HISB: Etika Kerja #1

Sekiranya ada si anu(yang bukan berada di dalam botol) membuat panggilan kepada anda dan bertanya perkara-perkara yang anda rasa macam whytheeff aku kena bagitahu engkau, sila tekankan kepada pemanggil untuk menulis email kepada anda dan cc boss anda juga.

Rasional?

Agar apa-apa yang terjadi, anda tidak akan disalahkan. Di dunia yang serba moden ini, air liur lansung tidak berharga. Pastikan semua permintaan di dalam bentuk penulisan. Kalau bukan di dalam bentuk penulisan, anggap sahajalah ia TIDAK PERNAH TERJADI.Dan kalau anda sangat suspicious dengan permintaan itu, sila khabarkan kepada boss (dengan menyuruh si anu memasukkan boss di dalam cc).

Bak kata orang,

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Tetapi selalunya aku guna cara ini supaya orang jangan ingat aku pak turut. Prinsip aku senang, aku bukan diberi gaji untuk menyenangkan orang-orang macam kau, kalau kau perlukan pertolongan sila berikan aku alasan yang rasional untuk aku tergerak hati nak menyenangkan kau.

Hehe aku memang keras kepala, suka melawan..entah lah dah memang sifat kut. Tak suka dipijak. Semua perkara ini diajar oleh boss aku. Yeay boss!