HISB: Apa itu 'The Texas Sharpshooter Fallacy'

Korang pernah tak mengalami situasi begini?

Seseorang yang berlainan jantina tiba-tiba muncul dalam hidup kau tanpa diundang. Semua berlaku secara tiba-tiba. Baik punya baik, kenal mengenali satu sama lain. Di sepanjang perkenalan, kau notice bahawa eh engkau dan aku banyak persamaan. Persamaan dari segi benda yang kau panggil erm coincidence. Seperti, mm minat dalam muzik misalannya. Kebetulan kamu berdua suka band yang sama. Band yang boleh dikategorikan sebagai band pilihan hipster maka mesti lah ala-ala unik dan tidak ramai mengenalinya. Jadi kamu pun rasa eh engkau dan aku unik. Tiba-tiba mengenali dia dengan lebih rapat, eh kau suka itu ini macam aku. Engkau benci itu ini macam aku. Eh cerita childhood kita pun seakan-akan sama. Dan bukan itu sahaja, cara kau memandang dunia sama seperti aku.

Dari berkenal-kenal, mula terasa suka. Ahhh. Suka lah dia ni, banyak benda aku boleh bercerita dengan dia. Dan kami ada banyak similarities. Tiba-tiba mesti ada perasanly thinking " Maybe we are meant for each other".

Wait. Stop there. Take a step back.

Jangan mudah terpedaya dengan coincidences.

Cuba berfikir. Berapa tinggi probability engkau nak berjumpa orang se"unik" engkau. Ingat populasi dunia sudah mencapai 7 billion. Engkau rasa engkau unik? Berbillion yang lain pun unik juga. Tapi seunik mana pun manusia, mesti kita ada tendecy untuk menyukai benda yang sama. Kerana fikir secara logik, benda-benda untuk disukai/dibenci mungkin tidak sebanyak mana pun. Jadi probability untuk berjumpa manusia yang tend to suka/benci sama dengan kita adalah sangat besar. Sebab kita semua dibentuk untuk perasanly thinking kita UNIK. BUWEKS. Dan bila kita bertemu dengan seseorang seakan-akan kita, kita menganggap oh ini mungkin fate yang menyatukan kita berdua.

Hahahahaha, mungkin. Tetapi mungkin itu adalah 'The Texas Sharpshooter Fallacy'.

Apa tu?

Kita mencari persamaan di antara dua perkara yang berbeza dan membentuk pattern kita sendiri untuk mengaitkan dua perkara itu. Dalam situasi di atas, engkau dan aku berjumpa secara tiba-tiba, dan mempunyai persamaan, dan aku dengan sukasukaheyhey nya menganggap mungkin kita ditakdirkan bersama.

Hahaha.

Kenapa? Kerana kita manusia. Kita mahu segala yang kita nampak, kita lihat, kita rasa semua bermaksud sesuatu. Jadi untuk membuat dua perkara yang berbeza mempunyai connection antarasa satu sama lain, kita wujudkan persamaan, kita sendiri yang mencari persamaan itu, untuk memberi kita makna bahawa engkau dan aku adalah sesuatu yang bukan biasa.

Hahaha.

Basically dari apa yang aku faham mengenai '"The Texas Sharpshooter Fallacy ini..kita sendiri yang mereka-reka cerita agar kita nampak apa yang kita nak nampak. This logical fallacy is such a downer lah. Sukasukaheyhey menganggap semua coincidences adalah meaningless. Mana boleh kan? Mesti ada maksud. Mesti!

Jadi konklusi aku mengenai fallacy ini.

Aku malas nak ambil kisah. Aku seorang manusia biasa yang perasan unik dan aku suka mencari pattern untuk memberi aku maksud dalam segala yang terjadi dalam hidup aku. So fuck you 'The Texas Sharpshooter Fallacy' , I'm gonna stick with "things happen for a reason". Weks. Korang pulak?

Sumber: Wikipedia