Hari Jumaat yang lalu adalah ulang tahun ojamoja yang ke DUA PULUH LAPAN. Cuba teka kejutan apa yang aku terima pada hari tersebut? Kakakku dimasukkan ke ICU akibat serangan kuman di otaknya.
What a surprise huh?
So my birthday weekend starting from that day was just like a roller-coaster ride. Except that it went downhill and never up.
By the way, ini adalah pengalaman kedua aku menghadapi kematian ahli keluarga terdekat. Last time it was 11 years ago. I was 17. I lost my father. Oooh sakit gila. Abah masuk hospital, admitted masuk ICU, koma for a week dan meninggal. He was 51. It took me like 3 months to get my shit together and prepared for SPM. Man, tough times I tell ya.
Kali ini it was my sis' turn pulak. She was 41 and 3 months pregnant. Sakit gila jugak. Kakak masuk ICU terus, koma dan dalam 3 hari terus menyambut seruan Big Boss.
Cuma beza, cara aku rasa kesedihan itu. Kalau masa abah meninggal, aku rasa kesedihan yang aku alami adalah kesedihan selfish. Kesedihan sebab fikir pasal diri sendiri sahaja. Tidak fikir pasal orang lain lansung. Fikir apa akan jadi dengan aku bila abah tersayang tiada. Siapa nak kasi duit untuk aku bersuka ria? Siapa nak selesaikan masalah bila aku memerlukan? Mana tempatku bermanja? Selfish kan? Oh come on I was seventeen kut. Muda remaja masih bergetah. Awww.
Kali ini bila kakakku pula yang pergi, kesedihan aku lansung tidak mempunyai unsur-unsur mementingkan diri sendiri. Pertama sekali sebab, hidup aku tidak bergantung harap dengan kakak aku. Aku ada hidup aku, dia ada hidup dia. Kami mempunyai idea berbeza-beza mengenai kehidupan. Tetapi paling penting dalam hidup berkeluarga, perbezaan ideologi tidak bermaksud perhubungan adik-beradik perlu goyah kan. Mesti lah tidak. Sebab keluarga kami berpegang prinsip kepada,air dicincang tidak akan putus. Sama sekali tidak! Itu baru namanya keluarga kan? Jadi aku memang tidak gemar lansung, cerita-cerita orang dibuang keluarga kerana dia gay lah. Kerana dia bertukar agama lah. Kahwin dengan orang tidak sekufulah.Ergh, menjengkelkan. Kesian kau dapat family yang berminda kecil begitu.
So apa jenis kesedihan aku alami sekarang inii? Kesedihan yang tidak mementingkan diri sendiri. Fikir pasal ibuku (ibuku sangat rapat dengan kakakku). Fikir pasal anak-anak kakak ku. Ah sedihnya. Cuba bayangkan membesar tanpa ibu? Sakit kan? Sakit for sure. Membuat aku sedar, hidup ini terlalu singkat nak fikir pasal diri sendiri sahaja. Haish. So I guess now I can be considered as emak pengganti kepada anak-anak saudaraku? Hmphhh. Hahaha untung mereka dapat emak pengganti yang moe.
So yeah, masa mendapat berita kemasukkan kakak ku ke ICU, aku sedikit terkilan kerana seakan tidak percaya bahawa ada masanya kita akan menghadapi kesedihan ketika kita menginginkan kegembiraan. Aku nak gembira kut masa harijadi kut. Nak buat camna kan. Ketentuan si Dia right?
Instead of hari ini saya belajar, entri ini kena tukar sikit jadi..
Hari minggu yang lepas saya belajar:
Instead of hari ini saya belajar, entri ini kena tukar sikit jadi..
Hari minggu yang lepas saya belajar:
- Mati itu benar. Duh. Everyone will fucking die eventually!
- Aku sudah cukup tua dan kuat untuk menghadapi cabaran hidup yang akan tidak putus datang.
- Semoe mana pun aku, tetapi bila nampak my youngest niece pergi depan jenazah ibunya dan bertanya "Ibu kenapa ibu pergi awal sangat? Kenapa ibu tak tunggu adik pergi dulu?" terus rasa nak jatuh pengsan dramatik ala drama melayu. Serious shit. I'm lucky. Aku mengalami rasa kehilangan ketika aku cukup kuat. 17 tahun cukup kuat kan? Kanak-kanak 10 tahun apalah mereka tahu wei? Nak ajar konsep redha pun susah dia nak ingest. Sigh.
- Dalam hidup ini, tak berguna pun nak pentingkan diri sendiri. Family always comes first! Ok rakan-rakan?
Sorry entri ini agak bosan dan tidak kontroversial. Haha sekali sekala kena buat entri untuk reflect diri. Aku harap anda semua dapat belajar sesuatu jugak. Yang baik kita kongsikan, yang buruk kita kongsi jugak. Sebab in the end, terpulang pada masing-masing nak menerimanya atau tidak, idak nye?
Selamat hari Isnin manusia-manusia yang membaca blog ku!