HISB: Bagaimana nak jadi fashionista muslimah ( Berdasarkan observation aku yang tak sebarapa ini)

Bagaimana hendak menjadi fashionista muslimah di Malaysia? Bila aku cakap fashionista, aku maksudkan macam kau boleh jadi trendsetter, bila orang nampak kau pakai, orang rasa "eh cantik lah.mungkin aku patut cuba style itu" (Regardless of their body types).

Senang sahaja.

PERTAMA, KENA KURUS. KALAU TAKDA CURVE LAGI BAGUS.

Rasional - Sebab senang nak pakai skinny jeans, seluar straight habis supaya nampak kaki straight tanpa isi-isi chunky over-over sangat macam aku punya kaki. Tujuan pakai seluar skinny nak mampos agar senang nak pakai fashionable dresses/tops. Supaya boleh balance out, seluar kecik, baju besaq. So kalau pakai seluar bagak/longgar habis, it won't look as nice compared to seluar yg kasi ilusi bentuk kaki. The same rule applies kalau pakai seluaq besaq, baju kena lah nampak kecik sket.Disini pentingnya kalau takda boobs besar2 so boleh pakai baju just nice without thinking "shit nanti orang nampak boobs besar aku kang orang cakap aku tak muslimah habis."

Ingat lemak-lemak di tempat yang boleh menaikkan syahwat sesetngah orang perlu dielakkan sebab kau nak jadi contoh untuk muslimah. Orang nak tengok kau tertutup dan tak nampak apa-apa. Lemak kasi distraction. Kalau over lemak, orang akan cakap "wei pegi diet."Kalau lemak just nice,sedap kang orang cakap "uiii seksi nya makngah." Kriteria ini umpama nak menjadi model tanpa ketinggian. Hahahaha. Model kau ingat kenapa dia kurus bagai. Because distraction kurang di gambar. Yang paling penting adalah benda apa dia pakai dan...MUKA DIA, THAT HIGH CHEEKBONES oooohhh sangat sedap. Tapi nak jadi fashionable muslimah, muka tak sangat diambil kira, asalkan ok dipandang (kalau memang cantik betul, fuyoo 1000+ brownie points). Jalan. Sebab mesej penting kau nak bawak kat sini adalah, AKU MUSLIMAH SEJATI DAN AKU PANDAI BERFESYEN!

KEDUA, PANDAI MIX AND MATCH.

Rasional - Sebab kau pakai dari atas ke bawah. Covering them all. So make sure orang bukan nampak pokok tapi nampak kau yang cantik jelita.

KETIGA, PANDAI LETAK AKSESORI MENARIK

Rasional - Mesti lah, takkan kau pakai tudung baju. Lepas tu takde apa-apa? Mesti lah orang nak tengok ada detail-detail kecik yang comel-comel. Pin ke, rantai besar2 ke, bunga-bunga besar kat tudung.

KEEMPAT, KENA PANDAI MAKE UP!!

Rasional - Nak accentuate mata besa2, cheekbones tinggi, bibir mmm sedappp. Hahahaha. Dan jangan lupa pakai contact lens warna-warna tau. Kasi bila orang tengok terus mesmerized dan cakap "Awak lah the true muslimah yang saya cari!!"


Basically, sama rules camna nak jadi fashionable perempuan tidak bertudung (AKU TAK FAHAM KONSEP PANGGIL ORANG BERTUDUNG MUSLIMAH, PANGGIL ORANG TAK BERTUDUNG, ORANG TAK BERTUDUNG. SEBAB KALAU LETAK MUSLIMAH KANG ADA PLAK CAKAP "MANA ADA MUSLIMAH. HANG TAK PAKAI TUDUNG. JANGAN MISLEADING SANGAT" cakap la apa-apa wei, agama orang bertudung dan tidak bertudung still sama gak kan kan kan kan? kalau hangpa rasa pakai tudung tu memang dah boleh panggil muslimah, biaq pi hangpa, asal hangpa hepi.)

Tapi kelebihan orang tak bertudung, bila depa seksi sket orang tak bising sebab konsep orang kita "aku tak kenai hang, mampos hang, hang tak pakai tudung sebab hang nak seksi kan?". Tapi kalau orang bertudung seksi sikit, amik hang, AWAK TIDAK MENGIKUT LANDASAN-LANDASAN YANG DITETAPKAN! Why the double standard?

Ingat senang ke orang bertudung tu decide nak pakai tudung. Ye mesti la kitaorg tahu itu memang diwajibkan. Hang ingat aku pi sekolah dulu belajaq apa?But instead firing people cakap wei hang salah! Baik hangpa cakap "EH AWAK NAMPAK TETEK AWAK, LAGI BAGUS KALAU TUDUNG DITURUNKAN SUPAYA KAVER TETEK AWAK DAN AWAK AKAN NAMPAK LEBIH CANTIK". Kan ke manis. Macam orang try nak suruh orang tak bertudung pakai tudung gak lah. Kalau je nampak orang tak bertudung pakai tudung (for certain occassions), "KAN CANTIK TU PAKAI TUDUNG" Jadi kalau nak suruh orang ikut apa yang kau rasa betul. Guna ayat elok-elok.

Ok berbalik kepada topik asal. Aku takda masalah dengan fashionista muslimah. Sebab depa ni aku rasa macam simbolik hipster muslimah. Wahahahah. Macam kelihatan cool. Tapi apa aku cakap kat atas tu based on observation aku lah, bila seseorang itu mendapat ikutan ramai sebab cara dia berfesyen. Aku mesti cari persamaan dia dengan fasionista muslimah yang lain.

YES MEMANG TERBUKTI KEBANYAKKAN FASHIONISTA MUSLIMAH KENA MEMPUNYAI KRITERIA YANG SESUAI UNTUK PAKAI SELUAR SKINNY TAPI STILL NAMPAK MACAM SELUAR BIASA. HAHAHAH. TAK PERCAYA? LOOK AROUND PLEASE. =)

And please if sapa-sapa baca, don't give me a preach on how muslimah should dress because SAYA SUDAH TAHU! Saya bet fashionista muslimah semua pun dah tahu. =)

Haih teringat zaman belajar kat amerika dulu. Orang arab cun gila. Serious dowh. Macam depa takyah buat apa-apa, just pakai jubah hitam tudung tak fancy mancy lansung, tapi stilll MasyaAllah, cantik gileeeee. Time first year, depa suka cakap aku comel, sebab aku nampak macam budak-budak. They even macam manjakan aku then cakap "You're so cute". Aku senyum. Tapi dalam hati "WTF MAN I'M 19"

Hehehe memories.

OK dah merapu. So yeah, remember you muslimah out there. Work that thing girls! But make sure, ikut landasan-landasan yang ditetapkan. As for me, ammm biar masa menentukan ok?