan cerita, Desire Path ini selalu digunakan sebagai 'short cut'. Korang mesti selalu nampak jalan pejalan kaki cantik-cantik dibina, tapi ada juga orang guna jalan atas rumput. Contoh macam dalam gambar ini.
Kerana nak mengelakkan terjadi Desire Path tak perlu (seperti gambar di atas), ada sesetengah pihak sebelum mereka nak buat jalan, mereka buat 'survey' dulu.
Kononnya kita nak bina jalan untuk pejalan kaki, mesti kita nak tahu "mm kat mana sesuai nak bina jalan tu?". Di sini lah di mana Desire Path diperlukan. KITA BINA JALAN DI MANA ORANG SELALU PIJAK. Rasionalnya, orang selalu pijak sebab orang rasa jalan tu pantas nak pergi ke tempat yang dituju. Maka, lagi bagus kalau kita bina jalan pejalan kaki di kawasan yang pejalan kaki sendiri nak pijak. NAK PIJAK. INGIN PIJAK. DESIRE PATH. Nampak tak rasionalnya?
Saya rasa benda ini bagus, sebab kita mereka benda mengikut "natural flow" sesuatu perkara itu. Tiada paksaan. Itu yang kau mahu, itu yang kami beri.
Fuyooh kan? Selamat hari Jumaat semua! =)
Sumber: Wikipedia