HISB: Kenapa keMelayuan itu penting dalam mengejar cita-cita menjadi glamer.




Aku memang suka bercakap-cakap. Bertukar-tukar pendapat mengenai apa-apa sahaja asalkan benda itu best. Sebab aku suka suka hey hey.Nak dijadikan cerita aku adalah sedikit kawan yang gila muzik. Yang gila muzik mahu sehidup semati.

Hey I have no problem with that. Do whatever you want as long as you are happy. Happy people are good. More happy people? It's even better!!

Bila bercerita benda-benda macam ini, mestilah aku ini banyak soalan. Aku tanya dia, apa yang dia expect in the future in this field. Soalan boring semua, stock macam nak jawab soalan interview kerja. Ye lah, mana lah tahu kalau nanti aku dinaikkan pangkat kena interview orang, aku boleh cilok soalan yang aku kasi kat kawan aku ini.

Lepas tu aku pandang dia dalam-dalam. Aku tanya " Kau rasa kan, siapa ahli muzik melayu yang boleh dikatakan berjaya dan macam agak well-off dalam bidang ini?

Dia jawab "M. Nasir"

Aku angguk. Aku fikir. Lepas tu aku cakap "Aku rasa kenapa dia boleh berjaya macam tu, sebab dia membawa imej melayu yang kuat. Sebab tu banyak penyokong. Kau kena faham dalam Malaysia ini, kalau nak menjadi glamer secara tersohor kau kena ambil hati orang Melayu. Mereka adalah market utama.Sad but true."

Lepas tu aku sambung "Tengok Yuna, kau tahu kenapa ramai orang suka, selain daripada bakat? Dia membawa imej Melayu yang positif. Kau tau yang nama imej positif tu? TUDUNG DIA. As long as kau pandai menambat hati Melayu dengan berbekalkan bakat yang boleh cari makan. InsyaAllah, kau boleh bertahan lama dalam industri ini. Bila aku maksudkan bertahan lama, maksudnya, bertahan dan $$$ pun banyak masuk. Hahaha. Bukan bertahan, nama je ada, tapi.......... selalu sengkek sebab tiada orang nak kasi job"

Lepas tu aku rasa nak gelak dengan statement aku. Sebab baru hari ini aku boleh luahkan kenapa aku rasa certain Melayu boleh melonjak-lonjak naik dengan pantasnya. Formula kejayaan menjadi glamer: TUNJUK SIFAT MELAYU YANG POSITIF. Bila kau nak jadi glamer, kau bukan nak glamer kat Kuala Lumpur je, kau nak glamer di ceruk kampung indah nun di sana juga. Orang kampung tak suka tengok benda tak mencerminkan Melayu.

Aku bukan nak cakap aku racist ke apa. Tapi itulah yang aku nampak. Tapi perlu diingatkan observation ini hanya dilakukan untuk ARTIS MELAYU (DALAM BIDANG MUZIK, KALAU LAKONAN FORMULA DIA SIMPLE, KAU KENA CANTIK DAN KURANG GEDIK DAN KURANG SEXY) sahaja. Artis bangsa lain, aku tak observe sangat sebab aku tak kenal ramai dan aku tak mengambil port untuk memahami situasi mereka. Biasalah aku ni semangat kemelayuan agak kuat. GO MELAYU!