Tora kembali lagi. Eh silap. Ojamoja kembali lagi!
Aku memerlukan satu platform untuk memberitahu dunia apa aku belajar.
Twitter? Ah apa sangat boleh aku sampaikan dengan 140 patah perkataan. Aku makan. Aku tidur. Aku suka. Aku duka. Same shit, different day kekdahnya.
Facebook? Aku benci Facebook. Penuh dengan manusia yang mengjengkelkan. Tah kenapa mereka berada di friend list aku pun aku kurang faham. Mungkin aku seperti kamu, suka berlakon, oh aku ramai kawan. Lihatlah, aku membuat status di facebook ramai yang menyokong. Sukanya aku. Secara tidak lansung, benda-benda seperti ini memberi aku some sort of ego boosting yang aku rasa aku tidak perlu pun sebenarnya. Rasa seperti disayangi. Rasa seperti diambil tahu. Ah facebook, mainan dunia yang aku rasa tidak penting pun dalam hidup aku. Sebab in the end, di dalam kehidupan sebenar, bila kita gembira ramai menghampiri, bila kita berduka, eh mana semua orang? Ah, dunia. Biasalah kan?
Blogger? THE BEST PLACE EVAH. Tutup je ruangan komen. Nah. Aku boleh tulis apa aku suka.Suka duka. Duka suka. Ah whatever. Apa-apa sahaja. Freedom of speech (as long as aku tidak menyentuh isu-isu sensitiviti MELEIS dan seangkatan dengannya, no worries MELEIS, kalau aku kacau sensitiviti kau pun, aku akan buat ayat kau pun susah nak faham, sebab mengikut kata survey, MELEIS tidak suka membaca benda-benda yang complex. Heh.)
Kalau kau nak kutuk aku. Kutuk belakang-belakang. Jangan sampai aku tahu. Aku menulis di blog sebagai ekspresi diri. Ala macam kau ekspres diri guna muzik. Guna seni. Guna politik? Guna apa-apa.
So apa patut aku cerita ceriti. Erm. Nothing comes in mind so far. Padahal sebenarnya dalam otak aku ini ada macam some sort of string theory going on aka serabut gila babi. Nak surf-surf wikipedia pun susah, sebab sekarang major informational websites tengah memblack out kan diri, sebagai tanda protest terhadap SOPA.
Apa itu SOPA?
Stop Online Piracy Act.
Apa guna dia? Erm imagine macam ni lah. Kalau bill itu ditukarkan sebagai undang-undang di USA, kita boleh lah cakap bye bye kat 4chan, 9gag, wikipedia, reddit, I Can Has Cheezburger atau apa-apa website yang kita selalu kunjungi for LULZ. Kenapa? Ye lah kau ingat gambar yang mereka share tu hak mereka ke? Muzik yang mereka share itu? Informasi? Apa-apa pun. Dah kata share, nampak sangat benda itu pada asalnya adalah hak orang lain. Kan?
Kalau undang-undang itu benar- benar di keluarkan, tak ke macam haram. Macam mana kita nak bergelak ketawa secara sukasukaheyhey. Zaman makin maju. Nak bergelak ketawa secara free di dalam dunia internet yang sepatutnya FREE DAN OPEN, pun boleh masuk penjara tahu. Tahukah anda UN menobatkan internet sebagai satu hak asasi manusia. Yes, macam freedom of speech dan access to clean water. So apa SOPA BUAT NI? Menarik hak asasi manusia sesuka hati?
Well aku harap kerajaan Amerika tak perlu lah nak berlagak macam kerajaan China sangat. Relax lah der. Aku nak belajar banyak benda kut. Jangan lah sekat orang-orang macam aku please. Kitaorang just nak stimulate kan sel-sel otak kitaorang secara fun.
So fuck SOPA. And you too should fuck SOPA.