HISB: Godam Kehidupan #1

Hari ini aku ingin memperkenal kan satu siri baru di blog tercinta aku yang aku namakan, Godam Kehidupan (GK) atau dalam bahasa Inggeris nya, Life Hack. Terdapat banyak Life Hack yang dikongsi di dunia internet yang tanpa batasan ini. Dan kerana itu, aku pun rajin ingin berkongsi dengan stalker semua GK apa yang aku rasa menarik dan relevan dalam kehidupan kita sebagai manusia yang kerdil di muka bumi ini.

Godam Kehidupan # 1

Sekiranya kau adalah seorang pengguna gmail, kau sebenarnya boleh mengubah email address itu dari ____@gmail.com kepada ____+_____@gmail.com. Contoh: gmail blog aku adalah sukasukaheyhey@gmail.com dan ditukar ke sukasukaheyhey+hebat@gmail.com. Yang best, tak kisah lah apa kau tambah, kau akan tetap mendapat email seperti biasa ke gmail kau.

Bawah adalah contoh email yang aku hantar dari email yahoo aku ke sukasukaheyhey+hebat@gmail.com aku.


So it's proven, it really works. Now kau akan bertanya so apa yang best menatang ni? Apa yang boleh dia bantu dalam kehidupan aku? Jeng jeng jeng. Korang perasan tak kalau masuk website yang tak boleh dipercayai memerlukan email engkau untuk sign up. Ha di sinilah di mana kau boleh mengaplikasikan penambahan +____ itu.

Konon kau masuk website bernama tiubmerah, kau sign up guna email _____+tiubmerah@gmail.com. So that the next time kalau kau dapat spam merapu tiba-tiba, kau check dulu ke address mana yang email spam itu dihantar, dan dengan pantas kau boleh tahu website mana yang sebenarnya kasi email kau untuk tujuan spamming.Dan dengan itu kau boleh mengeluarkan carutan berasas terhadap website itu dan filter email engkau di gmail, di mana email-email yang dihantar ke ______+tiubmerah@gmail.com akan didelete secara automatik. Aku harap GK ini dapat membantu para stalker semua.

Sekian sesi GK kita pada hari ini.

Berjumpa lagi di lain hari.