Sunshine (2007)
Pada tahun 2057, bumi mengalami masalah. Bumi menjadi semakin sejuk. Makin hampir kepada kemusnahan akibat matahari yang sudah tua. Yang sudah hendak mampos. Lebih kurang macam nak dekat kiamat lah. Maka nak dijadikan cerita, 8 orang yang bijak pandai dihantar untuk memulihkan matahari. Bagaimana? Mereka diarahkan menghantar payload: satu bomb untuk reignite matahari. Umpama kau pergi dekat dengan matahari, kau shoot bomb tu, then kau pecut balik pegi bumi (nak sampai bumi bertahun lah). Dan mereka adalah kumpulan kedua yang dihantar keluar kerana kumpulan pertama yang dihantar dikatakan telah dipercayai lost in space selepas 7 tahun mereka dilepaskan ke angkasa.
So yeah, cerita nya seakan-akan Armageddon. Tetapi dengan bajet lebih murah. Tapi yang syioknya bila tengok cerita, takda lah rasa murah sangat. Maybe ikut standard Hollywood untuk cerita sains fiksyen, 40 juta USD murah kot. Hiks.
So yeah, cerita nya seakan-akan Armageddon. Tetapi dengan bajet lebih murah. Tapi yang syioknya bila tengok cerita, takda lah rasa murah sangat. Maybe ikut standard Hollywood untuk cerita sains fiksyen, 40 juta USD murah kot. Hiks.
Aku suka cerita ini. Aku rasa Boyle sangat hebat dalam mempermainkan emosi penonton. Tengok sains fiksyen pun boleh rasa emosi macam tengok cerita hindustan and the same time rasa deep. Formula yang aku suka! Semua aku suka except the fact dia cuba menunjukkan, bagaimana RELIGION VS SCIENCE, science yang menang. I guess Boyle is a non-believer? Except that particular part, semuanya masyuk. Walaupun towards the end of the movie dah macam slasher flick pun ada. Banyak darah-darah.
Overall, recomended by Ojamoja sebab cerita ini buat aku berfikir sejenak dan aku anggapkannya ia sebagai metafor dari Boyle mengenai kehidupan. Aku tak berapa setuju sangat dengan metafor dia, tetapi cerita ini cerita bijak, so aku suka. Dan kerana cerita ini, aku rasa aku sayang kat Danny Boyle. Jangan risau Chris Nolan, kau sentiasa di hati. =P So far cerita yang diarahkan oleh Boyle aku pernah tengok, 28 Days Later,( aku suka gila!),28 Weeks Later (aku suka gila), dan The Beach (enjoyable). FYI, aku tak tengok lagi Slumdog Millionaire dan 127 Hours, di mana kedua-duanya diarahkan oleh Danny Boyle. Dan banyak review positif. Ye aku memang lembab. Weks. Nanti aku tengok dan aku review OK?