HISB: Godam Kehidupan # 4


Masih aku ingat pengalaman aku, first year di US. Belanja beli buku text untuk satu semester sebanyak $500. Kalau ditukar ke RM pada ketika itu ialah RM 1900. Bongok gila. Nak buat macam mana, time tu kami hanyalah 6 orang gadis terkedek-kedek, first batch JPA yang datang, setelah sekian lama tiada pelajar JPA di Penn State. Senior ada lah dua kerat, budak Petronas. So kami banyak buat benda ikut kepala sendiri. Universiti kasi list buku teks kena beli, terus pergi ke bookstore beli macam banyak duit. Baik gila kot. Dah la buku kat sana, mahal gila. Especially buku calculus, buku-buku biologi. Kalau satu buku tak harga ~$100 memang tak sah. Aku pun tak faham kenapa perlu mahal-mahal. Nak kata student kau kaya. Tak jugak. Kebanyakkan sambung belajar tu pun pakai loan. Kenapa kau hike up harga buku teks dan buli pelajar kau? Kapitalis betul!

Lepas setahun berada di universiti barulah aku tahu selok-belok dan tricks pasal buku teks ni.

Pertama; Bookpool. Equivalent to carpool. Kongsi ramai-ramai. =)

Kedua; Beli dari senior yang sudah tidak memerlukan buku itu dengan harga lebih murah.

Ketiga; Survey buku online. Selalunya akan jumpa buku yang sama dengan harga lebih murah dari yang dijual di kedai buku. Used? Ada aku kisah?

Keempat; Try dapatkan buku yang sama versi international. Sebab publisher ni konon baik, so untuk orang-orang yang bukan kat Amerika, dia jual dengan harga yang murah. Tapi tak hardcover. Dan kertas gred rendah. Tapi ada aku kisah, content still sama kan?

Kelima ; Beli yang past edition. Keburukan sistem edukasi US. Depa suka sangat bila new semester suruh orang tukar buku ke edisi baru. Cam pungkoq. And imagine kalau kau jual balik buku kau kat kedai buku, harga yang kau dapat jual adalah less than 15% dari kau beli. Cekik darah kan?

Keenam; Pinjam dari perpustakaan. Like what I did last time. Tapi keburukan pinjam dari perpustakaan, kau tak boleh pinjam lama-lama. And selalu nya ada queue list. Tapi dulu aku kerja sebagai pustakawan di perpustakaan universiti, dan mempunyai akses ke database perpustakaan universiti, so selalunya aku dengan jahat, skip queue dan pinjam buku tu selama satu semester. Bila ada orang recall, aku cancelkan je recall tu. JAHAT TAK? TAK BERKAT KAN ILMU AKU DAPAT? No wonder nak dapat A susah. Damnson. Jangan tiru saya!

Ketujuh; Download online secara gratis!

Apa? Photocopy je buku tu? I don't think that's a good solution. Aku tak rasa mana-mana kedai fotostat, di luar negara, sanggup nak berbuat sedemikian untuk kau. Kalau nak kau fotostat sendiri, duk lah kat photocopy machine kat library tu berjam-berjam. Mesti orang pandang semacam je. Hiks.

Aku tak sure if stalkers blog aku adalah pelajar. But I'm gonna share a couple of links for you students untuk memuat turun buku teks secara gratis.

Belajar lah bersungguh-sungguh! Jangan sebab kesempitan duit dan kedekut sangat, kau hilang advantage nak belajar sebab tak ada buku teks sebagai reference. Yakin boleh rakan muda! =)