HISB: Bagaimana untuk tidak merasa groggy bila bangun tidur.


Korang selalu tak bangun tidur lepas tu rasa macam sial? Rasa macam what the fuck? Padahal tidur dah cukup 8 jam. Well now lemme tell you why.

Tapi sebelum itu, sila lawat website ini: sleepyti.me dan setkan masa kau nak bangun. Lepas tu dia akan kasi satu set waktu-waktu yang kau disarankan tidur agar bila kau bangun kau tak rasa groggy.

Konsep yang digunakan:

Bangun di tengah-ditengah kitaran tidur = I FEEL CRAPPY!
Bangun di antara COMPLETE kitaran tidur = I FEEL LESS CRAPPY/ NOT CRAPPY AT ALL.

Apa itu kitaran tidur?

Kitaran tidur terdiri daripada 5 tahap:

Tahap 1
Light sleep. Mata bergerak-gerak secara perlahan dan aktiviti otot juga perlahan. Macam tidoq tak tidoq and senang terbangun. Time ni selalunya orang selalu rasa macam 'jatuh'. I don't know you but aku kadang-kadang selalu rasa macam jatuh lepas tu terkejut nak mampos bila bangun. Not the best feeling evah. Perkara ni terjadi sebab muscle contraction yang terjadi masa tahap ni.

Tahap 2
Pergerakan mata berhenti dan aktiviti gelombang otak menjadi makin perlahan.

Tahap 3
Aktiviti gelombang otak delta yang sangat perlahan diselang-seli dengan gelombang yang lebih kecil dan laju.

Tahap 4
Gelombang otak hanya terdiri daripada gelombang delta sahaja.

Tahap 3 & 4 dikenali sebagai deep sleep atau delta sleep. Ha time ini lah paling susah nak dikejutkan sebab tidoq tak ingat dunia aka tidoq lena. Tiada pergerakan mata atau otot berlaku.

REM
Then lepas tu baru masuk stage REM (Rapid Eye Movement). Time ni lah gelombang otak aktif macam masa kita sedar. Dan di tahap lah kita mendapat mimpi. Sekiranya kita dikejutkan ketika berada di stage ini, yes InsyaAllah, kita boleh ingat mimpi kita.

Ok habis cerita pasal kitaran tidur. Satu kitaran tidur mengambil masa secara average, 90-110 minit. Selalunya orang melalui 4-5 complete kitaran tidur. Dan inilah konsep digunakan dalam website sleepyti.me di mana kita setkan kita nak bangun pukul berapa, dan website ini akan kira secara backward mengikut satu complete kitaran tidur. Maksudnya kalau kau tidur mengikut masa-masa yang ditetapkan, kemungkinan kau nak bangun selepas one of the COMPLETE sleep cycles adalah tinggi. This will lead to less groggy or no groggy feeling at all.

Amazing kan?

Tapi mengikut bacaan aku, kalau deep sleep vs light sleep, kau akan rasa lagi sial bila terbangun masa deep sleep berbanding light sleep. Ini dipanggil sleep inertia.
Sebab tu orang cakap jangan kejut orang yang tidoq lena sangat. Hehe tapi aku selalu buat dunno je. Peduli apa aku.

So korang tunggu apa lagi, try lah tidur mengikut masa-masa yang disarankan oleh website itu. Dia cakap make sure kau plan nak tidur betul-betul. Sebab average masa diambil untuk orang dari sedar ke fasa tidur adalah dalam 14 minit.

Mari semua kita acu cuba try! =D

Sumber: Stages of sleep