HISB: Spontan dan Laser Tag


Sabtu yang lepas, di tepi jalan di satu bandar bernama Shah Alam, kami bereempat menanti segerombolan rakan-rakan untuk menyertai kami dalam aktiviti laser tag di I-City. Hendak dijadikan cerita, penantian itu adalah agak lama. Agak lama sampai aku boleh tidur kroh-kroh dalam kereta. Dan the other three boleh merakamkan aksi-aksi mereka berlakon ala tv program Spontan Afdlin Shauki (Whose Line Is It Anyway versi BM).

Dan inilah hasilnya. Top Gear versi Malam.



Yes semuanya ahli desu! Dalam desu! aku seorang je takda bakat untuk membuat lawak. Maybe sebab aku perempuan dan tua. Hahaha. Aku suka tidur, membaca dan binatang-binatang fuwa-fuwa. =)

Btw, korang dah try laser tag kat I-City? Agak best promosi dia. Sebab kan masuk I-City kena bayar 10 ringgit per kereta. Actually using the parking tix korang boleh dapat satu session laser tag for free. Best tak? Harga student 12 ringgit/person/session. Harga biasa 18 ringgit/person/session. Sebab kitaorg majoriti students, so bila datang kat kaunter cakap "hey kitaorang semua students". So dapat lah harga student. Hiks. Eleh kalau aku cakap pun orang percaya aku student. No biggie mah.

Best jugak laser tag ni. Untuk fun-fun yang mengeluarkan peluh. Dulu masa aku belajar kat Amerika, universiti memang menyediakan aktiviti laser tag khas untuk student buang masa di hujung minggu. And it's free (technically NOT free, sebab kitaorg bayar yuran. dalam yuran ada macam fees untuk this kind of thing). Best jugak zaman universiti. Konsert free ketika musim bunga menjelang. Game Fair untuk kaki-kaki game. Free movies! Free handicraft classes! Free condoms. Wahahah. Banyak lah jugak benda free dan fun. Pendek kata memang universiti berusaha memasukkan element2 fun untuk student menghilangkan stess. Fun yes, stress wahahaha kembali lagi apabila melihat nota-nota biokimia,organik kimia, mikrobiologi,bioteknologi yang haram jadah sukar difahami. Good times man. Good times.

Maybe sekolah (school sebab orang Amerika panggil uni school. Hiks) aku banyak kasi benda-benda fun nak kasi rank dia as a party school still di tingkat atas. What?? Kalau sesiapa nak belajar rajin-rajin, sila belajar pandai-pandai gila dan diterima masuk di sekolah-sekolah Ivy League. Kurang sket fun, dan banyak erm aktiviti menjadi bijak? Hehehehe. =)

Sekian rapuan ojamoja di hari Sabtu. Semoga Sabtu kamu semua produktif. Jom laser tag jom! =P