HISB: Mengadu vs Memalukan.

Entri ini adalah "response" kepada entri Michelle Ho (sila klik untuk tahu hujung pangkal)

Sekarang ini bukan setakat manusia betul je boleh ada fan page sendiri kan? Produk dan servis pun boleh ada peminat sendiri, betul tak? Boleh faham lah kenapa. Page ini berguna untuk berkomunikasi dengan pengguna. Yeah komunikasi dua hala. Aku tulis kau reply.Which is good lah right? Mendekatkan pengguna dengan penjual.

Tapi sadly, bukan semua berpendapat sebegitu, ada sesetengah tuh kerana ingin menjaga nama sangat sampai monitor dan memadam sesetengah komen yang ditampal* oleh pengguna, kerana dikatakan cuba memalukan produk atau servis tersebut. Jadi bolehlah aku membuat kesimpulan di sini, sebab kenapa page itu dibuka adalah agar ramai orang menampal segala puji-pujian melangit terhadap produk atau servis kau dan sekaligus menaikkan nama produk/servis engkau ke mata dunia? Tak realistik betul! Ini bukan Utopia. Jangan berangan sangat!

Ini Malaysia, di mana "KAMI BENCI (whatever the eff)" page bercambah seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Maksudnya, memang kesukaan orang Malaysia mewarwarkan apa dia tidak suka secara pubicly, eh silap publicly di dunia internet. Mereka tak suka Rosmah, mereka tak suka Najib,mereka tak suka iklan PSA 8TV (yang aku tak sempat tengok pun), pendek kata mereka tak suka macam-macam. Jadi apa kes, engkau suka-suka memadamkan komen-komen yang bisa menjatuhkan reputasi produk/servis engkau. Macam tak kena je. Ini bukan kultur kita! (Haha macam lawak je culture jadi kultur. Buat aku rasa nak minum vitagen pun ada.)

Dikatanya, aduan itu adalah salah satu cara untuk memalukan mereka. Says who?

Sila faham, mengadu dan memalukan adalah dua benda yang berbeza. Mengadu;dilakukan apabila pengguna tidak berpuas hati dengan produk atau servis engkau. Dan tujuan mereka berbuat demikian untuk membuka mata engkau bahawa sesuatu perlu dilakukan. Memalukan; dilakukan apabila seseorang itu memberi satu pernyataan yang tidak relevan atau tidak cukup kuat, tetapi hanya berbaur mengejek. Dan tujuan mereka adalah untuk kau nampak macam bodoh dan tidak berguna.

Mengadu dalam konteks kehidupan seharian adalah seperti menegur:

"Saya rasa apa yang awak buat tadi tu salah. Kerana (insert reason). Mungkin awak boleh (insert solution). "


Memalukan.

"Awak bodoh! Awak tahu tak?"

Beza kan?

Bukan nak cakap lah. Aduan selalunya berasas. Unless, itu competitor engkau yang ingin menjatuhkan engkau. Tetapi, come on lah! Deleting complaints on your page? Tidak jujur lah! Nak buat business secara jujur, kita pun kena jujur lah.Kalau business tak jujur, buat-buat lah nampak jujur. Tapi jangan obvious sangat! Bak kata omputih.. "Fake it like you mean it".

Ala buat lah macam page-page produk/servis yang lain, bila orang mengadu mereka mesti ada ayat templatenya. First meminta maaf, lepas tu janji akan improve or kalau lagi bagus sila suruh orang tu salurkan aduan dia ke mana-mana saluran yang betul. But please don't delete those comments. Sebab orang yang complain tu bukan bodoh. Mereka complain sebab mereka pandai lah. Tahu apa hak mereka sebagai pengguna. Duh. Ala kalau banyak pujian melambung-lambung of course lah satu titik nila itu akan jatuh ke bawah page dan menjadi old news sudah. Kan kan?

Kalau tak suka orang menampal, disable la wall/komen. Wahaha. Jadi macam aku disable comments kat blog ni. Cakap sorang-sorang. Sebab aku don't give a flying chainsaw (relevant link so that you get my joke) apa orang di luar sana fikir pasal entri aku. Haha maksudnya aku takda masa nak tengok komen setuju/tak setuju engkau. Kalau kau ada benda nak kata, hantar je kat my email. Hiks. Yang aku tahu, aku tulis suka suka hey hey. =)

Jadi kesimpulan pendek yang boleh dibuat di sini; deleting complaints for the sake of jaga muka is so so so so lame.

P/S: Aku moderate komen aku kat youtube. Sebab aku suka baca dulu before orang lain baca hiks. And yes aku delete komen jugak. Contoh komen aku delete "Melayu Cibai". Hahaha seriously. Komen yang bunyi macam berbaur perkauman dan menyentuh isu-isu sensitiviti yang tidak relevant aku delete. Tak koser mak. Aku menyanyi je kut, bila masa pulak aku ceramah pasal ketuanan Melayu dalam video aku? Tak relevan. Harus lah didelete. =P

*Tampal = perkataan aku belajar dari blog Mazidul Sidik. Aku baru tahu "post" dalam konteks internet bermaksud tampal. Macam comel je. Hiks.