HISB: Twitter, Facebook, Blogspot.


Pergi twitter, banyak duk asyik retweet quote-quote jiwang. Tak pun duk mengutuk Rosmah. Kalau setiap hari Ahad time 12.30, boleh nampak orang duk mengutuk Melodi. Kalau malam sikit weekdays orang buat ulasan drama apa tah kat tv 3 tu. Kalau ada special event macam bola, ha amik lah time tu semua dah layak jadi coach negara. Kalau ada event anugerah malaysia punya, ha semua dah boleh jadi fashion police. Best jugok, tak payah aku tengok tv and tak payah baca paper jugak. Sebab kat sana segala jenis journalist bertauliah or tak bertauliah semua ada. Tak kering informasi. Tapi aku menyampah dengan quote jiwang yang diretweet berulang-ulang kali. Lelaki perempuan sama ja. Berjiwang pun toksah lah 24/7 nyah. Aku tau hang retweet quotes tu hang nak BF,GF,CRUSH hang nampak kan? Hahahahah.

Pergi facebook, banyak duk forward itu ini haram. Semua dah jadi macam ustaz & ustazah dah. Bila aku tanya mana hang dapat info ini and tanya macam-macam, hang tak boleh jawab pulak. Hang cakap hang menyebarkan info ini sebagai amanah hang sabagai umat Islam. Ok itu aku faham, tapi hang sebar ja pakai hentam tak check kesahihan, tak ka hang rasa cam hang sebaq ajaran sesat? Sebar-sebar jugak but at the same time kasi la orang yang baca tu decide sendiri benar atau tidak. Ini tak,terus jatuh HARAM! Tak kasi ruang nak persoalkan lansung. Dan ini aku bukan cakap pasai benda-benda yang tertulis terang tang tang dalam Al-Quran kata haram ka apa ok. Ini cakap pasai benda yang orang suka-suka cakap haram sebab depa rasa depa dah setaraf mufti.

Pergi blogspot, jalang-jalang tengok blog orang. Tengok blog2 yang ramai followers riban-riban mesti blog yang stock perempuan comel, setiap entry dia memang ada muka dia duk buat muka comel macam aku selalu buat, tapi dia memang betul comel la, sebab aku haram muka macam jambatan tak siap. And blog entry dia selalu nya er menjaga kecantikkan, mundane activity dia di rumah, aktiviti sosial comel-comel dia dengan kawan-kawan. Tulis macam tu je dah riban-riban followers. Mungkin orang baca blog ini macam orang kat India tengok cerita Hindustan. Nak escape dari dunia realiti yang membosankan. So syok la baca orang shopping itu ini, pakai make up itu ini, beli bag itu ini. Entah lah. Sebab aku pun ada guilty pleasure aku iaitu suka baca blog xiaxue. Best kut wei. Sebab dia suka comel-comel tapi at the same time dia bitchy gila nak mampos. Lepas tu dia bijak nak mengenakan orang. Bukan la aku nak cakap Xiaxue tu semua benda pasal dia best. Tapi yang pasti lepas baca blog dia aku belajar something lah. Sebab KBKK Xiaxue ni boleh tahan jugak. Suka aku!

Aku duk complain pasal benda-benda ni selalu, tapi bila masuk dunia internet memang benda-benda ini lah aku duk melangut tengok. Syiok tengok kerenah orang ramai di dunia internet. Rasa macam kat mall, kau duduk tepi lepak tengok orang lalu-lalang and create all the perceptions pasal orang yang kau nampak based on the way they talk, they dress, they act. Cuma beza dalam internet hang judge dari ayat2 dia guna, benda2 dia share, benda dia complain. Hahaha. Like how you guys are judging me now. Tetapi itu persona internet, persona yang ditunjukkan, sepertimana aku judge orang lalu-lalang kt mall, itu hanya satu persona aku nampak dari mata kasar. The real them? Siapa yang tahu?

MEREKA DAN KELUARGA MEREKA. And of course the one and only, Allah S.W.T. =)

Ini adalah entri mengarut ketika bosan dan mengantuk.