Nota Pendek
Setelah sedekad tidak berteguran gara-gara hala tujuan hidup yang berbeza selepas SPM, dan tiba-tiba anda datang menegur dan berkata *"Western gila hang no?" dan membuatkan ia berbunyi seperti satu perkara buruk dan hina. Adakah rasional sekiranya aku rasa seperti mahu memberikan tamparan anjing betina secara gratis kepada polan yang menegur itu? Pemikiran mungkin agak westernized, tetapi sambal belacan tetap di hati. Tidak salah kan untuk berkata ya kepada westernization? Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Apa yang keruh? Apa yang jernih? Lu ada otak, lu pikir laaaa sendiri. Hiks.
*Aku dulu sekolah di satu sekolah sains di utagha malaysia, memang kena semua benda ada no kat belakang ayat, nak tiru omputih sket la kunun like "You are so westernized, no?". Westernization secara halus katakan. Yes itu teori sukasukahey aku. Tak setuju, boleh belah.