HISB: To be inspired or to be demotivated?


Satu quote yang bagi aku sangat menarik. Sangat membuat kita antara depressed atau pun "oh chill lah". Ala quote ini sangat berkaitan dengan pepatah Melayu yang berbunyi "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama." Sekarang cuba kau beritahu aku bagaimana kau mahu membuat diri kau diingati untuk beratus-beratus tahun? Nama-nama seperti Socrates, Hitler, Einstein pasti akan diingati kerana akan disebut berulang-ulang kali dalam pembelajaran sejarah manusia. Selama mana nama kita tertulis dalam buku sejarah, ha selama itu lah orang akan ingat kita.

Tapi bagaimana mahu membuat nama mu tersemat, diingati. Er? Bunuh president Amerika? Pergi ke mahkamah dan mendakwa si XX telah meliwat engkau? Haha sebab aku hanya fikir cara untuk nama diingati. Maksudnya, ada cara jahat. Ada cara baik. Kan? Haha.

Bagi orang macam aku, ah well, I don't want to be remembered anyways. Bukan aku ada buat apa-apa significant dalam society. Gol hidup aku menggembirakan diri sendiri, menggembirakan orang di sekeliling aku (family and TRUE friends).

Dalam erti kata lain bila aku nampak quote aku rasa macam nak gelak. Ia seolah-olah memberitahu aku segala apa yang aku buat hari ini, kalau in the future dunia meletup, they won't mean shit. In the bigger picture, it doesn't really matter, I will be forgotten one day, so I should do what I want, jangan jadi lalang, yang hanya tahu mengikut sana, mengikut sini, hidup bukan kerana mahu menjadi dikenali, disanjungi oleh benda-benda duniawi ni, hidup kerana kita tahu kita akan mati dan dilupai oleh insan-insan di muka bumi ini. Dan aku tidak menyentuh perihal afterlife, sebab aku tahu engkau tahu apa yang perlu kau tahu. Heh.

Haha aku memang pesimis begitu. Pesimis untuk menjadi orang berguna untuk orang lain (those who don't matter). Tetapi optimis dalam membuat diri aku gembira untuk diri sendiri (dan orang-orang tersayang). Beza kan?

Heee =) Selamat hari Sabtu!