HISB: desu!'s cover of d'rock city



My name is Panty, the crazy sexy blondie
And I'm not dumb
I'm breaking the news, now boys! Us girls
We're full-time horny too!

Hey, check out that hot one, damn he's got a big
******* delicious
It's time to get dirty now, so will y'all excuse me
Read the air! I'm busy!

Garterbelt! Again you've dialed D-CITY 2-900
Pantsuline! Copy that! Clear the city!

Anarchy! Everyone wants to be me!
Anarchy yeah! Get it up so I can see!
Anarchy! Let it flow wild and free!
Anarchy yeah! Y'all ready for the gig?!

I know you know... these wings inside of you
I know you know... they do get naughty too
Before I go... there's something I wanna say
Your sleepy anarchy... Wake it up! Wake it up!

Lagu paling tak malu dan wrong aku pernah nyanyi di khalayak ramai! Lagu susah nak nyanyi sebab guna suara rendah and I am not good with my lower voice. Plus the original dia pakai autotune. TAK ACI! (haha ye aku tahu suara aku macam taik!) But I had fun jumping like a mad woman. XD

HISB: Anger Management



Kalaulah Tuhan jadikan aku Chuck Norris, dah lama aku roundhouse kick sesiapa yang buat aku marah. Roundhouse kick sampai terpenggal kepala.

Tapi aku bukan Chuck Norris.
Terima kasih Tuhan.

Kalau tak mesti aku dah masuk penjara, kena makan makanan penjara, kena belajar menjahit.
Terima kasih Tuhan.



OK aku perlu mengaku aku sebenarnya mempunyai anger issue. Tak teruk sangat, tapi boleh la teruk nya. Basically bila someone/something ticks me off so bad, kalau aku tak boleh buat apa-apa, aku hanya boleh menimbulkan pemikiran-pemikiran rawak (seperti di atas) untuk subside kan the anger feeling. Usually it works. Macam kalau dalam graph, anger vs time, anger aku naik naik naik dan naik tiba-tiba dia plateau (maksudnya time ni aku tengah fikir benda rawak untuk mereleasekan dopamine bahan kimia yang memberikan kegembiraan) lepas tu anger aku pun turun mendadak. Then aku macam biasa.




Sebab tu aku tak boleh marah orang lama-lama. Sebab aku suka main dengan otak suruh think of something buat aku gembira. Hence the release of dopamine. That's why you feel good bila you dengar muzik, and why certain people addicted to drugs and food. This chemical is the culprit of your happiness!!!

As for me, I don't go for comfort food, drugs, cigarettes, alcohol..I just use my brain..the source of happiness, sadness and whatever feeling. Aku guna terus. By stimulating it with my random thoughts on things that make me happy. Mostly it will involve certain animals, certain famous people, certain awkward situations... whatever that makes it funny.

And if I am really mad, I write!!! Kalau kau stalk blog aku betul-betul. One time aku akan marah gila, tulis benda-benda yang memarahkan. Then tiba-tiba aku delete the post. AHAHHAAHAH. My reasoning, aku just nak orang tahu (whoever you are, yang takda kaitan pun) yang aku sangat marah. Itu je. Kau kisah ke tak. Not my problem. Lepas aku OK, aku delete. Sebab diri aku yang tak marah, tengok aku yang marah menulis, aku rasa sedikit janggal dan kurang senang. SPLIT PERSONALITY? Maybe.

You may say it's a form of denial. Hey if you are really angry and you know you can't do anything about it, tak kan kau nak stuck with that negative feeling forever and ever. It's not healthy. Aku yang suka marah pun aku rasa sangat tidak healthy. Kalau masuk rancangan boiling point MTV tu, 0.05 saat tu lah boiling point aku. Wahahaha.

So korang pulak macam mana korang curb your anger eh? Share lah. Dulu-dulu mak aku ada kasi ayat-ayat suci untuk dibaca bila ada perasaan marah. Knowing me, aku ingat time tu je. Lepas tu...ehhhhh ape tah ayat tuh. Sheesh. Will definitely ask her again. Hehe.

Btw, if any of korang jenis yang susah nak marah, I HATE YOU! =P

HISB: Mexican Dinner with Penn State BFF


Hang out session with my 28 y-o girls! Sigh, lama gila tak lepak dengan orang sama baya!









I had french toast flavored ice cream for dessert!
dD had salted gula melaka ice cream (wtf right)!
And mahi had nutella ice cream!

Now I am a happy super fat dinosaur!
XD


HISB: desu! 2011 Line-up




desu!pink: oja
desu!red:afiq
desu!black:omar
desu!blue:aiman
desu!green:ezul
desu!yellow:min


Please like us on facebook: http://www.facebook.com/akibapunk

HISB: Larian Amal & Kanser


Hari ini tergelak aku baca satu thread ni. Ada lah hamba Allah bertanya kenapa bila nak raising fund for cancer ke ape ke, perlu ada acara larian lah apa lah. Kenapa tak boleh mintak derma terus je tanpa berlari. Haha.

So the most popular answer: Event yang diadakan untuk raising fund tu adalah untuk promotion, to draw MORE attention and to get MORE sponsors. Plus events macam ni selalu diorganizekan oleh volunteers.

OK lah, aku puas hati dengan jawapan itu. Tiba-tiba ada hamba Allah menyampuk, dia cakap dia setuju part promosi tu, tapi dia kata lagi bagus kalau event dibuat macam accurate dengan the cause. Kau tau contoh apa dia kasi?

Derma untuk kanser payudara, pegang payudara sihat dengan bayaran (yang akan disumbang ke tabung kanser payudara)!! MARI MARI!

MACAM SIAL. Tergelak aku sorang-sorang kat dalam bilik ni.

So korang semua pernah derma apa-apa untuk kanser? Kalau tak, dermalah kalau mampu ok?

FUCK CANCER!

Kbye.


P/S: Tak jadi perform esok for Read Malaysia sebab ada masalah logistik ape tah. Ah well it's OK, aku rasa macam tekak aku ada tonsil je. Nak menyanyi pun takde mood. Next weekend maybe ade acoustic showcase kat backpacker hostel somewhere in KL. Perform depan orang-orang putih yang ala-ala hippies. WTF. Thinking of bawak konsep orang malaysia nyanyi lagu jepun with traditional instrument..SAPE!!! Hahaha. FUSION OF MUSIC! Will update you guys more on this. XD Sebab kitaorang punya pemain sape pun still kat Sarawak.

HISB: It's only a suggestion. Chill lah.


So basically senior Penn State aku ada la buat satu status yang berbunyi:

Apsal laaa khatib kat surau MMU ni tak guna English untuk address non Malay spoken makmum (foreigners)? Inclusiveness is so much better than exclusiveness.
Bila aku baca aku macam haah kan? Y not?

Then baca comment, macam nak tergelak with a few people.



Itu lah suka mengcompare tanpa faham apa context orang tu nak nyatakan.

Apa yang senior aku buat just to imagine himself in other person's shoes. That's all. Kalau kau berada di tempat orang lain, takkan kau tak tukar cara fikiran kau jugak? Or kau rasa apa yang kau fikir or believe in sama dengan orang lain jugak ke? Crap.

Ish. Benci gila aku dengan sikap orang yang rasa dia, bangsa dia, agama dia sangat superior.

Tolong lah.

Menyampah.

Sangat.

But I don't think people will see me as a serious person bila orang tengok gambar profile aku.
Macam haram. Wahahaha.



Kbye.

HISB: Gigi Buruk.


Satu ketika dahulu aku pernah mendapat satu komen yang agak makan dalam di dalam youtube.


Sejak itu aku baru sedar, buruk gila gigi aku. Hahaha.Yang best buruk gila, tapi aku suka-suki senyum dalam gambar ke apa tak pernah nak cover keburukan. Tak pernah terfikir nak pakai braces. Memang ada je lelaki direct je dengan aku, "Kau ni ok, tapi bila kau bukak mulut kau tak ok. So aku cadangkan kau jangan buka mulut." Siap cadangkan kat aku suruh aku pakai braces. Ini adalah lelaki yang nak mengorat aku tau bukan kawan saja-saja lala. Pukimak punya lelaki kan.

Sejak itu aku pun berazam kalau aku nampak lelaki yang aku minat, aku akan senyum kat dia dan tunjuk gigi buruk supaya awal-awal dia tahu bahawa gigi aku buruk. Hahahahahahah. Dan hasil nya, takde sapa pun mengorat aku. (ok exaggerate) Babi.

Banyak benda boleh nak complain pasal flaw diri sendiri ni. Dah la buruk lepas tu tak align. But entah. Selalunya aku macam whatever the fuck. Orang yang selalu mengutuk gigi aku pun lansung tak hensem dan sumber kewangan aku bukan dari gigi. Wahahahah.











Aku tak boleh la senyum tak tunjuk gigi, sebab aku rasa macam pelik. Macam kartun.



So semalam tengah-tengah berjalan-jalan di youtube, tiba-tiba ternampak video penyanyi lama jepun. Nama dia Naoko Kawai. Terus macam, ok kau menjadi idola aku yang baru. Satu sebab sebab dia penyanyi, dua dia suka pakai dress comel-comel , tiga gigi dia buruk.

WAHAHAHAHAH.




Then aku membuat aku sedar, sebenarnya ramai juga orang jepun gigi derang gila out.

Then lala aku berjalan-jalan di internet. Terjumpa satu website yang mengagungkan perempuan gigi buruk/snaggletooth.

HAHAHAHAHA.


http://yaebasuperstar.blog123.fc2.com/

Tergelak terduduk-duduk aku tengok. Nampak sangat orang jepun ni pelik kan. Sebab setahu aku secara am nya memang orang kutuk habis gigi buruk. Seriously, itu lah realiti kehidupan.

Konklusinya di sini; gigi aku buruk, aku tahu. Hehehehe. Kalau kau nak tegur dan kasi duit untuk fix the burukness. Sila lah. If not, STFU.

Tu aku belum start bila orang tegur pasal kening bersambung pulak. Beria suruh cukur. Ah lelaki semua benda tak kena je kan bagi mereka. Kalau kau Justin Timberlake takpe jugak kan kan kan?

Oh btw sebab aku considerate, aku tahu korang rasa nak muntah tengok gigi buruk aku, nah video kucing gila comel main peluk-peluk untuk meneutralizekan rasa nak muntah tu. AMBIKKK AND SQUEALLLL WITH YOUR VERY MOST GIRLY DELIGHT.



HISB: Orang Utan adalah sejenis binatang yang gila seks.



Dari wikipedia:

"Masturbation is common in the animal kingdom ... We have a Darwinist mentality that all animals only have sex to procreate. But there are plenty of animals who will masturbate when they have nothing better to do. Masturbation has been observed among primates, deer, killer whales and penguins, and we're talking about both males and females. They rub themselves against stones and roots. Orangutans are especially inventive. They make dildos of wood and bark."

Dan hari ini juga saya belajar;


ORANG UTAN BOLEH MEROGOL MANUSIA.

Dari wikipedia:

Male orangutans have been known to rape human women. The cook of noted primatologist BirutÄ— Galdikas was raped by an orangutan. An orangutan tried to have sex with actress Julia Roberts but was prevented by a film crew.

UWAAAAAAAAAAAAAAAA.


Now whenever I see orang utan, I will be like DON'T APE-RAPE MEEEE ORANG UTAN!!!!

Kbye.

Sumber: Wikipedia 1 / Wikipedia 2

HISB: Orang Jepun Yang Rawak


Sarariman Man!



Macam sial video ni. "Salaryman pistol is...a pistol!" Cam sialllllllll.

Game Merapu!



Actually ini game betting. Kau bet, lepas tu kau tengok race tu. Tapi race dia merapu macam sial aku nak tergelak guling-guling. Banyak sangat benda random. Watch it if you are up for a good laugh. =D


Kbye. <3 <3

HISB: Gambar C2AGE FIVE 2011


Nah gambar aku yang gemok ini untuk tontonan ramai.
Ada gambar cilok dari fb orang ada gambar dari camera and phone aku.
Kbye nak tidur petang. Hari ini half day kerja. Hiks.
























HISB: New Yorkers and What they listen to.





This is a great social experiment. Asking strangers what music are they listening to.Btw, yang ni dia tiru ada satu tumblr orang spanish ke apa. But dalam tumblr dia just tangkap gambar strangers and state apa dia dengar.

The video is cool. But I wish they could add more substance in editing the vid (TALKING LIKE A PRO PADAHAL TAK TAU APA-APA). And if korang sedar banyak dengar lagu pop. Hahaha. SEE POP IS NOT GONNA DIE OK.PEOPLE LISTEN TO THEM EVERYDAY TO WORK AND STUFF BECAUSE IT MAKES THEM FEEL GOOD.

Kalau orang jumpa aku tepi jalan and tanya apa aku dengar. Mesti jawapan aku:

Lagu punk or pop Jepun
Lagu top ranking from 90s,80s and 70s
THE SMITHS (FUCK I LOVE THEM SO MUCH)
Lagu dari unknown artists (Most prolly aku dengar sebab artist tu sendiri yang promote lagu dia kat forum-forum. Bila orang berusaha aku kagum, so aku pun dengar. NO I'm NOT A HIPSTER. OR AM I?)

Basically, no current pop shitty stuff ah dalam playlist. Sebab bagi aku, lagu-lagu macam tu aku boleh dengar kat radio. Why bother wasting my storage space for something I can hear on the radio aight?

BTW I MISS NEW YORK. I LOVE NEW YORK.

Sigh.

Kbye.


HISB: I wish..


aku tahu third language yang gila rare yang banyak orang tak tau.

Kenapa?

Supaya aku boleh cakap apa sahaja aku nak kat blog, fb, twitter.
No cryptic status, entry or anything but a very direct one.


Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya
.
So untuk membuat hati rasa happy nah video kucing yang tak kisah dengan air.




Kbye.

HISB: Otaku yang main bass adalah cool.


Hari ini tiba-tiba rasa macam nak dengar lagu relax. Lepas tu ingat lagu Let Me Be With You Chobits. Pernah perform, tapi aku nyanyi macam haram. So nak cari original PV kat youtube, as usual youtube is an asshole like someone I used to know. So nahhh. Cari apa-apa yang boleh menghilangkan sudden crave kat lagu ni. Yeay jumpa. Orang buat bass cover, pun bass cover lah. I love the sound of a bass remember?



Ooh ooh yeah ooh ooh yeah
Let me be with you
Ooh ooh yeah ooh ooh yeah


DON'T JUDGE HIM.
Weks.

desu!'s rendition of this.
sorry i have a sucky voice.
and i look fat and ugly.
because i am fat and ugly.
=D
let's embrace fatness and ugliness!




HISB: Apa itu DIBS.




Kesian mamat tu kena rejected outright.
Well I feel rejected too, sometimes. =(
(Eh tiba-tiba emo)

Anyways, bila nampak benda ni first thing came to mine. What the hell is dibs?

Sorry lah saya ignorance sebab saya bukan orang Amerika.
Cari punya cari.
Dibs adalah COP!

So mamat kat atas ni bila nampak orang tukar status relationship terus dia nak COP.
Tapi kesian kena denied.

Hehehehe.
Itu untuk US.
Kalau UK derang guna BAGSY.
Kalau Italy MIO.
Kalau German Erster.

Hehe, now you know huh.

Kbye.

Sumber: Wikipedia

HISB: Kenapa Simba nama dia Simba.


HISB: Read Malaysia '11



Hi korang, Ahad ini (29th May, 6.00 pm) aku dan desu! akan perform di MIECC, Mines Resort City for Read Malaysia. Yes perform kat bookfair. Comel kan. Bila geeks berjumpa nerds. Ini pun sebab aku rasa one of the organizers adalah orang-orang anime jugak. Hehehe.

Sadly, there will be only 4 of us sebab keyboardist tengah kat Sarawak nak pergi shopping Sape and lead guitarist ada kat Melaka tengah menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Bummer!

Rasanya akan perform lagi for the other weekend sebab book fair ni lama kut. Tapi the other weekend aku pulak bermasalah. Abang aku nak kahwin so kena balik kampung! (Finally!!). I hope they manage to get a slot on Saturday for that certain weekend. Kalau Ahad (5 June) memang tak dapek. I really want to rock out in a complete set. Sebab bunyi keyboard best!!! Takpe desu! multiskill, tiada oja, orang lain lah menyanyi. Hehehhe.

I guess I will be singing a few simple songs yang comel this Sunday. =)

Hope to see you any of you stalkers there.

Happy Hump Day.


Kbye.

HISB: C2AGE FIVE ROCKS MY SOCKS OFF


HI MY WEEKEND WAS AWESOME. Enough said.
And my dear blog, I don't fucking know what to share here anymore.
Everything is so meh as of now.


OK.
Mm LET ME THINK.
Mmm.

OK.

DID YOU KNOW SEATTLE'S BEST COFFEE IS JUST ACTUALLY STARBUCKS COFFEE?


=


WTF KAN.

Aku tak sure lah ada SBC kat Malaysia but yang pasti time aku belajar kat US aku selalu pergi SBC sebab dia dekat dengan class aku. So in between classes boleh singgah hirup kopi. Kalau pergi starbucks kena turun jauh sket downtown nun. Aku malas. And the whole time aku duk ingat Starbucks lagi sedap dari SBC. BABI.

Lagi apa eh nak share? Erm. Tah. Oh btw aku suka Zooey Deschanel nyanyi lagu ni.





Kbye.


Sumber: Wikipedia

HISB: desu! di Tropicana City Mall (21st May - 22nd May)


Hi semua, esok saya dan band desu! akan membawa kegilaan lalala di acara C2AGE FIVE ( sejenis anime convention) di Tropicana City Mall. Slot kami bermula pada pukul 5 petang sebelum majlis pemberian hadiah. Sekiranya tidak boleh datang esok, jangan risau, jangan gundah gulana, kami akan membuat persembahan lagi pada hari kedua (Ahad) pada pukul 11 pagi.

Jumpa di sana ya!





OH BTW, ESOK KITAORG IKUT THEME SENTAI (THINK FLASHMAN). HEK HEK.


HISB: Jim Henson


21 tahun yang lalu (16 Mei 1990) Jim Henson pencipta The Muppets meninggal dunia kerana sakit jangkitan kuman yang seakan-akan pneumonia. Dia juga adalah puppeter untuk character Kermit si katak.



Reason aku tergerak hati nak post pasal Jim Henson adalah sebab imej dibawah yang dikeluarkan oleh Disney sebagai tribute kepada Jim Henson. Mickey tengah console Kermit on the death of Jim Henson, Kermit's creator.


Awwwww. Sedih kan? Aku pun rasa nak menangis tengok gambar ni. It's kinda funny to me that a moment of grief could be so accurately displayed in one cartoon image.



Jim Henson, I hope wherever you are now, you are resting in peace. =)

Sumber: Wikipedia

HISB: "Di dalam dunia yang sempurna" oleh Catrina Dulay


Hari ini aku terjumpa link yang best. Website yang penuh dengan designs yang cool by a designer, Catrina Dulay . Sila lawat website dia di sini: Toothpaste Frosting Designs yang tertera di bawah adalah designs yang dicipta Catrina untuk kategori yang dinamakan: In A Perfect World. Best! Try lah visit! Yang aku cilok semua yang aku suka dan macam terkena batang hidung. Hehehe.XD










HISB: Apa aku boleh buat dengan pisang, hanya pisang!


Pureed frozen banana yang seakan-akan ice cream (without the milk of course!)!!!


1. Masuk kan banana dalam freezer.



2. Ambil frozen banana dan blend.



3. VOILA!! PISANG HANCUR SEAKAN-AKAN ICE CREAM.



Sangat mudah. HANYA SATU BAHAN SAHAJA DIPERLUKAN.
Yes, one step closer in being the next Martha Stewart!!! (Cita-cita tinggi itu perlu!!)

More descriptive instructions can be found here: TheKitchn

HISB: Ada pakcik yang merakam video diri sendiri annually selama 35 tahun!



So nak dijadikan cerita this pakcik mula merekod video of himself setiap tahun bermula dari tahun 1977 sampai sekarang!! Amazing sial. And somehow buat aku sedih sangat. Kenapa? Kerana video ini seakan-akan membenarkan apa yang orang selalu kata: MASA BERLALU DENGAN PANTAS TANPA KITA SEDARI. And this video demonstrates it. Kudos to this pakcik sebab mempunyai komitmen yang bukan hangat-hangat taik ayam. Kalau aku mesti tahun kedua dah macam "eh wait a minute, lupa nak charge camera. argh malas lah, bukan ada orang nak tengok pun!!"

Tapi part lawak dia ada cakap dalam video ni, the reason why dia buat benda ni: ""The purpose of all this is to stimulate growth..." .. Yes pakcik I can see the growth that you were talking about: YOUR WAIST SIZE. Hehehehe.


Enjoy the video people walaupun pakcik tu tak hensem (Aku memang jahat). Tapi effort dia patut dikagumi.XD

HISB: Online Filter Bubble




Basically video ini menceritakan bagaimana website-website yang terkenal (facebook, google, etc) mengkhususkan carian dan click kita. Kaedah ini dipanggil, FILTER BUBBLE. Setiap carian engkau, setiap click engkau akan direkod oleh website-website ini untuk memberikan engkau FAVORABLE results berdasarkan MINAT engkau.

So kau imagine, berada di dalam bubble sendiri dan tidak mengetahui apa yang berlaku di luar bubble itu.

NOT HEALTHY.

Ignorance is bliss but... there are always two sides to every story. How to judge kalau kau hanya melihat kepada satu view yang hanya memuaskan apa yang kau fikirkan? Tidak kah ini akan menimbulkan pendapat yang super bias?

Internet Y U LIKE THIS? You only tell me what I want to hear? Thus, there will be like a kind of feedback loop of confirmation, giving me the impression that certain things are better supported/true just because that is what I want to believe? NOT COOL INTERNET, NOT COOL.

What can we do to pop the bubble? Nothing much but this website lists 10 things that we can do for a start: FilterBubble

Konlusi, kenapa aku selalu jumpa apa aku nak everytime aku cari sebab... THEY KNOW WHAT I WANT TO KNOW, SO THEY DON'T TELL ME WHAT I DON'T WANT/NEED TO KNOW.

Creepy, no?

HISB: Deodorant Perempuan vs Deodorant Lelaki


Jumpa benda alah ni online, lelaki complain kenapa perempuan punya deodorant lagi best dari lelaki yang tah hapa-hapa (ignore dia punya spelling in case kau seorang grammar nazi haha, sebab aku pun tengah try nak ignorekan ni)





Agak funny kan perbezaan deodorant lelaki dengan perempuan? Tetapi orang ni lupa kata bahawa deodorant ke perfume ke designed with the opposite sex in mind. Deodorant lelaki sepatutnya bau best kat perempun, dan deodorant perempuan kena bau best kat lelaki. Meaning kalau kau gay...er er.. kau kena tanya partner kau so siapa top siap bottom? Supaya senang engkau tau nak kena pakai deodorant bau sweet-sweet ke, bau manly. Heheheheh.

And yes aku suka bau lelaki punya deodorant dan perfume. Agak mengghairahkan, but hell no i'm gonna wear them. Btw, aku suka bau sweet-sweet macam buah, tak suka floral. Saja bagitau, kut-kut la korang nak beli perfume kat aku kasi hadiah birthday.

Kbye.

HISB: Bury my head in the sand





Nak dijadikan cerita aku hantar satu text message kat seorang hamba Allah berbunyi "OK I'm gonna be like you and bury my head in the sand. Pretending not to see the problem. YEAH JUST LIKE YOU"

Lepas aku tulis camtuh. Secara normalnya aku pun berimagine seekor ostrich dig a hole then bury her head in the hole. Lepas tu secara normalnya,aku akan bertanya kepada diri sendiri. Why the eff ostrich buat macam tu ah? Kenapa dia kena tanam kepala dia? Sepertimana soalan-soalan lain yang selalu berlegar di kepala aku, aku pun seperti biasa mengeluarkan telefon bijak (smartphone) dan google.

Dari wikipedia:

Contrary to popular belief, Ostriches do not bury their heads in sand.

*BUMMER*

Kau tau kenapa orang came up with that? Sebab ostriches actually dig a hole to put their eggs, then several times in a day depa kena turningkan the eggs. So dari jauh nampak macam "HAHAHAHAH TENGOK BURUNG TU SEMBUNYIKAN KEPALA DIA, MESTI SEBAB DIA TAKUT."

Ergh. Now I'm a little sad sebab aku tak tau nak bayangkan binatang apa dah sebab aku dah tahu ostrich letak kepala dalam lubang sebab nak alihkan telur dia bukan sebab dia takut. Ni semua sebab kartun lah ni suka ajar benda-benda yang salah!

Damn son. *silently buries head in the sand to ignore the truth, JUST LIKE YOU*

Sumber:
Wikipedia
National Geographic Kids

HISB: Hari Peringatan Holocaust di Israel..


actually sungguh menyentuh hati aku yang senang disentuh ini.




I guess it's true when they say "THEY NEVER FORGET".

Tapi seriously siapa pernah lupa kekejaman yang menjatuhkan bangsa sendiri?

Ye aku aware pasal kekejaman sesetengah daripada mereka terhadap orang lain. Sangat aware, tidak perlu berikan aku ceramah bagaimana aku harus berfikir. Aku dah cukup senak dengan ideologi yang disumbat masuk dari kecil yang menyuruh aku membenci mereka. Aku benci mereka atau tidak, tidak akan aku huraikan di sini sebab tidak relevant. Biar aku seorang sahaja yang tahu.Tapi ingin aku tekankan post ini bukan pasal mereka. Post ini pasal gesture mereka memperingati apa yang pernah dilakukan ke atas bangsa mereka. That's it.

Memperingati takpa sebagai tauladan, berdendam jangan sekali kan?

HISB: Lagu untuk bakal kekasihku.


Sekiranya aku disuruh memilih satu lagu untuk mengekspress apa aku rasa aku bila bertemu cinta hati aku, aku definitely akan pilih lagu ni! No doubt!!! XD




Lirik dia memang membayangkan the exact feeling apa aku expect bila aku jumpa 'the one'. And yes the lyrics is what we normally consider err morbid? Or dark? TAK MOE TAK CUTE MACAM LAGU JEPUN-JEPUN AKU KENA DENGAR OR NYANYI. Yelah kat luar je nampak cute, free-spirited lala, tapi dalam hati siapa je tahu kan kan kan? Heheheh.

I don't know. I love The Smiths so much that it hurts. Lagu depa semua kinda poetic, sad and defiant. (Morrissey Y U SO LYRICAL GENIUS??) Membuatkan aku rasa macam matang sedikit bila dengar. Hahaha. Not saying aku tak matang, matang memang matang. Tapi bila dengar lagu the Smiths rasa cam "mm haah betul betul aku rasa macam tuh!!" Umpama antibodi bertemu dengan antigennya. Semuanya kena pada tempat nya dengan apa aku rasa. Sigh.

"And if a 10-ton truck kills the both of us
To die by your side, well, the pleasure, the privilege is mine"

=)

HISB: Kerana Finding Nemo, Clown Fish Menerima Padahnya




Korang tak ingat cerita Finding Nemo? Mesti ingat kan sebab tu lah cerita yang berjaya membuat ikan tak comel nampak gila comel. Hahaha. Aku tak suka ikan sebab ikan tak comel. So yeah lepas tengok Finding Nemo mengubah sedikit sebanyak persepsi aku terhadap kecomelan ikan. Ye lah kan bagi aku semua benda comel kena ada bulu-bulu. Ok enough of apa aku rasa comel talk.

Berbalik kepada isu clown fish. Clown fish tu yang mana ek? YANG JADI NEMO TUH LA. So funny kan nama dia dah sedap Clown Fish, tapi disebab kan cerita Finding Nemo, semua orang panggil ikan tu ikan Nemo (TERMASUK AKU. HUWA HUWA!) Tapi aku memang dari kecil mempunyai perangai sebegitu, sampai umur berbelas tahun aku memanggil labah-labah sebagai SPIDERMAN instead of spider. And aku panggil sharks as JAWS sampai sekarang. Hik hik. Aku bodoh? NO! TV YANG AJAR AKU, SO TV LAH BODOH!

Eh lari topik lagi. Nak dijadikan cerita, sebab kehangatan movie itu, demand nak clown fish menjadi pet semakin bertambah-tambah. Ye lah semua orang rasa ikan nemo comel, so depa pun "AKU NAK NEMO FOR MYSELF"! MY ASS.

Kerana makin banyak orang nak beli, mesti la orang yang gila $$$ makin rakus menangkap Clown Fish tanpa berfikir secara rasional. Like hello.... KAU MENGANGGU EKOSISTEM HABIS LA KAWASAN BATU KARANG DAN JUGA BINATANG LAIN! Imagine, Clown Fish dah tade, nanti ikan yang makan Clown Fish pun da bosan la nak berlegar kat kawasan tu. So depa pun lari pi tempat lain. So kesian lah kat manusia yang nak makan ikan tu. Kut-kut lar kat tempat dia tu ada ikan je tade benda lain. OK aku exaggerate, but my point is, hey people, there should be a delicate natural balance in the ecosystems. And kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran mempunyai kuasa untuk memastikan natural balance ini dapat bertahan lama. Tropical fish sepatutnya berada di laut, bukan dalam tank rumah kau.

Sigh. By the fucking way, kalau kau bela ikan kau tu, sepatutnya kau bukan simpan dia dalam NEW TANK. The so-called new tank supposedly kena ada cukup koloni bakteria untuk metabolize taik ikan tu. Ye lah, kalau takda bakteria sapa nak pecahkan waste ikan tu, banyak lah ammonia terkumpul dalam tank, lepas tu mampos lah ikan kau. Tapi bagi kau dia hanya seekor ikan kan? Like you give a fuck. Sigh.

Tak rasa ironi ke, cerita Finding Nemo pasal ikan Clown Fish kena culik, tapi lepas tengok cerita tu, semua orang nak beli Clown Fish, nak penjarakan dia duduk senyap-senyap jadi perhiasan kat rumah.

Humans. We are weird.

Sumber: Oceans

HISB: Aku suka lagu Loving You - Minnie Ripperton




First time aku dengar lagu ni masa aku pergi Michael Moore punya campaign for John Kerry time US presidential election 2004. There's this one part of his campaign dia tunjuk satu slideshow with pictures of Bush buat muka bodoh/muka beruk . And the background song was this song.

Terus terpikat. Walaupun visual muka beruk Bush tak menggiurkan, tapi lagu ini tetap best. Balik rumah terus cari nak download. =) Tapi malangnya, walaupun koleksi muka beruk Bush banyak ditayangkan, Bush tetap menang election untuk kali kedua berturut-turut. HAHAHAHHAHA. MUKA BERUK JUGAK YANG KAU PILIH EH ORANG AMERIKA?

OK back to the topic, jeles lah dengan suara Minnie Ripperton! Dia boleh whistle register hebat gila. I prefer hers more than Mariah Carey's by the way.

Pernah perform lagu ni time kat gravy baby. Lepas tu nak dijadikan adalah seorang Hamba Allah ni dia suka, so dia offer nak main kan lagu ni sekali lagi untuk aku. So aku on je nyanyi la. Hahaha. Of course nyanyi secara fail, sebab suara aku tak sedap and I can't do whistle register =(. But I had fun nevertheless. Thanks to that particular Hamba Allah kerana sudi menjadi peminat saya pada suatu ketika. Kau ingat senang nak jumpa orang yang suka suara aku? Yelah suara aku kan tak sedap dan annoying.

Hey you, I'm sorry for all the wrongdoings on my part, if our paths will cross again, jangan lupa cakap Hi dan senyum!




On another note, I hate how people keep stalking my blog but never leave a comment or two. =( I think I'll turn off the comment thingy as it doesn't serve any purpose anymore. Just like the old blog. Talking to myself and pretending that people don't read. Hahaha. =) Nanti lepas tu orang PM suruh bukak comment pulak.

Lately I don't feel like writing anything controversial, walaupun aku tahu sebenarnya orang suka blog yang tulis mengutuk, menjatuhkan, mengejek orang lain. Too bad, aku takde mood nak kutuk siapa-siapa. Ada orang suruh aku bincangkan pasal gejala K-pop yang menular kat orang-orang kita. LIKE HELLO OLD NEWS KOT. AND SINCE WHEN MEMINATI SESUATU GENRE DIPANGGIL GEJALA? Sigh people, stop making trivial stuff macam kes besar gila. Pegi la baca buku ke. Minum kopi kat starbucks ke. Kasi kucing makan friskies ke. Kan ada faedahnya.

Dalam erti kata lain; I DON'T GIVE A FUCK ABOUT K-POP. YOU LOVE WHAT YOU LOVE. IF YOU ARE HAPPY, YEAY WORLD BECOMES A LIL BIT BETTER THAN BEFORE! IF YOU'RE NOT, JUST FIND SOMETHING THAT YOU'LL LOVE.

Oh btw due to very how weather we are experiencing now, please drink more and stay hydrated. OK people? OK nak pergi baca-baca sikit mana tau ada info best untuk dikongsi. Ciao.

HISB: Gay + Nudity = Dutch Resident Visa







Salah satu requirement untuk mendapatkan resident visa di Belanda adalah:

Menonton filem 108 minit panjangnya, yang menunjukkan orang gay berkissing-kissing dan juga public nudity di pantai-pantai.

Kenapa?

Untuk memastikan orang-orang yang apply ni faham mengenai culture orang Belanda.Yes they are that OPEN-MINDED and they want you to have a clear pic on that I guess. If you don't like it, GTFO.

Basically aku rasa apa dia nak tekan kan kat sini; SEMANGAT BERTOLAK-ANSUR. Tapi perlu diingatkan, MENUNJUKKAN TOLERANSI TERHADAP SESUATU BUKAN BERMAKSUD KAU PRO KEPADA PERKARA ITU. Maksudnya, OK aku tak suka benda tu kerana bercanggah dengan prinsip-prinsip hidup ku, tapi aku memahami kenapa kau rasa itu boleh diterima dalam hidup kau.

Embrace our differences XD

Mungkin untuk Malaysia kita patut tunjuk certain video supaya orang luar yang nak apply masuk negara pun memahami culture negara kita. And yes video mat rempit wajib ditayangkan! Dan juga video seks ahli-ahli politik. Dan juga video makanan-makanan yang menggemokkan yang boleh didapati 24/7 di Malaysia. Dan tidak lupa juga keratan berita dari Harian Metro. =D

Kbye.

Sumber: Work Permit

HISB: What to do when life gives you lemons.




Sumber: Flickr

HISB: Lawak menganjing Hipster 1.




kau pergi planet kau naik apa hipster?
fixie rocket .


"I used to be into earth before it sold out and everyone found out about it."

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Happy Sunday! Kbye.

HISB: Anak lelaki Woody Allen..

adalah seorang yang good looking, genius dan hebat!



Nama dia Ronan Farrow. Hasil daripada persetubuhan secara haram Mia Farrow dan Woody Allen. (They never married). So ko boleh panggil Ronan Farrow ni anak haram lah kalau kau jenis orang panggil orang suka-suka anak haram. Aku akan panggil dia Lelaki Hensem Oooh I Like.

Masa dia remaja dengan mak dia. Awwww jambunya.


What? Kau tak kenal Woody Allen? Where have you been? Dia kan kahwin dengan anak angkat Mia Farrow. Wrong gile kan Woody Allen ni?

Woody Allen dengan bini.


Kau imagine kau jadi Ronan Farrow. "Oh ayah aku kahwin dengan kakak aku" Er. Wrong.

Btw, Ronan was a child prodigy, masuk Yale Law School when he was 16!!! Now works as a special advisor for the Obama administration. Now tell me what's not to love about this guy.

Oh the real life version of McDreamy. Awww.

Kbye.


Sumber: Wikipedia