Terjumpa komik rage ini, Thanksgiving dari pandangan orang Kanada dan orang Great Britain. Membuat aku rasa ingin menulis sesuatu mengenai perayaan Thanksgiving ini.
Kadang-kadang aku rasa mahu tergelak kecil melihat rakan-rakan seMalaysiaku mengucapkan selamat hari kesyukuran kepada er orang Kristian sukasukaheyhey mereka. Apabila terang-terangan itu adalah perayaan tradisi di sesetengah negara (Kanada,Liberia, Amerika, Norfolk Islan, Puerto Rico) . Dan kau tahu siapa yang menyambut Thanksgiving pada minggu ini. Yep orang Amerika. Jadi yang kau pergi ucapkan "Happy Thanksgiving" kat siapa-siapa especially kalau orang itu Kristian atau orang putih tu dah kenapa nyah?
Dan kau nak tahu apa pandangan aku dari orang yang bukan Amerika mengenai tradisi ini? Satu perayaan di mana nenek moyang mereka yang omputih-omputih itu datang ke Amerika dan mencuri segala apa yang dimiliki orang kaum native dan duduk semeja dengan kaum native untuk menyambut kesyukuran di atas dasar "good harvest" . WHAT GIVES? Dan nak tahu dari mana aku belajar mengenai ini? Dari Addams Family. Hahahahaha. :P
Tetapi biasalah kalau kau berlawan dengan orang super Amerikano, mereka akan menyatakan eh itu dipanggil FIRST THANKSGIVING CIK KAK OI, BUKAN THANKSGIVING MODEN YANG KAMI SAMBUT INI. OK, tetapi kalau berfikiran secara KBKK, pencetusnya perayaan tradisi korang ini bukan dari situ kah? It's a pretty fucked up origin dontcha think?
Ala aku bukan Amerikano, jadi aku tidak koser untuk mempersoalkan asal usul perayaan tradisi negara lain kerana asal usual perayaan kita pun aku masih blur. Tetapi yang aku nak persoalkan orang luar yang sukasukaheyhey menyalah artikan perayaan tradisi ini. Mungkin teori asal-usul Thanksgiving adalah pelbagai sehingga susah dikenalpasti. Tetapi sekarang ia dijadikan sebagai satu perayaan tradisi. Thanksgiving zaman moden di Amerika adalah satu hari di mana kau get together dengan family dan mengenjoykan diri memakan ayam belanda dan menonton American football. Tidak berkaitan dengan apa-apa agama. Tidak berkaitan dengan apa-apa bangsa. Kau hanya perlu menjadi seorang rakyat Amerika atau kau perasan Amerikano. Kalau hari Valentine punya lah mencari alasan kenapa kita tidak patut menyambut dan mengucapkannya kepada orang lain. Tetapi korang-korang ini sama sajor ignorant, sukasukaheyhey mengucap tanpa memahami konsep. Hiks. Ucap itu boleh, tapi relevant la wei!!! Ucapkan kepada orang yang sepatutnya. Dan entri aku ini hanya sekadar meng-enlightenkan korang je. Jangan marah ye, nanti cepat tua. :)
Kbye.