HISB: Etika menahan pintu untuk orang lain.



This comic is a definition of TRUE. Aku belajar budaya menahan pintu untuk orang lain time aku belajar kat Amerika dulu lah. Alhamdullilah, habit tu stay sampai sekarang. But sekarang jarang pergi tempat yang pintu dia jenis buka tutup pakai tangan, ye lah pergi mall orang pakai pintu sensor. Motif sangat la kalau nak stay atas karpet tu nak kasi pintu tu terbuka je untuk orang lain. Mother Teresa pun tak sebaik itu. =P

But the main question of holding door for other people is...how far the distance of the other person is relevant for holding the door? Susah kan nak agak. Takkan aku nak bawak pita ukur, ukur berapa jarak orang tu patut aku hold. Wahahah.

Tapi yes, aku selalu jugak encounter the awkward distance. Yang the third panel punya situasi pun selalu wahahah. Kalau aku yang hold pintu, syok tengok orang tu berlari-lari anak sebab taknak menyusahkan aku pegang pintu lama-lama. Kalau turn aku yang berlari-lari anak, memang aku berlari sambil menyumpah dalam hati. Tapi selalunya kalau aku yang orang belakang, kalau aku nampak ada orang hold pintu siap-siap, aku dengan suka suka hey hey, aku tetiba buat corner baring pergi arah yang lain. Ha amik kau, nak sangat aku berlari-lari cam orang gila, meh aku buat kau macam orang gila pegang pintu sekor-sekor. Wahahah.


Hahaha memori bodoh-bodoh macam ini aku selalu ingat. Tapi tu lah komik ini memberi pengajaran kepada kita kalau nak buat baik tu berpada-pada lah. Tengok tempat dan situasi ok. Pengumuman Khidmat Awam dari Ojamoja. Selamat hari Isnin people!

Kbye.