HISB: Isu Butthurt Iklan PSA 8TV


OK setelah membaca luahan hati rasa Obefiend mengenai kejadian butthurt yang ditunjukkan oleh orang ramai kepada iklan PSA 8TV, aku pun tiba-tiba rasa nak jadi geng join. Sebab aku suka suka hey hey.

OK aku tidak ingin berada di mana-mana side. Aku dah tengok iklan tu. Reaksi aku bila tengok " Haha. So jahat." That's all. Mesej memang baik. Jahat sebab mencari pelakon over-the-top untuk melambangkan sesuatu bangsa. Dan bangsa itu adalah minoriti. Dan reaksi aku tersebut adalah sebagai seorang dari bangsa majoriti. Aku rasa iklan itu jahat. Ala jahat macam Carlos Mencia buat lawak rasis. Lawak, aku nak gelak. Tapi jahat!

OK cuba bayangkan diri menjadi minoriti. Kau pernah rasa tak? Minoriti dalam segala apa jenis. Memang cepat butthurt kan? Tapi kita simpan je. Simpan lah sebab kita minoriti. Bila kita melawan nanti orang cakap "Ingat asal-usul engkau tu, engkau minoriti!"

Kau cuba tengok sekeliling engkau. Kita sebenarnya adalah negara yang rasis. Bumiputera vs non-bumiputera what? Mereka si minoriti dah lama butthurt dengan kita pasal ini. Dah lama gila. Tapi apa mereka boleh buat? Reformasi? Tapi nak reformasi kena ajak orang majoriti juga. Agar nampak kuat untuk melawan ketuanan Melayu. Susah tahu nak lawan ketuanan Melayu. Sebab Melayu ni, tidak mudah kalah bila hak-hak istimewa ingin ditarik-tarik. Jadi perjuangan ini mungkin mengambil masa yang lama. Sangat lama. Tengok berapa lama sejarah Amerika, dan berapa lama masa diambil untuk mereka sedar "Eh eh, segregasi ini tidak elok rupanya." Padahal mereka merdeka sudah lama. (Merdeka lebih kurang 1780-an, 1968- segala jenis segregasi dianggap tidak mengikut perlembagaan).

Tiba-tiba terkeluar iklan stereotype ini. Wah, tiba masanya minoriti berkata kepada Malaysia, "Hoi Malaysia walaupun kami minoriti, kami mempunyai hati dan perasaaan. Walaupun kami mendapat ranking tip top dalam ekonomi negara, kami tetapi mempunyai hati dan perasaan. Walaupun kami selalu score dalam pelajaran, kami tetap mempunyai hati dan perasaan."

Iklan itu aku rasa hanyalah medium kepada pihak minoriti. Medium untuk menyatakan "Kami pun pandai tunjuk butthurt. Ingat kau sorang boleh butthurt dalam negara ni?" Walaupun iklan itu ditunjukkan di satu rangkaian yang boleh dikatakan main target dia adalah pihak minoriti, itu tidak bermaksud kau boleh suka suka hey hey anggap ia situasi klise di mana orang sendiri boleh poke fun kat orang sendiri. Contoh klise; orang putih panggil orang hitam nigga adalah kurang ajar, orang hitam panggil orang hitam nigga, adalah OK. Ini bukan Amerika. Wahaha. Orang kat sini suka tengok bigger picture. Apa rangkaian tv yang dimiliki oleh UMNO (8tv under media prima kan? media prima owned by umno kan?) poke fun kat orang aku? Ini kenot be done, too obvious! Aku perlu nyatakan kebutthurt-an aku. SILA REMOVE IKLAN ITU!.

Hee. Ada Obefiend cakap mengenai, oh iklan PSA banyak je tuju kat orang Melayu. Tapi kita tak butthurt. Mat rempit? Haha sadly Mat Rempit bukan melambangkan bangsa. Ia adalah satu term untuk mengdescribe satu kumpulan yang tidak cool. Dan dia ada pointkan satu lagi contoh, iklan cetak rompak, tokey VCD melambangkan kaum minoriti. Sadly, tokey VCD pun bukan melambangkan bangsa. Jadi alasan orang nak mencari pasal untuk butthurt adalah tidak kukuh. Kalau kau butthurt, kau memang kena gelak.

Iklan PSA ramadhan lain pulak ceritanya. Mesejnya sangat trang tang tang. Sekarang ni bulan puasa. Yang berpuasa adalah majoriti. Kerana majoriti dilahirkan Islam jadi diwajibkan puasa. Dan erm, subjek itu adalah minoriti. The clear-cut is sangat clear melear, tidak perlu memakai torch light lagi. Bila dia clear melear, orang boleh suka suka hey hey "KAU RASIS!".

Sepatutnya pembuat iklan perlu lebih sensitif. Sebab kami majoriti ka, minoriti ka, memang sensitif. Kami buat-buat ja kami tak nak jadi sensitif. Tapi kami tak boleh, kami kena sensitif agar the next time kau buat iklan pikir sikit pasal sensitiviti setiap pihak.

Mungkin betul cakap Obefiend, kalau nak buat iklan tu, pakai je orang Mongolia. Ahahah.Semua happy. Kalau aku, maybe aku buat scene di mana rakan omputih aku melawat Malaysia, dan she does all the inapproriate stuff. Dan di situ tiba-tiba ada aku scene aku inteprem cakap "Hey, you can't wear this" "Hey you can't do that." Walaupun tidak realistik sangat at least buat secara subtle. Mesej sampai. Dan dan, kalau omputih nak butthurt kita boleh buat muka WHAT? BUKAN KORANG DATANG NEGARA KITAORANG KORANG TAHU PASAL NEGARA KITAORG DARI BUKU LONELY PLANET JE KE? ANGGAP INI SEBAGAI NOTA TAMBAHAN. TOKSAH NAK BUTTHURT. Hiks.

Well my point is; I have no point. More like aku sedang being rational on why the eff minoriti butthurt pasal iklan itu. Dan aku rasa, mereka...*puts on sunglasses* have the right reason to be butthurted. YEAHHHHHHHHHH. =) Dan kita perlu terima hakikat. Kita semua tidak lah seopen-minded itu. Especially when it comes to things kau tayang suka suka hey hey di kaca tv.

Takpe amik masa ok kawan-kawan semua. Amik masa. Tatih dulu. Tatih. The ideal society (open-minded, tidak mudah butthurt) korang nak tu mungkin akan dapat. Biar masa menentukan segala. Kalau tak sempat, tiba-tiba kiamat. Ah well tough luck.

Kbye!