HISB: Misteri Bloop.


Pada tahun 1977, U.S. National Oceanic and Atmospheric Administration telah mengesan satu bunyi yang rendah frekuensi nya dan sangat kuat di selatan lautan pasifik. Jarak kekuatan bunyi itu boleh dikesan oleh sensor-sensor adalah sejauh 5000km. Jauh kan? Dan bunyi nya lagi berkali-kali kuat dari bunyi ikan paus, yang telah dinobatkan sebagai binatang yang berbunyi paling kuat di dunia. Sorry ikan paus kau kalah kepada raksasa Bloop!



Wah wah, bunyi apa tu? Itu lah yang creepy nya. Sampai sekarang pucuk pangkal bunyi itu tidak diketahui. Misteri yang tidak terjawab. Sehingga ada orang yang buat spekulasi, "Entah-entah bunyi itu datang dari seekor raksasa yang sangat besar yang sedang berenang-berenang lala di dalam laut tuh".

Jeng jeng jeng. Kan aku da cakap lautan memang tempat yang paling menyeramkan dalam dunia ni. Ada jaws lah.Ada binatang pelik-pelik seperti anglerfish (dalam cerita Finding Nemo, dia yang ada lampu tuh), sotong kurita besar, belut elektrik dan macam-macam lagi benda yang menakutkan. Jadi kalau orang cakap ada sea monster, pun aku percaya sangat! Sebab laut sangat dalam. Yang telah diexplore oleh manusia setakat ini aku rasa mungkin kurang dari 10%. WTF kan? Ingat senang nak explore bawah tuh, dengan pressure lagi, dengan temperaturenya, tunggu wujudnya manusia macam Tony Stark mungkin boleh cipta suit Iron Man untuk pengembaraan laut dalam.

Kerana kita manusia yang kononnya makhluk yang gah di muka bumi ini pun tak pasti apa ada di bawah sana lah aku dengan tidak segan silunya percaya bahawa ada raksasa di dalam laut. Raksasa macam dalam cerita Ultraman. Sekian terima kasih. Selamat malam. Semoga raksasa Bloop tidak menjelma di dalam mimpi aku!

Sumber:

Wikipedia ( Bloop)
Spekulasi mengenai raksasa laut
Infografik mengenai kedalaman laut