Hari ini saya belajar saintis panda memakai suit panda apabila melakukan aktiviti-aktiviti pemuliharaan mereka. Kenapa mereka perlu melakukan perkara sedemikian? Mengikut kata saintis, anak-anak panda yang dijaga di dalam tempat pemuliharaan perlu dielakkan dari segala jenis hubungan dengan manusia untuk meningkatkan tahap survival mereka apabila mereka dilepaskan ke hutan nanti.
Ya, cerita benar.
Kalau aku tahu jadi saintis panda kena pakai suit panda, mesti dari kecil aku dah tanam cita-cita nak jadi saintis panda!
Sumber: Telegraph