Dengan naturallynya datang rasa gatal nak mengambil tahu. First cari apa taraf kredit Malaysia. Taraf kredit Malaysia adalah A- dan the outlook is stable. Maksudnya taraf kredit kita tak berubah sangat kut. Masih di takuk lama, tak improving atau merundum. Good thing perhaps? Err.
The worst rating is D. Tapi dari list aku tengok, tiada negara yang ada D, yang paling teruk pun Greece with CC. (Remember my entry on Greece?)
Persoalannya sekarang:
Apa itu taraf kredit?
Mari aku kasi anologi:
OK konon kau berumur 7 tahun, di dalam satu majlis keramaian (most relevant open house masa hari raya) bersama keluarga, tiba-tiba datang pakcik jual aiskrim menjengah di depan rumah. Kau dan sepupu sepapat kau (let's name them Aaron Aziz dan Remy Ishak) were like "ICE CREAM, I WANT TO HAVE ONE!" Masalahnya dalam banyak-banyak tu, kau sorang je ada duit raya. Yang lain, mak bapak dia tak kasi kot. Jadi tanpa segan silu Aaron Aziz dan Remy Ishak nak pinjam duit kau dan berjanji akan membayarnya balik. Kau tak berapa kenal mereka, jadi kau tanya Mak kau, sebab secara logik kecik-kecik, kau ingat mak kau adalah MRS KNOW-IT-ALL.
Kau: Mak kalau saya pinjamkan duit kat Aaron Aziz, adakah dia akan membayar balik?
Mak: Aaron Aziz budak baik orangnya, sudah pasti dia akan bayar balik.
Kau: Mak kalau saya pinjamkan duit kat Remy Ishak, adakah dia akan membayar balik?
Mak: Remy Ishak pun budak baik orangnya, tetapi..mm mak rasa dia akan bayar balik kut.
OK dari pernyataan mak engkau, engkau dapat rasakan aura keyakinan mak engkau bila berkata mengenai Aaron Aziz tetapi dia kelihatan seperti tidak sure bila memperkatakan mengenai Remy Ishak. Mengikut logik kau sebagai kanak-kanak yang comel, mesti kau lagi prefer pinjamkan duit engkau kat Aaron Aziz kan? Sebab mak kau da assure kan, dia pasti akan bayar kau balik.
So that's how credit rating works. Kau; pemberi pinjama,n sepupu; penghutang dan mak; agensi taraf kredit yang kau percaya.
Hiks.
Maksudnya taraf kredit memberitahu reputasi kau sebagai peminjam. Kalau bermasalah, reti pinjam,tapi bayar nya tidak mengikut masa dan perjanjian, makin turun lah taraf kredit kau.
Jadi kenapa isu taraf kredit US turun, banyak orang kecoh? Kau bayangkan setelah sekian taraf kredit mereka berada di atas iaitu AAA, sejak 1917 tak salah aku, tiba-tiba tahun ni turun. Mesti lah terkejut. Mereka banyak hutang lagi ni. Kalau turun, tak banyak lah orang nak kasi pinjam duit kan?
Dan kerana Malaysia mengamalkan sistem ekonomi terbuka, pasti sedikit sebanyak Malaysia terkena tempiasnya. There's a possibility that taraf kredit negara kita pun akan turun juga. I hope jangan turun sangat, dan kerajaan kita ada strategi yang bagus untuk menyelesaikan masalah ini. Aku ada baca solusi yang diberitahu oleh menteri apa tah nama dia, tapi sebab otak aku lembab nak faham ayat dia, so aku decide to ignore them.Hahaha.
So point entri ini, at least kau tahu la apa maksud taraf kredit/credit rating dan apa implikasinya kepada negara. Takda lah rasa bongok sangat bila baca ruangan ekonomi dalam surat khabar kan? Hiks.
Sumber: Wikipedia
Standard & Poor's Credit Rating for each country