HISB: Last Meals


I rarely post pics but I find all of these pics to be very sad for some reason. :(





HISB: Shel Silverstein - Masks


I guess just be what you want without the mask, and someone will find you?
*shrugs*

HISB: Monkeysphere.



Monkeysphere adalah satu term sukasukaheyhey yang dicipta oleh David Wong dari cracked.com untuk menerangkan Nombor Dunbar.

Apa itu Nombor Dunbar?

Nombor Dunbar adalah had nombor secara teori kognitif yang dicadangkan oleh Robin Dunbar, seorang antropologis ; iaitu nombor yang menunjukkan dengan berapa banyak manusia yang kita boleh kekalkan hubungan sosial yang stabil di dalam kehidupan kita.Dalam erti kata lain, dalam hidup kau, berapa banyak orang yang kau consider sebagai "OK AKU KISAH PASAL ORANG NI".

Hendak dijadikan cerita si Dunbar yang cerdik pandai ini ingin mengetahui apa nombor tersebut untuk manusia. Jadi apa dia laku kan? Dia melakukan penyelidikan dia dengan menggunakan, kawan baik korang, monyet. Melalui penyelidikan dia, dia menganggarkan bilangan ideal untuk monyet dalam mencapai hubungan sosial yang stabil adalah 50. Dan daripada penyelidikan tersebut si Dunbar telah mendapati bahawa, semakin besar saiz otak monyet itu, semakin besar kumpulan sosial yang mereka bina.

Jadi berdasarkan nombor Dunbar yang didapati dari sekumpulan monyet itu, iaitu 50, dapat dianggarkan apa nombor Dunbar untuk manusia. Manusia kan kawan monyet. Otak manusia besar sikit. Jadi gandakan nombor itu. Maka, nombor Dunbar yang dianggarkan untuk manusia adalah 150.

Ini bermaksud di dalam kepala kita, manusia yang kita give a fuck adalah lebih kurang 150 orang. Dan ini lah dinamakan Monkeysphere. Di dalam Monkeysphere kita, hanya lebih kurang 150 orang kita benar-benar mahu mengambil tahu.

150? Banyak gila. Aku rasa nombor Dunbar aku 25 je kut. Haha. First sebab aku ni introvert, aku memilih sangat pasal orang yang aku nak ambil tahu. Kalau orang yang aku tak kisah, aku just buang. Macam hari tu Whitney Houston meninggal, aku tak give a fuck pun wei. Bermaksud, WH bukan berada dalam monkeysphere aku. Tetapi Michael Jackson mungkin ada, sebab bila MJ meninggal aku agak sedih. Kalau kira-kira memang sedikit gila kut orang yang aku care about. Memang aku tak ambil kisah lansung pasal Neelofa.(eh tiba-tiba) Serious shit. Hati kering much? Haha.

Jadi aku macam agak terkejut dengan anggaran nombor Dunbar untuk manusia ini. 150?

Dari penakulan mantik aku yang bangang ini, mungkin manusia yang mempunyai 150 orang untuk diambil tahu dalam monkeysphere dia adalah;

1. Orang yang suka ambil tahu gossip retis.
2. Orang yang suka ambil tahu apa Rosmah buat dengan duit dia.
3. Orang yang suka ambil tahu apa ahli politik kegemaran/dibenci buat.

Dalam erti kata lain; orang yang suka jaga tepi kain orang lain.

Mereka menjaga tepi kain orang kerana mereka kisah. Mereka kisah pasal retis ini memeluk lelaki itu. Mereka kisah pasal pemain bola itu berskandal dengan perempuan ini. Ye lah kalau fikir-fikir logik mesti lah si A dan si B dua individu berbeza. Dan mereka mempunyai monkeysphere yang berlainan. Dan bila si A dan si B bertemu, untuk mendapat keserasian, mesti kena membincangkan sesuatu atau seseorang. Apa benda yang kita have in common in kutuk-ing! RETIS! POLITICIANS!SELEBURITI!

DUH.

Jadi selepas ini bila aku nampak orang suka-suka mengutuk banyak orang secara sukasukaheyhey depan aku, aku akan cakap dengan orang tu dengan muka yang yakin "Fuyoo,kau punya monkeysphere mesti dah sampai limit 150 kan? Masih ada space lagi tak? "

Haha.

Ah well, sila baca lebih lanjut mengenai Monkeysphere di sini.

Menarik artikel itu. Aku suka!

Alright. Waktu makan tengah hari dah nak dekat habis. And here I am skipping lunch and writing about the damn MONKEYSPHERE. Monkeysphere macam best je nak kasi nama untuk band. Kbye.

Sumber: Wikipedia

HISB: The most stressful 9 minutes of my life




Wow now I don't have to waste my time every day looking for funny/wtf videos just to kill my brain cells.
There's a channel which does all the compiling in monthly basis.
Cool.

Be warned, by watching this video, you will go through such a roller coaster of emotions.
Hence the title of the entry.
One moment something cute or cool and then the next someone nearly paralyzing themselves.


Btw, my fav one is where the baby fell out of its stroller.


OK enjoy.

=)

HISB: Cinta 6000 Anak Tangga




50 tahun yang lalu, seorang lelaki berusia 19 tahun jatuh cinta dengan seorang janda berusia 29 tahun. Pada ketika itu, lelaki muda bercinta dengan perempuan tua adalah dianggap tidak bermoral di mata masyarakat. Er ok.Jadi kerana cinta yang sangat mendalam dan tidak mahu dicerca masyarakat. Mereka pun lari ke atas gunung dan tinggal di dalam gua. Bersusah-susah lah mereka selama 50 tahun.

Nak tahu apa yang hebatnya, sepanjang 50 tahun tu, tiap-tiap hari si suami mengukir tangga dari atas gunung itu agar senang si isteri menuruni gunung itu. Nak tahu berapa banyak anak tangga dia buat dengan tangan dia sendiri? 6000. Mereka hidup bahagia selama 50 tahun, dan sekitar tahun 2007, si suami meninggal dunia.

Di saat meratapi pemergian suami tersayang, si isteri berkata;

“You promised me you’ll take care of me, you’ll always be with me until the day I died, now you left before me, how am I going to live without you?”

Mengingatkan aku kepada kata-kata Winnie the Pooh kepada Christopher Robin;

"If you live to be 100, I hope I live to be 100 minus one day, so I never have to live a day without you."

Erm ok.

Aku punya main point sebenarnya;

SHIT CERITA NI GILA SWEET. ITU JE KBYE.

Sumber: Weird Asia News

HISB: Cara paling selamat untuk "Safe Sex"


Haha ini membuat aku sedikit tergelak.
Sedikit je, tak boleh banyak.
Kalau banyak nanti orang ingat kita setuju dengan dakyah kafir.
Tapi orang kafir memang lawak dan logik.
Maafkan aku mempunya hati yang lemah dan mudah gelak dengan lawak kafir.


HISB: Ulat beluncas --> Rama-rama


Kan ke bagus kalau Eternal Sunshine of the Spotless Mind tu adalah kisah benar. Boleh aku pergi cari company nama Lacuna yang mempunyai perkhidmatan memadamkan memori. Sebab hati ini bertambah sakit bila otak melakukan trolling secara bersahaja dengan mengulang tayang segala memori manis yang aku nak lupakan sangat-sangat. Fuck you otak.




Sigh. Dan tiba-tiba terfikir kan ke bagus kalau aku seperti seekor ulat beluncas yang mengalami metamorfosis. Menunggu masa menjadi seekor rama-rama yang sangat berbeza dengan bentuk asal. Kerana dari apa aku belajar, ketika ulat beluncas di dalam kepompong, sebenarnya, keseluruhan ulat beluncas itu menjadi cair akibat dicernakan oleh enzyme yang dikeluarkan oleh ulat beluncas itu sendiri.

OK kau bayangkan ulat beluncas yang tidak berapa comel bertukar menjadi air jus. Hahaha. Air jus yang penuh dengan sel. Dan dari situ, sel itu lah mula membentuk satu hidupan yang baru, iaitu si rama-rama.

Tak pelik ke? Umpama kau mati, lepas tu reincarnate jadi benda lain. Secara logiknya kalau fikir-fikir, mesti si rama-rama tidak ingat dia pernah menjadi ulat beluncas kan? Kau bayangkan otak kau cair, lepas tu reform. Macam tak kena je kalau kau boleh ingat balik. Sebab itu aku dengan sukasukaheyhey teringin menjadi ulat beluncas yang mengalami metamorfosis.

Tetapi rupa-rupanya, setelah aku cuba mencari jawapan, mengikut kajian orang-orang pandai rama-rama boleh ingat apa dia pernah belajar ketika menjadi ulat beluncas.

Cet.

Baru ingat nak berangan jadi ulat beluncas. Lepas tu dicairkan dengan enzyme. Lepas tu jadi rama-rama. Segala memori ketika menjadi ulat beluncas yang tidak comel terpadam, dan bina hidup baru dalam bentuk rama-rama yang sangat cantik. *Sigh*

Ah kehidupan. Memang begitu. Semuanya tidak kena.

Basically apa aku nak cakap, aku tak nak ingat kau dah lah!!! Tolong la otak jangan troll aku.

Bersempena dengan entri aku yang maha rawak ini, nah gambar kalau kau kacau kepompong sampai jatuh ketika ia sarat penuh dengan cecair ulat beluncas yang belum membentuk menjadi rama-rama sepenuhnya lagi.
Selamat malam, semoga otak aku berhenti trolling aku. =)

Sumber:

HISB: Wishlist #1


Nak ni untuk harijadi ke 29 tahun ni.
Nak pakai duit sendiri, hadiah kat diri sendiri.
Bila first keluar harga dia RM600.
Sekarang ni maybe around RM400 kut.
Entah.
Semalam cari kat kinokuniya tak ada pun.
Nak.

Tak pernah rasa nak beli bag mahal ke.
Baju mahal ke.
Kasut mahal ke.
Tak pernah.

Selalu elak dari beli benda mahal-mahal.
OK except smartphone and laptop.
Kalau rosak je mesti pergi beli terus like a boss.

This time rasa macam nak hardcover ni sangat-sangat.
Nak baca sebelum tidur.

Suka gila C&H.
Suka gila.
Aku suka falsafah.
Apatah lagi kalau falsafah yang diselitkan dengan komik yang comel.
C&H banyak falsafah yang tersembunyi.

Imagine komik mengenai seorang kanak-kanak dan an imaginary friend.
Banyak maksud-maksud tersirat.

Masa kecik baca, tak faham apa.
Bila besar baru macam OH OK.

Itu yang best pasal jadi dewasa.
Banyak OH OK moments akan dirasai.

Perasaan mengetahui sesuatu adalah best.
Entah.

Bagi aku, pengetahuan is like a drug for my soul.
Tapi untuk tahu.
Kita sendiri kena tahu apa kita nak tahu.
Sebab itu aku sedikit sebanyak suka falsafah.

Aku tidak mengejar jawapan sangat.
Sebab kalau aku nak jawapan, aku boleh cari dalam Al-Quran.
Tapi aku nak tahu apa soalan aku boleh tanya untuk mendapat jawapan itu.
Sebab bila aku tahu apa soalan boleh ditanya.
Automatically aku boleh expect apa jawapan aku akan dapat.

Kalau kita tidak tahu apa soalannya.
Macam mana kita nak dapat jawapan.

Betul tak?
Sebab itu aku suka falsafah.
Falsafah banyak soalan.
Dan kadang-kadang kalau dengan cara yang betul mungkin kita boleh dapat jawapan.

Kita boleh pilih mana yang mana kita rasa betul.
Tapi perlu berhati-hati, jangan tersalah langkah.


Shit. Merapu.

OK, what I really want is

The Complete Calvin and Hobbes


Itu je.

Kbye.



HISB: Whitney Houston


OK hari itu bila aku tahu Whitney Houston meninggal, aku rasa macam erm tidak berperasaan.
Maybe masa itu aku macam don't give a fuck.

Put that aside.

Seperti biasa bila ada selebriti mati
, ramai orang akan menunjukkan reaksi sedih dengan meletak kan di status, meletakkan video-video nyanyi si WH, dan macam-macam lagi. I don't give a fuck really, kita sedih, kita tunjuk sedih. Tapi yang aku menyampah dengan orang yang mempersoalkan kenapa orang tunjukkan kesedihan terhadap selebriti tersebut dan membandingkan kenapa kita tidak bersedih sebegitu mengenai kanak-kanak yang mati kebuluran di Afrika seperti di atas. Dan selamba badak je assume, masyarakat sudah messed up?

BITCH ARE YOU FOR REAL?
TELL ME SOMETHING NEW.

Sebab nanti next time bila er, Madonna pulak mati, same shit akan jadi balik. Orang ramai bersedih.
Kau tahu apa yang berbeza, orang yang mati tu berbeza.
Kau tahu apa yang akan constant? Hujah kau yang seperti gambar di atas.

Dah lah gambar recycle. Masa Steve Jobs mati pun guna hujah sama. Bosan aku.

Ini lah realiti kehidupan. No kita bukan messed up. Kita mengikut TREND. Itu je.

Dan kau jangan ingat orang bersedih sebab selebriti mati tu hina sangat lah. Kalau aku letak gambar budak kebuluran mati pun mereka sedih lah.

Tolong lah jangan ingat orang messed up sebab orang tak nak sedih mengenai benda yang kau rasa patut sedih. Sebab hujah tu sangat tak logik. Penat lah kalau nak sedih pasal kanak-kanak Afrika mati kebuluran tiap hari.

Kau tahu apa kita patut buat?

JUST SHUT THE FUCK UP AND PERGI DERMA KAT UNICEF.

Pasal WH, orang sedih je. Tapi orang tak boleh buat apa, sebab dia tak akan hidup balik. Orang ambil iktibar. Pasal kanak-kanak Afrika ini berbeza. Mungkin ramai sudah mati, tapi yang pasti kita tahu kita boleh menyelamatkan ramai lagi dari menjadi mangsa kebuluran. Dan kau tahu caranya jika kau mencari caranya.

My point is jangan lah bandingkan kematian selebriti dengan kematian kanak-kanak kebuluran. Tak sama lah bodoh! Lepas tu nak judge. Kau ingat kau letak gambar macam tu, kau bagus 1000X dari orang lain yang letak lagu-lagu WH tu ke?Bila ada perbandingan kena sama konsep. Supaya tampak lebih adil dan saksama.

Benda bodoh macam ni buat aku rasa marah.

Sebab aku benci argument bodoh. Dah lah bodoh, lepas tu terus keluar kan satu konklusi yang macam tak kena mengena. BENCI. AKU BENCI ARGUMENT BODOH!

Kbye.


HISB: Ignorance is bliss?



"It is better to be a human being dissatisfied than a pig satisfied; better to be Socrates dissatisfied than a fool satisfied. And if the fool, or the pig, are a different opinion, it is because they only know their side of the question" ---JS Mill

Now you tell me, do you want to be a human or a pig? Knowledgeable Socrates or an ignorant fool?

But what if it's really true that being ignorant really can make you happy?

Would you sacrifice you intellectual capacity just to be truly happy?

I don't know.

Because I'm the greedy one.

I want to be all of them.
Human, pig, knowledgeable Socrates and ignorant fool.

Why?

So that I can know all the sides of the question.

Orang tamak selalu rugi.

Ye ke?

HISB: Degil

Kenapa kita manusia suka pergi ke benda-benda yang kita tahu memudaratkan kita?

Macam kau yang suka rokok.
Macam kau yang suka alkohol.
Macam kau yang suka mengumpat orang.
Macam kau yang suka menjaga tepi kain orang.
Macam kau yang suka menyebarkan fitnah.
Macam kau yang suka menganggap semua benda adalah racist.
Macam kau yang cakap buletin utama berita kotor (tetapi kau tengok jugak)
Macam kau yang menganggap semua politik adalah kotor (tetapi kau layankan jugak)

Dan macam aku yang tidak kisah berpusing-pusing macam hamster walaupun aku tahu perlakuan itu memeningkan aku. Nak cakap tiada orang cuba menyedarkan. Ada je. Banyak pulak tu.

Tapi tu lah degil.

Degil.

Dah tua bangka pun masih degil.

Masih ingat dunia akan berpusing macam aku nak, kalau aku berusaha.
Umpama bila aku mendapat tawaran ke Amerika dulu.
Mak aku bermati-matian tak nak kasi aku pergi.
Tapi hello ni aku kut, ada aku kisah kalau mak aku tak kasi?

Aku pergi.
Aku belajar jatuh bangun di sana.
Not bad right?

I mean in that particular case. Kedegilan aku memberi aku kelebihan in a way.

Tapi sekarang sifat degil itu masih ada. Dan kedegilan ini memudaratkan aku.

Kau tahu apa aku patut buat?
Aku patut sedar diri yang aku ini bukan hamster.
Aku tidak boleh berpusing-pusing dan menganggap perlakuan itu akan membawa aku ke sesuatu tempat yang akan aku anggap utopia.

Ye aku tahu semua itu. Siapa cakap aku tidak tahu?
Rational thinking is my expertise. Seriously.
Aku boleh dikatakan bijak la jugak.

Tapi tak guna bijak kalau degil.

Sebab degil tu yang akan menjadi punca kejatuhan aku.

See aku tahu.

Aku tahu semua itu. (yep redundant i know, but yeah aku tahu semua itu)

Tapi aku degil buat-buat tak tahu.

Macam kau (dan yes aku pun sama) yang degil buat-buat tak tahu bahawa jika kau melawan perintah-Nya, nerakalah tempat mu.

Fikir-fikir balik kita manusia ni, memang degil kan?

Now tell me what's the cure for degil?

Sebenarnya aku tahu jawapan dia.

Tapi aku degil, buat-buat tak tahu, sebab aku rasa masih tidak relevant.

Fuck pening lah jadi degil ni.

Sebab kita tahu kita degil, kita tahu apa solusinya, tapi kita degil, buat-buat tak tahu.

Dalam degil ada lagi degil.

Macam degil-ception!

Ok merapu.


Kbye.

HISB: How to be alone.


I'm still learning.
One thing for sure, I'll try my best.
Beautifully alone.
Yep.



"Society is afraid of alonedom, like lonely hearts are wasting away in basements, like people must have problems if, after a while, nobody is dating them. but lonely is a freedom that breaths easy and weightless and lonely is healing if you make it." TOU-FUCKING-CHE!