HISB: Excuse me sir, I mustache you a question.



Rambut semakin panjang seperti singa (nyanyi macam lagu 150 juta Fynn Jamal). Patut potong kah?

Selain daripada menggunakan rambut panjang sebagai misai, saya sudah mati kutu memikirkan apa yang boleh dibuat menggunakan rambut panjang. Dah lah menyusahkan. Nak cuci, seratus tahun nak tunggu kering. Menyampah dengan persepsi orang ramai, rambut panjang sinonimnya cantik. Bagaimana kalau orang itu sememangnya dilahirkan tidak cantik dari azalinya. Adakah rambut panjang boleh mengubahnya? Absolutely not.

And aku tiada plan ingin menjadi cantik sebab aku bukan cantik to begin with. Cute maybe, cantik naaahhh. Instead of becoming pretty I'd choose to be..more hygienic. Selalu bersih. Selalu wangi. Nampak presentable. Kan? Kempen Dove untuk Real Beauty dengan mesej disebaliknya yang berbunyi "Everyone is beautiful" berbau bullshit bagi aku. Nampak sangat mesej dia ni sangat berkaitan dengan fizikal. Nothing to do with your inner beauty or whatever you call it. Sebab gambar2 dipertontonkan adalah wanita yang (slightly) overweight, orang ada freckles, orang mata sepet etc.

Mungkin patut tukar tagline : "It's OK kalau kau tak mengikut standard cantik dunia". Yeah it's not wrong to be "not beautiful". But to be dirty, yes that's wrong. Mari menjadi pembersih dan selalu wangi agar orang mahu berkawan dengan engkau. Kalau kau rasa ketiak kau busuk, bawak-bawaklah pakai deodorant. Selalunya orang yang busuk tidak tahu dia busuk. So apa kata ringan-ringankan mulut tanya " Hey kawan, kau rasa aku busuk tak?". Jadi lah seperti aur dan tebing, sentiasa bantu membantu. Kalau gigi aku ada terlekat cili, tegur lah aku "Oja gigi kau ada cili, you look more unattractive than before."

Dan sesungguhnya agama kita sarankan kecantikkan seorang itu nampaknya dari peribadi dia kan kan? Aku nampak je cute (suka hati je bajet cute, kasi can lah wei, blog aku), tapi peribadi aku tak cantik. So apa gunanya kan kan? Dengan itu, marilah kita menjadi wangi, bersih serta mempunyai peribadi yang cantik. Pelan-pelan. Tatih-tatih dulu. Lama-lama dah boleh sprint. =)

Oh just so you know Dove ni under satu company yang keluarkan Axe. Ala axe yang selalu buat iklan sexist dan degrading untuk perempuan.Raining women what? Fuck you. Hipokrasi terang-terangan doh company tu. Dah lah bau Axe tak sedap lansung. Old Spice FTW!

So persoalannya di sini (selain daripada patut aku potong rambut ke tak?) korang yang baca ni dah mandi ke belum?

Selamat hari Selasa. Kbye.