HISB: Campak bayi di longkang.

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita bayi dicampak ke longkang dari tingkat 2. Bila baca terus lah perasaan nak bertukar menjadi Hulk datang. Tapi kerana tidak suka warna hijau sangat, jadi hasrat bertukar menjadi Hulk dilupakan. Kalau dulu buang je, sekarang campak. Lepas ni apa pula? Bakar? Ye lah kita perlu menjadi lebih berinovasi, idak nye?

Bila baca berita macam ini, mesti dah tau bangsa mana yang suka buat kerja terkutuk macam ini. Haha. Ye lah kan, kalau bangsa lain terkenal dengan kes-kes bunuh diri, bangsa sendiri mesti lah tak nak kalah. Logiknya senang je, kepercayaan masing-masing. Bangsa lain mungkin mempunyai kepercayaan membunuh diri itu sebagai dosa. Tetapi bangsa yang popular dengan pembunuhan bayi itu percaya membunuh diri itu adalah the ultimate dosa. Anggapan mereka which aku tak sure betul atau tidak, sekiranya kau membunuh diri kau akan menjadi penghuni neraka selama-lamanya . Jadi kes bunuh diri di dalam bangsa yang suka membunuh bayi itu, memang sangat jarang didengari. Bunuh bayi apa sangat, dosa besar je? Masuk neraka sekejap, lepas tu masuk syurga. Ye lah kan dah kata umat suci. Hiks.

Tetapi entri aku ini bukan untuk membandingkan bunuh diri dan membunuh bayi. Bagi aku dua-dua sama. Benda bodoh yang patut tidak dilakukan oleh orang yang waras pemikirannya.Bunuh diri pun banyak cabangnya, but nope malas nak bincang. Sekarang ini isu bunuh bayi.

Kenapa mereka-mereka ini berkata ya kepada membunuh bayi? OK bodoh memang lah salah satu sebab. Tapi sebab yang paling utama adalah mereka ini pengecut. Bila orang dalam keadaan takut, mereka prone melakukan perkara bodoh. Itu kalau mereka ini takut kepada manusia, kalau takut kepada tuhan lain pula ceritanya. Mereka ini mempunyai fahaman yang takut kepada manusia adalah lagi besar dari takut kepada tuhan. Tuhan kan maha pengampun katanya. Manusia ini lain, dah la tidak suka mengampun lepas tu suka mencemuh bila manusia lain melakukan perkara terkutuk. Nak tak nak manusia pengecut ini kena cari cara untuk lari dari cemuhan. Dan salah satunya, membunuh bayi.

Haha. Bodoh tak logik pengecut ini? Sangat. Sebodoh-bodoh pengecut ini, bodoh juga manusia holier-than-thou yang suka mencemuh. Cemuhan engkau itu racun kepada pengecut ini. Kenapa perlu dicemuh perkara yang sudah berlaku? Apa kebaikkannya? Nasi sudah menjadi bubur. Ingat lah keinsafan datang dari melakukan kesilapan. Bukan semua kesilapan itu hina dan perlu dicerca. Manusia dijadikan untuk berubah kearah kebaikkan. Well I personally believe in that. I don't know you. Aku percaya sepandai-pandai tupai melompat dia akan jatuh ke tanah jua. Dan bila dia jatuh baru dia sedar, oh aku boleh melompat, tapi jangan over sangat. Wasatiah dalam melompat kekdahnya.

Yang pengecut pula, sebelum buat tak terfikir ke pasal benda-benda macam ni? Kalau gatal sangat pun pandai-pandai lah bodoh!Kalau kau pergi sekolah, masa belajar agama memang sudah dinyatakan pandangan agama mengenai seks luar nikah. Jadi terpulang kepada engkau, engkau punya badan, engkau punya tanggungjawab. Nak mencari masalah dengan tuhan buat lah! Dan kalau dah decide nak buat, takkan tak ingat apa yang kita belajar masa tingkatan 3 dulu. Bab pembiakan. Manusia membiak melalui seks, bodoh! Terdapat perlbagai cara untuk menghalang dari telur disenyawakan dengan berudu. Masa sekolah tak nak belajar dengar cakap cikgu! Bila besar bunuh bayi! Bagus lah tu.

Jadi apakah saranan oj moj? Aku menyarankan, di tempat-tempat di mana manusia seperti ini suka beromen, tak kira lah hotel murahan, di tepi bangunan kosong, di taman bunga oh indahnya, di mana-mana sahaja yang mempunyai peratusan tinggi untuk orang gatal melakukan perkara gatal terdapat satu carta membuat keputusan. Contoh carta aku buat sukasukaheyhey dengan tulisan buruk aku macam ini lah:



Haha oj moj and her crazy ideas! Tetapi perkara yang menyedihkan aku tiada pembaca blog yang bodoh. yang memerlukan decision chart seperti ini. Right right right? Sebab apa? Sebab kita semua ada otak. Anugerah terindah yang dimiliki oleh setiap insan. Gunakannya sebaik mungkin! Dan ingatlah di setiap kesilapan, ada benda baru kita belajar!

=)