Sepertimana yang kita tahu, Gunung Everest, gunung yang tertinggi di dunia. Menjadi siulan pendaki-pendaki yang obsessed terhadap menawannya. Ada yang berjaya, ada yang berhenti separuh jalan dan ada yang naik, tak turun-turun.
Yang naik tak turun-turun, of course lah sebab dia dah mampos? Korang pernah terfikir. Haah kalau mampos, siapa yang pergi ambil mayat dan bawa turun kan? Apparently, tiada siapa. Mungkin ada, tetapi pada ketinggian atau zon yang selamat. Masalahnya kematian banyak berlaku di satu zon yang dinamakan Death Zone, di altitud melebihi 8000 meter. Di mana suhu adalah sangat sejuk, tekanan atmosfera yang rendah, salji yang beku menyebabkan pendaki mudah tergelincir dan angin yang kuat. Di dalam situasi begini, pendaki akan mengalami kekurangan oksigen, yang sudah pasti melemahkan pendaki.
Hendak dijadikan cerita, lebih kurang 200 manusia ditimpa nasib malang hingga menyebabkan kematian. Ada yang, berhenti rehat tidur, terus kiok. Mayat mereka? Dibiarkan di situ. Kenapa? Kerana hendak diselamatkan helikopter penyelamat tidak praktikal dan nak suruh orang hidup mengangkat mayat ke bawah, sangat risky. Jadi tiada pilihan, mayat terpaksa di tinggalkan sebegitu sahaja.
Oleh kerana mayat itu dibiarkan di tempat yang sejuk, maka keadaan mereka masih kelihatan bagus walaupun sudah 50 tahun meninggal dunia. Kerana bila mendaki, pendaki akan teserempak dengan mayat-mayat ini maka, mayat-mayat ini digunakan sebagai landmarks. Yes, they name the dead bodies. Creepy much? Bayangkan kos untuk mendaki adalah lebih kurang 25k USD - 60k USD. Mahal tak? Macam kau beli tiket mahal gila untuk pergi mati. Biasalah, manusia mempunyai persepsi yang berbeza- beza dalam mencabar diri sendiri. Mereka ini suka kan gunung tinggi-tinggi. Kau suka bungee jumping. Dia suka sky diving. Aku suka duduk rumah. =P
Ok malas nak merapu, nah feast your eyes with these NSFL (Not Safe For Life) pictures.
RIP UNKNOWN DEAD BODIES.
Sumber:Body Building Forum