HISB: Ulat beluncas --> Rama-rama


Kan ke bagus kalau Eternal Sunshine of the Spotless Mind tu adalah kisah benar. Boleh aku pergi cari company nama Lacuna yang mempunyai perkhidmatan memadamkan memori. Sebab hati ini bertambah sakit bila otak melakukan trolling secara bersahaja dengan mengulang tayang segala memori manis yang aku nak lupakan sangat-sangat. Fuck you otak.




Sigh. Dan tiba-tiba terfikir kan ke bagus kalau aku seperti seekor ulat beluncas yang mengalami metamorfosis. Menunggu masa menjadi seekor rama-rama yang sangat berbeza dengan bentuk asal. Kerana dari apa aku belajar, ketika ulat beluncas di dalam kepompong, sebenarnya, keseluruhan ulat beluncas itu menjadi cair akibat dicernakan oleh enzyme yang dikeluarkan oleh ulat beluncas itu sendiri.

OK kau bayangkan ulat beluncas yang tidak berapa comel bertukar menjadi air jus. Hahaha. Air jus yang penuh dengan sel. Dan dari situ, sel itu lah mula membentuk satu hidupan yang baru, iaitu si rama-rama.

Tak pelik ke? Umpama kau mati, lepas tu reincarnate jadi benda lain. Secara logiknya kalau fikir-fikir, mesti si rama-rama tidak ingat dia pernah menjadi ulat beluncas kan? Kau bayangkan otak kau cair, lepas tu reform. Macam tak kena je kalau kau boleh ingat balik. Sebab itu aku dengan sukasukaheyhey teringin menjadi ulat beluncas yang mengalami metamorfosis.

Tetapi rupa-rupanya, setelah aku cuba mencari jawapan, mengikut kajian orang-orang pandai rama-rama boleh ingat apa dia pernah belajar ketika menjadi ulat beluncas.

Cet.

Baru ingat nak berangan jadi ulat beluncas. Lepas tu dicairkan dengan enzyme. Lepas tu jadi rama-rama. Segala memori ketika menjadi ulat beluncas yang tidak comel terpadam, dan bina hidup baru dalam bentuk rama-rama yang sangat cantik. *Sigh*

Ah kehidupan. Memang begitu. Semuanya tidak kena.

Basically apa aku nak cakap, aku tak nak ingat kau dah lah!!! Tolong la otak jangan troll aku.

Bersempena dengan entri aku yang maha rawak ini, nah gambar kalau kau kacau kepompong sampai jatuh ketika ia sarat penuh dengan cecair ulat beluncas yang belum membentuk menjadi rama-rama sepenuhnya lagi.
Selamat malam, semoga otak aku berhenti trolling aku. =)

Sumber: