HISB: Kenapa kacang gajus mahal.



Aku suka makan kacang gajus. Sedap kut. Tapi mahal. Dan aku macam terfikir lah tadi masa tengah munch munch kacang gajus, kenapa lah kacang gajus mahal? 40 gram pun dah 3 ringgit lebih. Dah lah tak puas pun aku makan! Padahal gajus boleh tanam kat Malaysia kut. Sebab dia dia perlukan iklim tropika. Macam negara kita lah kan?




Sekali rupa-rupanya it's not about the planting ke apa. It's about the nut itself. Hendak dijadikan cerita, buah gajus adalah buah beracun. Di sekeliling buah, terdapat toksin seakan-akan toksin dari poison ivy. Untuk membuang toksin itu, a proper roasting should be done. Bukan boleh panggang sukasukaheyhey. Kena panggang kat luar, sebab kalau kau panggang dalam rumah, takut boleh meracuni paru-paru kau. No kidding. No wonder lah mahal, sebab nak process dia pun sangat labor intensive. Nak kena roast lah. Lepas kena roast kena buang shell. Sebab shell tu lah gajus tidak boleh dimakan sebegitu sahaja.

Jadi cuba kau bayangkan, orang-orang yang first-first discover pasal gajus ni. Mesti ada sampai mati kan? Ye lah nak tahu apa lah boleh makan kat gajus ni. Mesti dia cuba buah dulu!! Maka marilah berterima kasih kepada insan-insan yang berani ini, kerana mereka, kau boleh makan kacang gajus dengan selamat! Dengan itu kalau orang tengah makan cashew nuts yang mahal itu dan complain "Mahal la cashew nuts ni." Kau buat muka pandai dan berkata " Sebab .... (insert apa yang aku cerita kat dalam entry ni) " Sekian terima kasih.

Sumber: Wikipedia