HISB: Maksud Lagu Billie Jean


Ukulele cover.




Nak tahu kenapa lirik Billie Jean berbunyi begitu?

Satu hari Michael Jackson menerima satu bungkusan yang mengandungi satu gambar seorang perempuan (gambar si penghantar), sepucuk surat dan pistol. Di surat itu, si penulis menyuruh Michael Jackson menggunakan pistol itu untuk membunuh diri di satu hari dan masa yang ditetapkan oleh penulis itu. Dan penulis itu akan melakukan perkara yang sama selepas dia membunuh anak dia (seorang yang bayi yang dikatakan penulis milik MJ). Kenapa? Bagi si penulis sekiranya MJ dengan dia tidak boleh bersama di kehidupan ini, mungkin mereka boleh bersatu di kehidupan yang lain. Saiko gila!

Kau tahu apa MJ buat dengan gambar dia kasi tu? Frame dan gantung di meja makan. Wahaha.

Billie Jean is not my lover
She's just a girl who claims that I am the one
But the kid is not my son

Sumber : Wikipedia