Kenapa kita manusia suka pergi ke benda-benda yang kita tahu memudaratkan kita?
Macam kau yang suka rokok.
Macam kau yang suka alkohol.
Macam kau yang suka mengumpat orang.
Macam kau yang suka menjaga tepi kain orang.
Macam kau yang suka menyebarkan fitnah.
Macam kau yang suka menganggap semua benda adalah racist.
Macam kau yang cakap buletin utama berita kotor (tetapi kau tengok jugak)
Macam kau yang menganggap semua politik adalah kotor (tetapi kau layankan jugak)
Dan macam aku yang tidak kisah berpusing-pusing macam hamster walaupun aku tahu perlakuan itu memeningkan aku. Nak cakap tiada orang cuba menyedarkan. Ada je. Banyak pulak tu.
Tapi tu lah degil.
Degil.
Dah tua bangka pun masih degil.
Masih ingat dunia akan berpusing macam aku nak, kalau aku berusaha.
Umpama bila aku mendapat tawaran ke Amerika dulu.
Mak aku bermati-matian tak nak kasi aku pergi.
Tapi hello ni aku kut, ada aku kisah kalau mak aku tak kasi?
Aku pergi.
Aku belajar jatuh bangun di sana.
Not bad right?
I mean in that particular case. Kedegilan aku memberi aku kelebihan in a way.
Tapi sekarang sifat degil itu masih ada. Dan kedegilan ini memudaratkan aku.
Kau tahu apa aku patut buat?
Aku patut sedar diri yang aku ini bukan hamster.
Aku tidak boleh berpusing-pusing dan menganggap perlakuan itu akan membawa aku ke sesuatu tempat yang akan aku anggap utopia.
Ye aku tahu semua itu. Siapa cakap aku tidak tahu?
Rational thinking is my expertise. Seriously.
Aku boleh dikatakan bijak la jugak.
Tapi tak guna bijak kalau degil.
Sebab degil tu yang akan menjadi punca kejatuhan aku.
See aku tahu.
Aku tahu semua itu. (yep redundant i know, but yeah aku tahu semua itu)
Tapi aku degil buat-buat tak tahu.
Macam kau (dan yes aku pun sama) yang degil buat-buat tak tahu bahawa jika kau melawan perintah-Nya, nerakalah tempat mu.
Fikir-fikir balik kita manusia ni, memang degil kan?
Now tell me what's the cure for degil?
Sebenarnya aku tahu jawapan dia.
Tapi aku degil, buat-buat tak tahu, sebab aku rasa masih tidak relevant.
Fuck pening lah jadi degil ni.
Sebab kita tahu kita degil, kita tahu apa solusinya, tapi kita degil, buat-buat tak tahu.
Dalam degil ada lagi degil.
Macam degil-ception!
Ok merapu.
Kbye.