Aku ada konfesi ingin dilakukan. Aku adalah seorang yang tidak suka mengemas. Suka mengemas bila ada mood sahaja. Sangat tidak senonoh kan? Jadi bila tidak mengemas jadi lah kesemakan. Kesemakan bilik, kesemakan fikiran dan kesemakan kehidupan. Mana taknya bila semak, semua benda susah nak cari. Kunci rumahnya kemana. Kunci keretanya kemana. Cellphonenya entah kemana. Lepas tu mesti call that "special someone" and meroyan "You my kunci hilang, I tatau I letak mana. Uwaa!" 30 minit selepas kejadian meroyan "Oh OK da jumpa, ada bawah katil rupanya!".
So SEMAK kenot go meng!
Jadi apa harus aku lakukan?
KEMAS LAH! DUH!
Hari ini aku ingin berkongsi dengan stalkers tips-tips untuk mengelakkan kesemakan di dalam kehidupan kita semua. Sila praktikkan wahai diri sendiri!
1. Sedikit dan selalu: Proses mengemas sebulan sekali adalah tidak realistik dan lansung tidak membantu dalam mengelakan kesemakan. Ia perlu dilakukan secara rutin, bukannya mengumpul banyak-banyak macam bukit dan baru terbuka hati nak mengemas. Kalau duit ye simpan sampai jadi bukit. Kalau clutter, biar lah flat seperti lapangan terbang. Senang nak bernafas. Ala ini boleh diumpamakan seperti kita crash diet tanpa mengubah cara pemakanan, berat badan memang turun, tetapi berat yang hilang akan selalu datang balik malahan makin bertambah-tambah. Idaknya?
2. Setkan timer dan sediakan satu slot mengemas setiap hari. (15 minit - 1 jam). Satu peringatan, jangan sekali-kali mengeluarkan satu wardrobe kau kalau kau takda masa panjang nak mengemas. Nanti instead of makin kemas, dia menjadi makin tidak kemas.
3. Barang-barang seperti DVD, gunting, nail clipper, kasut, pensil, pinggan mangkuk sila lah jangan kumpul-kumpul macam artifak. Bila guna simpan balik ke tempat yang ditetapkan.
4. Bila mengemas, mulakan dari pintu dan lakukan aktiviti mengemas mengikut pusingan jam. Ini dapat mengelakkan kau dari distracted dan terlupa kat mana kau mengemas. Kalau tiba-tiba kemas ada orang ajak pergi minum, pergi je, sebab nanti sambung balik kau dah tahu kat mana kau stop tadi.
5. Buang segala sampah kertas as soon as ia tiba di rumah engkau. Sebagai peringatan, anggapkan setiap kertas hanya patut berada di tangan kau sekali je. Kalau ianya adalah bill, bayar cepat-cepat. Simpan bill yang dibayar dalam satu fail dan shred selepas 6 bulan. Junk mails? Terus shred je!
6. Sediakan tiga kotak besar seperti imej di bawah dan labelkan mereka sebagai : GIVE AWAY, THROW AWAY dan PUT AWAY. Kotak GIVE AWAY kalau dah penuh, rajin-rajin lah bawak ke bundle ke, derma ke ape. Jangan simpan dalam store!
7. Masa mengemas, selalu praktikan KBKK dengan bermonolog. Tanya soalan-soalan seperti " Aku suka ke menatang ni?"; "Adakah aku ada menatang yang sama, dan jika, perlu ke aku ada dua menatang yang sama?"; "Adakah aku guna menatang ni baru-baru ni?"; "Adakah menatang ini buat aku senyum, meh atau semak?" Peringatan sila lakukan monolog ini secara senyap-senyap, jangan buat stock macam sinetron, monolog kuat-kuat pulak tuh. Tak koser tau!
8. Buang segala benda yang tidak membuat kau senyum.
9.Buang segala baju yang kau tidak pernah pakai selama setahun. Jangan simpan baju yang dah tak muat, dengan harapan bila kurus, boleh pakai (HAHAHA AKU MACAM NI!). Instead, hilangkan berat badan dan beli baju baru sebaga hadiah kepada diri sendiri bila dah makin kurus. Lagi rasa motivated kan kan?
10. Konsep mengemas: buang-buang benda yang tidak perlu, simpan-simpan benda yang perlu!
Apa lagi! Mari mengemas untuk kesejahteraan hidup. Tiada semak, tiada kekusutan. =)