HISB: Monolog mengenai kegembiraan.


Adakah possible untuk menjadi gembira?

Apa itu kegembiraan?

Ntah. Ada definite answer ke?


Kalau "Adakah possible untuk menjadi gembira?" merupakan soalan yang sah, yang benar, yang wujud. Maka kita boleh anggapkan " "Adakah possible untuk menjadi tidak gembira?" juga merupakan soalan yang sah, yang benar, yang wujud. Setiap lelaki ada perempuannya. Setiap antibodi ada antigennya. Setiap yin ada yangnya. Well, they said, opposites attract.

Kegembiraan, pasangannya kesedihan.

Jadi aku rasa agak janggal bila aku kerap kali cakap kat diri sendiri, "Whatever it is I want to end up being happy, that's my goal!". But I never know the exact point of happiness that I can automatically consider as me reaching the ultimate goal. So bila fikir dalam-dalam " Haah kan. Apa itu being happy?"

Mungkin konsep aku salah, aku anggap happiness itu adalah goal. Tapi aku sendiri kurang pasti apa yang aku definekan happiness. Banyak duit? Dapat suami hensem? Bercuti di Jepun? Menjadi perempuan solehah yang disayangi tuhan?

Mungkin aku patut fikir, sepertimana aku fikirkan kesedihan boleh datang secara tiba-tiba tanpa sebarang usaha, mungkin kegembiraan pun mempunyai modus operandi yang sama. Dia datang bila kau least expect it. Haha so maknanya what should I do is.. just change my frame of mind. Erm ok. How to change it?

Kegembiraan memang best. Tapi nak mencapainya kena melalui onak dan badai. Mungkin bukan kegembiraan menjadi goal aku. Kepuasan. Ha that's the word! Kepuasan.

Aku nak menjadi "puas" dengan apa aku ada. Aku nak menjadi "puas" dengan diri aku sendiri. Aku nak menjadi "puas" dengan apa aku sumbangkan kepada orang lain. Mmm it's a concept that I really like!

Puas.

Dalam mencapai kegembiraan yang selalunya hanya bersifat sementara. Mungkin kepuasan itu dapat mengisi lohong kosong bila kegembiraan itu beransur-ansur hilang. Dan dengan menjadi puas mungkin aku sedikit sebanyak dapat menerima hakikat...bahawa banyak perkara dalam dunia ini adalah di luar control aku. Aku nak jadi millionaire. BOLEH! Tapi kalau tak jadi, adakah aku akan sedih, bermuram durja? Pointless kan?

So now the main question is? Adakah aku puas ? Er.

Dammit. WHAT THE FUCK AKU MERAPU NI? Inilah akibat kalau mengantuk, tahan mengantuk, lepas tu fikir over-over.

Kbye.