HISB: Melayu dan Open Minded

Hi! Wah blog aku menjadi popular sebentar! Terima kasih kepada Namewee sanggup berkongsi entri Nasi Lemak 2.0 di facebook pagenya. Terkejut mak nyah. Hahaha, walaupun aku sure kebanyakkan pembaca yang datang menyinggah di blog ini semalam adalah bukan target audience ku. There's a reason kenapa aku menulis secara majornya dalam Bahasa Malaysia. Sebab aku nak pembaca aku adalah orang bangsa aku sendiri.

Racist kan aku? Bukan nak cakap orang Melayu ini tak pandai membaca bahasa Inggeris, sebenarnya aku yang tak reti tulis ayat perli dan panas dalam bahasa Inggeris. Sebab aku rasa bila aku cakap/tulis in English rasa macam sedikit sopan dan comel. Jadi aku takut mesej aku nak sampaikan tak jelas. Wahaha. But it's all good. Aku tak kisah kalau bukan orang Melayu nak membaca blog aku.
Sepertimana kecantikkan adalah hak milik setiap insan, pengetahuan/pendapat juga adalah hak milik setiap insan juga. Tapi satu je warning aku, harap bersabar hendaknya dengan kerojakkan aku menulis. Sebab aku memang rojak orangnya. Sedap dan pedas! XD



OK hari ini aku ingin berbicara mengenai istilah open minded. Aku benci bila orang menyalah ertikan term tersebut. Ini lah dari POV aku sebagai seorang gadis Islam berbangsa Melayu. Setiap kali seseorang Melayu datang kepada aku dan sukasukaheyhey meng-claimkan diri dia sebagai open minded, aku selalunya akan melayankan saja. Dan kami berbicara. Aku bila orang berbicara mengenai mereka punya open-mindedness secara gahnya, mesti lah aku suka mengutarakan soalan-soalan yang tidak konservatif. Dan aku mengharapkan jawapan yang kurang konservatif. Sad to say, jawapan mereka sama sahaja dengan orang yang tidak terbuka mindanya.

So what kind of open-mindedness are you talking about here fucker?

"Ooh,aku minum arak. Aku melakukan seks sebelum kahwin. Aku menghisap dadah. Aku suka menjadi high.
Aku bukan tipikal Melayu. Aku open kepada segala benda. " (And yet you do all the stuff, still tak sanggup makan babi panggang. Hiks)

Haha. Funny.

That's not open minded. Itu open lifestyle. And anyone can do that. Kurangkan iman kepada tahap yang berbahaya, voila OPEN LIFESTYLE!

So fuck you and your open lifestyle. I don't give a fuck about that. Really, just like you I'm also OPEN MINDED. It's just that my lifestyle is not THAT open. Mungkin sebab aku antisosial. Aku not into pergi keluar beramai-ramai ke tempat yang sesak dan berminum-minum. Aku juga sangat jahil terhadap segala dadah, ganja pun tak pernah rasa. Aku memang seorang yang sangat bosan. Jadi bila aku bercampur gaul dengan orang yang OPEN LIFESTYLE nya, aku jadi sedikit inferior. Rasa macam OMG kenapa aku ini bosan sangat. But I have my own reasons why I choose to be this way. Erm nothing to do with my iman, most probably sebab aku budak berasaskan sains. I tend to find all the logical explanation that I can get on why I should do this and why I should not do that. It's pretty simple really. =)

Bila aku berbicara mengenai open-mindedness. Aku maksudkan kau OK with some people being gay because they are gay. Kau OK with some people change their gender because they think their ori one doesn't suit them. Kau OK with some people change their religion because they have lost faith with their ori one. Kau OK with some people do things that it's NOT YOU because they think that it's THEM. Faham?

That's open minded for me. Kau OK dengan pilihan hidup orang lain. Satu skill open minded yang kau perlu master adalah, kau tidak mudah mengikut. Kau bukan orang yang mengikut membuta tuli. Itu paling penting. Dan kau jugak bukan pemaksa. Bila mengetahui orang tidak mengikut apa yang kau rasa betul, kau memaksa dia mengikut apa yang kau rasa betul. Jika dia tak nak ikut, kau hina dia. Kau cakap dia tak akan bau syurga. Kau tahu ke syurga tu bau macam mana?


Dalam Islam sendiri menengahkan konsep tiada paksaan. Jadi kenapa perlu memaksa? Jangan cakap tidak serupa bikin der. People will always do things you don't really like. Always. Every day. If you don't want to accept things as they are, then tolerate! Tolerate tak bermaksud kau menyokong idaknya?

Minum lah arak mahal-mahal, buat seks dengan ramai orang, mencuba segala dadah di dalam dunia ni, dan kalau masih panggil india adalah keling, cina adalah cina babi, orang kafir adalah jahat dan sentiasa menyesatkan, orang bertudung adalah melambangkan kebaikkan yang mutlak, orang tidak bertudung melambangkan kejahatan yang mutlak dan banyak lagi. Kau bagiku, adalah orang yang paling tertutup mindanya dalam kamus aku.

So yeah, tepuk dada, tanya lah "adakah aku open minded?"

HISB: Nasi Lemak 2.0



Dijadikan cerita kerana bulan ini adalah bulan hari lahir aku, maka aku secara automatiknya eligible untuk claim satu tiket free dari GSC. Jadi aku memilih Nasi Lemak 2.0 untuk birthday treat aku. Hehehe. Thanks GSC!

OMG cerita ni best dowh. Sangat random dan bermesej murni. Seriously watch it if you are a Malaysian. Heee sokonglah filem dari anak tempatan kita. XD

Tapi aku bukan nak cerita pasal filem itu. Aku nak cerita pasal manusia-manusia yang memboikot cerita itu kerana si pembuat filem itu adalah dikatakan oleh mereka sebagai penghina bangsa kita. Penghina negara. Dan mereka membuat kesimpulan sesiapa yang menonton filem ini boleh dianggap sebagai menyokong si penghina negara ini.

THE FUCK IS WRONG WITH YOU PEOPLE?

Let me tell you what. I don't fucking care siapa buat filem itu. Bangsa apa pembuat filem itu. Apa jenis orang pembuat filem itu. I DON'T GIVE A FUCK. Seriously I don't.

Kau tahu apa aku kisah?

PANDANGAN DIA YANG DIA SALURKAN MELALUI FILEM ITU.
Walaupun pandangan dia berharga 10 ringgit, aku tak kisah bayar. Tak kisah! (Walaupun realitinya aku dapat for free, but if i had to pay, i would pay it without a doubt!) Aku nak tahu apa mesej filem itu. Bagaimana cara dia sampaikan. Adakah filem itu berjaya mengubah tanggapan aku terhadap perkara-perkara tertentu?

Aku sebenarnya seorang yang sangat ingin tahu. Bite me. But adakah perasaan ingin tahu aku ini membuat aku sebagai penyokong penghina bangsa ku, penghina negara ku? You must be kidding right? What's your logic?

My logic is simple, duit 10 ringgit dari aku seorang anak Malaysia aku salurkan kepada seorang anak Malaysia jugak. Kenapa kau tak boleh nampak macam tu? Kalau anggapan kau itu memang boleh dipandang serius, adakah bermaksud sekiranya aku menonton filem yang dibuat oleh seorang Atheist (banyak pengarah Hollywood Atheists), aku dikira menyokong Atheist?

Tak kan?

Yang aku sedih sangat, kenapa kau tak suka, kau ajak orang lain pun tak suka jugak? Kenapa? Kenapa kau tak kasi orang peluang untuk mengambil tahu? Tak kasi orang peluang untuk memilih? Kenapa perlu menjatuhkan judgment "Kalau kau tengok, kau menyokong dia. Kau menyokong penghina bangsa kita. Kau menyokong penghina negara."?

Kenapa?

Aku nak tahu kenapa. Bayangkan kalau si pembuat filem itu menggunakan nama yang tidak dikenali, adakah kau akan menjatuhkan hukuman yang sama? Aku sedihlah dengan orang kita. Cepat melatah. Enggan mendengar pendapat orang lain. Belum lagi mengetahui cerita sebenar sudah sukasukaheyhey menjatuhkan hukuman. Dikatanya orang itu menghina. Dikatanya orang itu racist. Kerana apa?

Kerana nama dia Namewee.


Come on lah. Grow up.
Itu hasil karya dia. Terima lah dengan hati terbuka. Sebuka hati engkau menerima cerita negara luar yang lain.

Konsep dia senang je which yang aku dah ulang banyak kali dalam blog ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dah nasib dia baik, dia pandai mencipta nama dengan membuat pernyataan-pernyataan berani. Bukan macam engkau, bersembunyi di sebalik dolak dan dalih. Cium bontot sana sini. Sori la beb, cara nak naik itu banyak. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Dengan gembira aku nyatakan aku suka gila filem itu. Filem itu lansung tidak mencerminkan apa-apa pun buruk pasal pembuat filem. Selepas menonton filem itu, aku lihat diriku, reflect diriku, dan aku rasa sedikit pelik kerana aku masih seperti biasa. Masih sayang bangsa aku. Masih sayang negara aku. Tetapi dalam diri ku ada satu mesej yang aku bawa dari cerita itu " Kita masing-masing unik, dengan keunikkan masing-masing jadilah Malaysia!" Jangan lah marah orang nak jadi unik. Tak mengikut pandangan konservatif engkau. Sebab keunikkan itu lah menyatukan kita.

So yeah, why so serious?
=)

HISB: Jupiter Begitu Menakutkan.





Malam-malam nampak bulan rasa comel je kan bulan tu? Bayangkan planet lain, kalau dia berada di jarak yang sama dengan bulan. Macam mana ek pemandangan dia dari bumi?

Agak scary. Especially Jupiter. Nasib baik tuhan tak buat Jupiter dengan kita. Kalau tak mampus nak tukar lirik lagu "Engkau Laksana Bulan", jadi "Engkau Laksana Jupiter" yang tidak comel lansung. Hahaha.

HISB: Perasaan Jatuh Bila Tidur



Korang pernah tak syok baru nak mula tidur. Tiba-tiba terkejut, and perasaan terkejut tu macam rasa jatuh, with otot-otot kau twitch seumpama kau macam nak jatuh. Pernah tak? Pernah tak?

Sebab aku pernah.

Apparently ada nama khas untuk fenomena ini iaitu hypnagogic myoclonic twitch atau “Hypnic jerk”. It's actually still not fully explained by science. Jadi orang bijak pandai berpendapat, bila kau tidur, dan otot-otot kau sedang merehatkan diri, signal rehat ini telah disalah interpret oleh otak sebagai situasi jatuh. Dan dengan sukasukaheyhey dia memberi isyarat kepada otot-otot kau untuk jerk supaya kau berdiri tegak utk elak jatuh.

What? Brain stop trolling me, I'm on a bed not a tree you fool!

And mengikut apa aku baca dari wikipedia, makin engkau risau dan penat, makin engkau nak terbangun dengan perasaan jatuh ni.

So I guess now you know aight?

Selamat hari Sabtu.

Kbye.




HISB: Penulisan Si Picisan Hina.

Aku benci kita berada di dalam culture, makin banyak orang mengangguk kat semua pendapat engkau makin gah lah engkau di atasa sana. Makin senang lah engkau. Engkau lah raja. Engkau lah segalanya. Tiada siapa yang benar, melainkan engkau!

Sebab itu aku tidak mintak disukai. Dan hanya menyampaikan apa aku rasa dengan sukasukaheyhey di blog ini dengan menutup butang komen. Aku tidak memerlukan sokongan/bantahan untuk menyatakan apa aku rasa betul atau tidak. Sebab aku tahu kalau aku aware pasal ramai bersetuju dengan aku, perasaan riak akan menerjah diri dan terus rasa glamer, terus perasan banyak followers. Dan kalau aku tahu ramai tidak bersetuju, perasaan takut menerjah diri, mula menjadi lebih berhati-hati sebab nak conform dengan orang ramai.

Lagi bagus bayangkan blog ini dari aku kepada aku. Macam tempat untuk aku lepaskan segala apa yang terbuku di fikiran sambil memberi peluang kepada pembaca membina pendapat mereka masing-masing.Masing-masing ada pendapat. Aku tidak akan memaksa kau bersetuju dengan engkau. Dan aku harap kau melakukan sedemikian. Sekiranya aku memang jenis memaksa orang bersetuju dengan aku, sudah pasti aku memanjat tangga politik. Keluar di sana, dan melaungkan MARI IKUT SAYA, SAYA AKAN MENJANJIKAN KEHIDUPAN YANG BAHAGIA DAN IDEAL KEPADA ANDA SEMUA BERBANDING DENGAN APA YANG KITA ADA SEKARANG INI.

Aku hanya ingin menyedarkan ramai orang, manusia berbeza-beza maka cara berfikir pun berbeza-beza. Jadi aku suka mengambil tahu pasal buah fikiran orang lain. Agar aku dapat belajar untuk self-improvement.Dan aku juga berharap bila orang yang tidak sealiran membaca pendapat aku, mungkin sedikit sebanyak buat mereka terfikir, oooh rupanya ada cara lain juga kita boleh tengok.

Analogi dia simple je, engkau nampak kotak. Cuba engkau tengok lebih dari itu. Engkau akan nampak bucu, garis-garis selari yang bertemu dan ada 6 permukaan rata. Dalam kotak? Oh ada ruang, ruang yang sangat terhad. Eh jap, cuba engkau lihat apa di luar kotak itu. Oooh, ruang. Ruang yang besar.Ruang, untuk dijelajahi. Be adventurous my friends. EXPLORE! Life is more than your own kotak. =) Tapi ingat jangan sampai tersesat eh? Itu gunanya otak dan kepercayaan terhadap sesuatu. Mengingatkan kau supaya sentiasa sedar.

Jika kau hendak mengajak sekumpulan manusia membenci aku kerana cara aku berfikir. Sila kan. Sebab aku tahu in the end, kita sendiri pun tidak tahu siapa benar siapa salah.

Kerana apa?

Kerana tuhan yang mengetahui segala-galanya. Prinsip yang telah diajar oleh orang-orang tua kita dari kecil. Berpegang teguh lah kepada itu.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Minta maaf sekiranya aku enggan bersetuju dengan engkau. Maaf. Salahkan otak aku.

Sekian terima kasih.

Aku picisan hina,

ojamoja

HISB: Belajar Rogol

Tadi saya check statcounter saya, jeng jeng saya nampak ada orang masuk blog saya dengan search term: BELAJAR ROGOL. IP address nya dari Kota Kinabalu.
Kehadapan awak yang berada di Kota Kinabalu,

Harap sihat hendaknya. Rogol sebenarnya tidak perlu dipelajari. Konsep rogol adalah approach,masuk dan paksa. Tak perlu belajar lansung pun.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
ojamoja
Dan saya harap awak lupakan niat nak merogol. Kerana seks tanpa kerelaan boleh membuatkan orang yang dirogol menjadi traumatik macam cerita Nora Elena. Sepanjang hidup dia, dia akan menyumpah awak. Awak suka ke orang menyumpah awak sampai awak mati?

Berbuat baik sesama insan, jangan merogol. Kalau nak sangat, pergi Danok cari perempuan please.

HISB: Cinta itu saiko.


Mari namakan manusia dari kiri: Kiri, Tengah, Kanan.

Di suatu forum bernama Wars Central, forum yang digunakan oleh pemain Advance Wars berkongsi pendapat dan rasa suka terhadap game itu, terjadinya satu tragedi yang menyayat hati. Kiri adalah salah seorang ahli forum yang sangat aktif. Nak dijadikan Kiri ini sukasukaheyhey obsessed dengan girlpren orang, iaitu Kanan. Dan boiprennya adalah Tengah. Tengah dan Kanan adalah admin di dalam forum tersebut.

Kerana si mamat Kiri ini sangat creepy dan mengacau kehidupan Kanan, maka si Tengah dan Kanan mengambil jalan singkat dengan memblock mamat Kiri ini dari forum mereka itu.

Dan di situ bermulanya rasa dendam. Dendam kesumat.

Kiri, dengan sukasukaheyhey nya terbang dari Jerman ke UK dan bertemu mata ke mata dengan Tengah di rumahnya. Dan menikamnya sebanyak 86 kali. Sebelum Tengah melepaskan nafasnya yang terakhir, dia sempat menulis 3 huruf pertama pembunuhnya dengan darah. Ye lah nak kasi clue kat polis. Bijak. Nak mati pun masih bijak. Bagus!

Konklusinya di sini, jangan disangka air yang tenang tiada buaya, jangan disangka obsessi di internet hanya obsessi di internet sahaja. Orang gila merata. Jangan biarkan diri anda accesible sangat di internet. Mana tahu tersakitkan hati psychopath mana-mana, tak pasal-pasal kena tikam 86 kali. Hiks.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Wolf Gnards

HISB: Muse Ojamoja untuk Jrock No Tamashi


OK sebab JRock No Tamashi adalah bulan hadapan, sekarang aku tengah sibuk mencari muse untuk digunakan reference bila perform nanti. Dan ini lah muse-muse aku.

Ai Otsuka
Care free and cute



Ryoko Hirosue
Sweet and cute.



Yuki Isoya
Crazy and cute.



Ringo Shiina
Not cute, but classy as fuck!




Ganbatte oj moj!

HISB: Kesungguhan.



Video ini mengajar aku bahawa sekiranya aku passionate terhadap perkara yang aku akukan, orang tak berapa minat dengan apa aku buat pun boleh jadi minat bila tengok betapa passionatenya aku itu.

Apa itu passion?

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu?

Tetapi malangnya di dalam masyarakat kita kesungguhan dianggap kepoyoan.

Kerana segelintir dalam masyarakat kita tidak suka melihat orang bersungguh-sungguh.

Sedarlah wahai masyarakat dalam menunjukkan kesungguhan, kepoyoan itu perlu. They go hand in hand. Sekiranya awak tidak passionate terhadap perkara yang awak suka, awak jangan mengata orang yang passionate. Masing-masing ada agenda masing-masing. If it doesn't concern you, walk away. If it does, stay and listen.

Bak kata Benjamin Zander, instead of sharing his passion with 3% yang suka classical music dia choose to share his passion with everyone. Ye lah kan, daripada kita mengecilkan bulatan apa kita membesarkan bulatan. Haters gonna hate but don't forget those lovers.

Tapi untuk berkongsikan kesungguhan kita sendiri perlu bertanya kepada diri sendiri. Adakah kita benar bersungguh-sungguh? I always tell this to my band, walaupun kita buat benda untuk fun-fun, tapi kita perlu bersungguh-sungguh juga. Mesti ada perancangan masa hadapan. Mesti tahu apa arah tuju. Siapa cakap tidak boleh jadi passionate dalam melakukan perkara yang dilakukan secara fun? Sebab aku percaya sangat dengan peribahasa 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Kalau kita selalu mencari alasan untuk maju ke hadapan, lupakan sahaja apa yang impikan.

Dan paling penting untuk menjadi bersungguh-sungguh. Kita kena tanya jugak diri sendiri kenapa kau nak bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara? Adakah untuk kepuasan diri? Atau whatever reasons? Kalau orang tanya kenapa aku suka benda-benda moe. Aku akan jawab sebab aku suka rasa fuwa-fuwa (fluffy-fluffy) bila aku nampak, dengar dan buat benda moe. Lama-lama aku sedar, oh bukan aku sorang je boleh rasa fuwa-fuwa, aku boleh kongi rasa fuwa-fuwa aku dengan orang lain. So whenever orang datang kat aku and cakap "Awak nyanyi comel!" dalam keadaan tersenyum lebar and selalu nya datang dari orang yang nampak macam berhati keras, aku rasa macam sedikit best! Kerana hati yang keras pun boleh jadi fuwa-fuwa.

Kalau orang lain boleh memperjuangkan agenda masing-masing. Aku pun boleh! Walaupun agenda aku macam tidak make sense. Apa memperjuangkan moe? Memperjuangkan fuwa-fuwa feeling? Why not? It's not a bad thing pun. As long as it's done in moderation. Wasatiah itu penting. =)

Dan dengan itu aku ingin menyeru kepada semua untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Tak kisah lah apa agenda anda (and of course lah perkara yang baik-baik yang mendatangkan faedah, bersungguh-sungguh dalam mengumpat dan mengata adalah perkara orang bodoh je buat) apa faktor motivasi anda (duit,kepuasan,whatever the fuck), yang penting bersungguh-sungguh. Dan jangan kedekut nak kongsi passion anda dengan semua orang. Biar lah orang kata kita poyo selagi benda kita itu tidak mengacau hidup dan mati seseorang, layan kan aje.

Dan kepada orang yang suka menjatuhkan orang, hentikan sahaja, buang masa dan tenaga tau jadi jelly. Apa kata awak cari benda yang boleh buat awak rasa passionate. Instead of spending all your energy to be jelly, why don't you channel them to something positive. Beringat lah lagi bagus jumpa dengan orang yang berbeza dan mempunyai passion dalam bidang yang berbeza supaya kita banyak belajar. Dari duduk dalam tempurung dan perasan sorang-sorang bahawa apa yang kau fikir adalah betul. It's time to pop the bubble and look around and appreciate the beauty of people with different passions and learn from them.

Dan kadang-kadang aku rasa aku boleh jadi macam Dr Fadzilah Kamsah. #randommacamsial


HISB: YUMEcolors SPONTAN! - Rancangan TV Raya


Selain daripada memperjuangkan muzik moe ke seantero Malaysia, segelintir ahli desu! (kecuali vokalis dan pemain gitar rhythm) mempunyai minat dalam bidang lakonan. Dan side project untuk tujuan menunjukkan bakat lakonan mereka ini dinamakan YUMEcolors. Sebenarnya YUMEcolors ditubuhkan sebelum desu! Sekarang ini baru nak aktif balik. Kerana ojamoja tiada bakat untuk berlakon maka selalunya ojamoja adalah gadis belakang tabir yang selalu menahan diri dari ketawa kuat. True story. Kemungkinan mereka-mereka ini berserta kawan-kawan kami yang suka berlakon teater akan menyertai satu pertanding membuat video bulan hadapan. Seperti biasa ojamoja akan menjadi gadis belakang tabir dan kemungkinan kali ini membawa sandwich untuk para krew dan pelakon. Ye lah kan, nak menyokong rakan-rakan boleh je dalam apa jua bentuk. Tak boleh berlakon, kita buat sandwich. Dok gitu?



Sketsa di atas adalah seratus peratus dilakonkan secara spontan di mana tiada pre-skrip.
Sebelum rakaman bermula, para pelakon diberi:


*satu situasi
*kostum
*prop

Dan dari situ, mereka perlu mencipta jalan cerita, karakter dan dialog secara spontan.

Kononnya macam Whose Line Is It Anyway versi Bahasa Malaysia.

HISB: Why "My heart is broken"phrase should be taken seriously.

Apparently a broken heart is literally a broken heart and it's called Takotsubo cardiomyopathy. You know that sudden painful feeling that you get when someone you love so dearly tells you that he/she doesn't love you? That same feeling, when someone you love passes away. The secret behind this syndrome; it's triggered by emotional stress.


A is a heart with this syndrome. B is a normal heart.

The sadder you are, the more susceptible you are to experience this heart failure. I'm not sure if this syndrome is experienced by all. But whenever my heart is broken, I usually tell that person who breaks my heart "Hati saya sakit" (well when I said hati, I meant HEART not LIVER!). And yes I actually feel the pain. Does that mean I have some sort of coronary problem? Ermm..maybe not, because my kind of broken heart is mended rather quickly. Maybe if the painful feeling stays for quite sometime, then something should be done. I guess.

So yeah, don't take "My heart is broken" lightly. It can get serious. Because the syndrome is real. Take care of your heart. Manage your stress. You're in control of your life. So take charge!

Heee. Sekian terima kasih.

Source: Wikipedia

HISB: Gitar dan Perempuan



Saya tidak bersetuju dengan komik ini di mana ia cuba menunjukkan dengan gitar anda boleh membuat seorang perempuan menjadi gila dan lantas membogelkan diri. Fahaman apakah ini?


Tidakkah perempuan-perempuan ini tahu, gitar bukan lah the only musical instrument mereka perlu rasa turn on. Ok mamat ini ada gitar, dan menggoreng. Big deal. Cuba lihat di belakang mamat itu. Ada bassist, ada drummer. Hello mereka ini penting tahu. Ingat senang ke nak main drum? Memerlukan banyak otot untuk bermain drum. Drummer adalah paling berani di dalam band kerana, drum ada lah satu instrument yang mengeluarkan bunyi yang kuat dan bila kau kuat, kau buat silap orang lagi sedar. Hehe.

And bassist? Come on lah wei, bila kau mendengar sesuatu lagu, nescaya bunyi bass yang memberi kau groove untuk menghentak-hentak kaki.Lagu tanpa bunyi bass adalah flat dan boring. Kalau flat dan boring, tak turn on lansung.

With this being said, perempuan-perempuan di luar sana, sekiranya anda mempunyai taste suka musician, jangan anak tirikan drummer dan bassist. Gunakan telinga untuk memilih yang mana buat anda turn on bukan semata-mata sebab instrument itu sendiri. And by the way, the guy in the comic is a wannabe, please learn to differentiate between a wannabe and a real musician. Heh.

Tetapi kalau anda tanya saya, saya akan pesan, jangan mendekati musicians sekiranya anda mencari cinta of your life. Mereka ini tidak boleh dipercayai sangat. OOOOPPPPPSSSSSSS. Sorry para musicians semua, jangan marah saya. Saya hanya bercakap dari pengalaman dan melihat orang lain. Kalau itu bukan awak, tidak payah lah terasa. Ok?

Sekian terima kasih.


Sumber komik:
Explosm.net

HISB: Ruru - Lagu ending untuk anime Denpa Onna to Seishun Otoko


Versi Asal: Etsuko Yakushimaru



Versi ojamoja



Translasi (suksukaheyhey dialih bahasa dari english translation of this song, macam inception pulak, translation dalam translation):

Aku akan dapat selsema,
Aku akan dapat selsema.

Aku sejuk tanpa futon ku,
Aku sejuk jika futonku diambil,
Kau akan datang ke sini ketika subuh..kau tersenyum

Aku pasti kau fikir aku tidak nampak engkau,
Dan secara perlahan tangan mu mendekatiku,
Apa kau nak buat ni??

Aku akan dapat selsema,
Aku akan dapat selsema.

Aku buat-buat tidur, dan aku rasa sedikit warm,
Kau tidur di sebelahku, dan aku tidak ambil peduli dengan igauan engkau,

Aku berikan ciuman di dahi mu.


Haha bila baca balik translation, macam creepy pulak lagu ni. Lagu creepy yang kiut!

HISB: Ini adalah X-Ray Kaki Seorang Wanita


Ini lah ye kawan-kawan, kesakitan yang sanggup dilalui oleh wanita demi untuk kelihatan tinggi dan mendapat er er perky ass look. Wahahahaha. Tapi saya tidak dapat menyangkalnya, memakai kasut tinggi membuat saya self-confidence saya naik beberapa points. Wah wah kalau pakai skirt dan kasut tinggi, boleh rasa macam Heidi Klum sebentar. Nasib baik saya jarang memakainya kerana saya memikirkan keselesaan untuk berjalan jauh daripada nampak er seksi? Ye lah, dalam usaha mengurangkan mendapat arthritis di hari tua. Plus, cuba bayangkan kalau zombies ditakdirkan hadir dalam hidup kita pada suatu hari nanti. Tidakkah menyusahkan untuk menyelamatkan diri ketika memakai high heels?

Saya tabik spring sama korang yang tidak boleh hidup tanpa high heels. Work that ass girl! Hiks.

HISB: desu's Gacha Love



This is our original song and yes it's a mix of Japanese and Engrish.
Composed & arranged by the leader, Afiq Dharma.
This song is about a girl who wants to confess her love at an anime convention.

Here's the translation of the song :

Gacha Love

Today, I'm determined

I'm going to confess my love

in a cosplay event

but it's a little scary

it's scary!


Confess your love, find the power

Make it clear, everyday every hour

(my heart is pounding) believe it (but...)

Believe the rock and roll of your own heart


Akiba's music sensation

Is he listening?

He looks like my fated guy

This can't be wrong!

This can't be wrong oi!

Akiba-like convention

Does he wanna go too?

Love love love kyun doki doki

This can't be wrong!

This can't be wrong oi!


Where can I find the courage?

I just can't keep this feeling forever

When will you notice me? Come close to me?

But i know, I'll never go away


Oh no, love is wo-oh

Trust more in yourself. yo

(Tomorrow is the last chance!)

That kind of image is no good, rock & roll


Akiba is inspiration

Where is he?

I'm kinda lonely

I don't want that!

Akiba like convention

Is he going too?

Love love love kyun doki doki

This can't be wrong!

this can't be wrong

HISB: Menstruation Fairy

I don't mind the bleeding but what I really mind is all the feelings that come before the bleeding. My next cycle would be my 187th unfertilized ovum. ( No, I've never missed one so far *touches wood* haha). If my menopause age were 50, I would have another ~247 ovums to go. Mmm awesome.

TMI, I know. But who cares? There's no such thing as TMI on the net. Yesterday I just saw a circulated pic of Scarlett Johansson's ass on the net. That same pic I saw a few months ago. I wasn't sure why suddenly it became a very big news yesterday. It was taken sometime in 2010 if my memory serves me right (Amboi benda macam ini kau ingat je eh oj moj?) The weird thing is only now ScarJo has decided to press charge. The fuck? Where the hell have you been girl?

Oops I digress. My ovum --> ScarJo's juicy ass. Huh? I am sorry.

Yes I spent a few minutes to do the ovum calculation just because I am random like that. But based from what I have heard, menopause is slightly worse than PMS. Is that true?

Erks.

Women, we are made of steel, aren't we?

Source:I Am Emiko

HISB: desu! @ Animangaki 2011 (Photos)

Raya theme


Hi I'm ojamoja. I love to indulge myself in deep thoughts and I also love singing cute anime songs just for fun. This is me in kebaya and your argument is invalid. Haha.







More pics on my facebook. So yeah stalk me there, if you are on my friend list. If you are not, it's ok the world still rotates on its axis. Our next event is going to be JRock No Tamashi on Oct 16th at Bentley Music Auditorium. Thank you. 'Majulah Moe Untuk Negara' !

HISB: Happy Birthday Mr Bus Driver!



I guess, random acts of kindness
rock!

HISB: Tangible vs Intangible



OK ini adalah satu talk yang agak boring kerana the speaker adalah seorang yang banyak berfikir. Banyak berfikir, banyak bertanya dengan diri sendiri dan sentiasa mencari jawapan untuk diri sendiri. Haha. Which is good right? Aku kata dia boring sebab aku jeles, sebab dia bijak sangat! Hahahahaha. Kukuh tak reason aku nak cakap orang boring?

Mari berbincang mengenai talk dia yang ini. Dua perkataan yang disebut berkali-kali sepanjang ceramah dia.

Tangible - Benda yang kita nampak dan boleh disentuh
Intangible - Benda yang kita tidak nampak dan tidak boleh disentuh.

Jadi apa yang dia merapu dalam ceramah dia ini, dia rasa pelik kenapa di dalam sesuatu negara untuk maju kita lebih pentingkan benda yang kita nampak dan boleh disentuh. Misalannya, dalam mengukur kehebatan sesuatu negara itu, kita lihat pada nilai Gross Domestic Products. Makin tinggi GDP, makin efisien ekonomi engkau, makin bagus.

Di dalam ceramahnya Encik Conley ini memasukkan cerita pasal Bhutan. Dan hari ini aku juga belajar bahawa ada negara bernama Bhutan. Bhutan mempunyai seorang raja yang sangat curious orang nya. Pada suatu hari raja ini ditanya mengenai GDP negara dia. Dan dia bertanya balik " Kenapa kita begitu obsessed dengan GDP? Kenapa kita tidak kisah mengenai Gross National Happiness?" Soalan dia simple comel je, tapi buat kita berfikir. Haah kan? Kenapa kita tidak mengukur kegembiraan untuk menilai kehebatan sesuatu negara itu? Adakah kegembiraan itu tidak penting? Adakah kerana kegembiraan itu kita dapat nampak dan sentuh, bermaksud kita tidak dapat mengukurnya? Bermaksud kita perlu menganggap perkara itu seolah-olah tidak penting?

Encik Conley ini pernah bertanya kepada raja Bhutan " Camne kau nak cipta dan ukur benda yang tak boleh dinampak, disentuh?" Raja jawab " Dengar ni cik abang. Bhutan bukan mencipta kegembiraan. Bhutan menyediakan tempat tercetusnya kegembiraan. Atau dengan nama lainnya habitat untuk kegembiraan". Haah kan? Betul jugak cakap raja ni. No wonder kau ni raja. Bijak sekals! Dan satu benda yang menarik minat aku pasal Gross National Happiness ni adalah, satu key indicator dia adalah MASA! Bak kata Encik Conley, masa adalah benda yang kita paling miskin di dunia. Dan masa tidak pernah sesekali masuk dalam perkiraan GDP. Weird right?

Basically dia punya ceramah ni leans towards how negara sangat sangat fokus kepada benda yang boleh dikira sampai kita lupa bahawa benda yang tak boleh dikira itu sebenarnya faktor penting juga dalam menilai kehebatan sesuatu negara itu.OK macam ini lah konsep nya, negara kau buat banyak duit, tapi rakyat negara kau tak gembira. Kerana apparently kegembiraan tidak penting dalam memajukan negara. Semua orang jadi hamba kepada duit. Kenapa kita tidak boleh menjadi hamba kepada duit dengan rasa gembira?

Dan inilah Encik Conley nak tekan kan sebab ceramah dia ini macam sebenarnya suatu peringatan kepada ketua dalam business atau pun ketua politik. Semua mahu keuntungan, kerana keuntungan kau nampak dan kau boleh guna untuk membuat kau gembira. Tetapi dalam mengejar keuntungan, masa perlu dikorbankan, adakah kau gembira mengorbankan masa? Siapa kisah kan? Sebab kegembiraan adalah intangible. Tetapi tolong lah para ketua semua, kami sebagai orang bawah sebenarnya kisah!

Bak kata Encik Conley, 64% di dalam GDP dunia terdiri dari industri servis dan selebihnya baru industri manfucturing dan argiculture. Industri servis paling besar? Wow. Industri di mana servis ditawarkan. Servis, benda yang kau tak nampak atau sentuh. Tapi kau rasa, di dalam hati. Tak funny kah dia mempunyai peratusan besar di dalam GDP dunia?

And yet, quality of service industry in our country sucks like hell!

Dan itu lah konklusi aku dari talk ini. Kau boleh bina banyak bangunan tinggi. Jambatan gah. Shopping mall berjuta-juta. Tetapi kalau pergi jabatan kerajaan/swasta, muka orang yang melayan kau seburuk muka raksasa dalam cerita ultraman, tidak berguna juga! Kalau kau charge extra 6%, tetapi servis kau masih macam haram jadah buat orang marah, tidak berguna juga! Kalau harga makanan pun naik, sampai rakyat perlu mengikat perut, dan sekaligus tidak gembira dalam melakukan kerja untuk memajukan negara, pun tidak berguna juga!

Dan persoalan aku,

realistikkah untuk mengharapkan faktor tangible dan faktor intangible bergerak sejajar ke atas tanpa sedikit kepincangan di dalam memajukan negara?

P/S: Sorry lately macam obsessed dengan tajuk kegembiraan. Sebab benda ini sangat subjektif, dan banyak benda boleh dibincangkan dari sini. Hiks.

HISB: Asshole #1

OK ada ruangan baru di dalam HISB. Asshole adalah perkara-perkara yang kalau kau lakukan, kau secara automatiknya dicop asshole. Don't want to be an asshole? So don't do things only an asshole would do ok?

HISB: September Sebelas

Imej dari satu akhbar utama Arab.
Sangat dalam maksudnya.

Membuka luka lama untuk menutup luka baru?

HISB: Synthetic Happiness vs Natural Happiness




Synthethic Happiness

Kegembiraan yang kita buat-buat bila kita tidak dapat apa yang kita nak

Natural Happiness

Kegembiraan yang ikhlas bila kita dapat apa yang kita nak.

Basically dari talk yang diberi oleh Dan Gilbert dia nak buktikan, Synthetic Happiness dan Natural Happiness adalah perkara yang sama. Gembira adalah gembira. Kerana dalam masyarakat kita, kegembiraan adalah bila kau dapat apa yang kau nak! Sebab itu lah yang akan motivate engkau dalam menghadapi liku-liku kehidupan untuk mencapai cita-cita! Ye lah cuba kalau kita bagitahu orang, "Ala kau dapat atau tak, kau akan tetap gembira punya!". Tidak kah rasa macam pointless kalau kita nak berusaha. Sebab in the end, kita akan tetap rasa gembira.

Are you still with me?

So dalam talk ini, Dan Gilbert menunjukkan beberapa studies yang dia buat untuk membuktikan bahawa bila kau gembira kau memang gembira. Bukan dibuat-buat atau tidak genuine yang sepertimana masyarakat selalu anggap. Ini adalah satu psychological immune effect yang terdapat pada semua manusia. Kau gembira kerana kau gembira! Sekiranya ingin tahu selanjutnya mengenai studies ini sila lihat video di atas.

Tetapi yang agak membuat aku macam " HA BETUL LAH!" adalah bagaimana dia cakap, kenapa susah sangat kita nak achieve that natural happiness adalah kerana kita diberi kebebasan untuk memilih. Kerana kebebasan itu lah kita tidak pernah akan rasa puas. Berbeza dengan orang yang tidak mempunyai pilihan, mereka gembira dan rasa puas. Kerana mereka tiada jalan keluar. Trapped. Stuck. Dan di situ di mana, psychological immune effect mula melakukan kerjanya. Satu proses kognitif yang terjadi tanpa kau sedari, mengubah persepsi engkau mengenai apa yang kau rasa tentang sesuatu perkara supaya kau rasa erm better. Kau synthesize happiness itu. Tapi tak bermaksud it's not real!

Contoh yang diberi oleh Gilbert, bila kita dalam proses mencari pasangan hidup, bila first date, kalau kita nampak pasangan kita korek hidung, terus rasa turn off. Lepas tu macam malas nak proceed ke next step kan kan? Kerana kita ada pilihan untuk menyukai orang lain yang tidak korek hidung ketika first date! Hahaha. Tetapi bila pasangan sehidup semati (isteri/suami) korek hidung sukasukaheyhey depan kita, kita macam "OH OK I STILL LOVE YOU BABE" Kan kan? Sebab kita tiada pilihan,melainkan *ehem* kau yang pergi mencari orang lain untuk menjadi pilihan aka cheating!! Hehehe.

Secara Islamik nya, ini adalah konsep redha. Don't cha think so? Bila kau redha tidak bermaksud kau memaksa diri engkau untuk gembira kan? Redha bermaksud kau menerima, dan dengan rasa menerima itu datang lah rasa gembira. Sebenarnya kau akan lagi content bila kau tiada pilihan. Banyak pilihan will lead you to confusion, selalu rasa takut tersalah pilihan dan kadang-kadang drive kau melakukan perkara tidak bermoral kerana nak mendapat apa itu kau sangka boleh memberikan engkau kegembiraan yang natural. Stop doing this. Being happy is being happy. Stop worrying,thinking that kalau kau pilih X mesti lagi happy. Dan bila kau dapat X, kau rasa kalau pilih Y mesti lagi happy. Stop rating your happiness in 1-10 scale. Sebab makin kau mengover complicate level kegembiraan kau, makin kau tak gembira.

Am I right?

Konklusi dari video ini: Kegembiraan datang dari kau, bukan kau mencari dia. Hehe.

Thanks Dan Gilbert!
Please watch this video to get a better understanding on how us humans perceive happiness.

Sekian terima kasih.

HISB: How to troll paparazzi according to Harry Potter


Now tell me, how NOT to love this guy? Haha.

HISB: Want vs Need






Kita sebenarnya tahu beza hendak dan perlu. Tapi kita buat-buat tak nampak.Kerana kita manusia mempunyai hak untuk memilih apa sahaja logik untuk mencapai apa yang kita mahu kan?

Aku nak ipad2 sebab senang aku nak surf internet dalam train, ketika berada di starbucks menunggu kawan, supaya burung dan babi hijau dalam angry birds nampak lebih jelas dan tidak perlu memberi tekanan kepada mata sangat bila membaca artikel yang panjang-panjang.
Fuck you because I'm equipped with my logic so I deserve to want everything. Hahaha.

Sumber: Recovering Lazyholic

HISB: Aku mahu poster ini.



Aku nak letak poster ini atas siling di bilik tidur, sebagai motivasi bila bangun tidur.
Poster ini boleh dibeli di website ini: Holstee

HISB: Finland & Saman



Di Finland, saman speeding yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dikira mengikut peratusan dari pendapatan si pembuat salah. Maka dengan itu mari lah kita berpindah ke Finland. Dan si kaya-raya sila elak dari bermastautin di Finland.

Sekian terima kasih.


Sumber: Wikipedia

HISB: GPS dan Peluru Berpandu



Sekiranya pada suatu hari anda sedang menggunakan GPS anda di altitud yang agak tinggi (lebih dari 18,000 meter) dengan sukasukaheyhey nya dan tiba-tiba GPS track anda bergerak dengan kelajuan lebih 1,900 km/h, secara legal nya, ia perlu di- deactivatekan kerana dikhuatiri GPS anda sedang digunakan untuk memberi arah kepada peluru berpandu.

OK. Ini bermaksud sekiranya sesiapa mahu menggunakan peluru berpandu sila pastikan anda mengurangkan kelajuan peluru berpandu anda ke 1899 km/h.

Sekian terima kasih.

Sumber: Wikipedia

HISB: Godam Kehidupan # 5


Bagaimana nak tahu telur dah basi atau tak?



Sediakan satu gelas air sejuk. Dan masukkan telur.


Sekiranya telur itu tenggelam terus, maksudnya masih segar.

Sekiranya telur tenggelam dengan bahagian tirus nya menghala kebawah, maksudnya masih selamat untuk dimakan, dan lagi bagus kalau digunakan untuk baking.

Sekiranya telur terapung, maksudnya sudah basi, sila buang dan beli yang baru.

Peraturan ibu jari: Makin terapung, makin banyak gas masuk dalam telur itu, makin euw.

Sekian terima kasih.



Sumber: What's Cooking America

HISB: Why it's hard not to like Calvin & Hobbes

Because sometimes I think, Calvin and I share the same sentiment on certain things. Not that I'm agreeing with him but er sometimes this cute little strip comic makes me think of things that I have never thought of before. Heh. =D



Siapa baik? Kasi aku buku Calvin & Hobbes untuk birthday aku. Hehehehe.
*muka tak tahu malu*

HISB: Ouch, that moment when you can't porn your way out.



Aku tidak memahami ini.Kalau dah tahu si ex tu akan sentiasa mudah mendapat yang baru dan selalu nampak macam happy all the time. Yang kau masih ada dalam friendlist dia apahal? Nak mengtorture minda? Nak mengtorture hati?

Dan satu lagi kalau kau stok nampak dan senyap it's ok. Ini stok " (insert ex name) tak delete gambar aku dengan dia dari facebook, tak suka" " (insert ex name) suka melayan orang kat status dia, predictable betul dia ni. sebab tu aku tak tahan dengan dia. sangat friendly.". (Insert endless whine about the ex based on her/his FB activities)

Mengaku je lah kau tak get over her/him. And seriously fucking move on! You know why you keep thinking like the other person is having all the good time and here you are, all sappy and forever alone? Sebab bila kau ingat dia, kau asyik ingat benda-benda best dia buat kat kau. Try to remember the bad ones, the ones she/he made you feel like crap. InsyaAllah, bila kau fikir pasal dia, kau nampak muka paling buruk kau pernah nampak. Dan paling senang? Delete her/his number. Delete her/him from facebook. Don't fucking stalk her/his blog. And be strangers, again. Pretend. Just pretend he/she does not exist. And let time do its work. Memang sakit, but what to do man. That's life.

You'll thank me for this.

Sekian.

HISB: desu @ Animangaki 2011



Eh lupa nak promote, esok band saya akan membuat persembahan di Sunway University sempena anime konvensi bernama Animangaki. Saya akan menyanyikan tiga lagu. Lagu anime satu, lagu original satu dan lagu raya ala moe satu. Tiket masuk 10 ringgit.

What else? Erm I will be wearing a red kebaya! So tak dapat imagine nyanyi lagu anime comel in kebaya. And I want to wear my 4inch wedges. But takut tergolek sebab kena berlakon aksi gedik atas pentas. So sekarang rasa macam confused. Erm.

So yeah, kalau awak give a fuck/pretend to give a fuck awak datang lah. Kalau awak tak give a fuck, I don't give a fuck oso. Hehehe. =)

HISB: Friend-Zoned as explained by XKCD




Oh women, are we that heartless and stupid? Maybe the guy you have just friend-zoned should go out more and flirt with other chicks and rub it on your face just to make you desire him more. You think? Sigh.

Btw, just a protip for whoever is romantically interested in someone and want know if that person really really likes you: Ask him/her out for a date. If he/she is interested, he/she will rearrange his/her schedule for your date or he/she will suggest another time. No excuses. No bullshit.

And for those who want to do this friend-zone thingy, no matter if you are a girl or a guy: Please don't string him/her along and send mixed messages, and make it perfectly clear what your intentions are.
Kalau kawan katakan kawan. Kalau skandal katakan skandal. Kalau kekasih katakan kekasih. Jangan biarkan ku termangu-mangu. Right?

As for me, OK I will try my best to act all nice with anyone who's nice to me. But, If I'm going to hit on someone...I'll say/do something pretty obvious. I don't flirt or act all comel with people who I want to friend-zone. My comel-ness and manja-ness are only for someone that I really really like. True story. So if you girls/guys go gedik with anyone who shows interest in you (but you are not that interested), don't you think it's a kinda.. er time wasting and selfish? Flat out reject and let the person move on to other prospects. =)

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Tapi bunga lagi comel dari kumbang yang pasti. (Intentional sexist remark)


Source: XKCD

HISB: Kahwin dan Ojamoja





Boleh tak kalau kahwin nanti tak payah mintak-mintak duit hantaran ni? Tak payah ada barang hantaran, majlis kahwin besar-besar, memperagakan baju dan body dan muka make-up tebal di satu hari yang oh sepertimana orang anggap di hari engkau dilayan umpama raja dan permaisuri. Dan boleh tak kita berhenti pandang perkahwinan itu umpama benda-benda yang menunjukkan status engkau di mata masyarakat? Sangat conspicuous consumption doh. Fuck this shit.

Dan boleh tak orang stop pandang mendirikan institusi perkahwinan ini seumpama menjual anak perempuan dan menyusahkan anak lelaki? And boleh tak jangan campurkan adat dan agama sampai perihal agama tersisih, yang dipentingkan perihal adat. Fuck this shit. Menjadi Melayu tak menjanjikan aku syurga. Menjadi muslimah yang mengikut apa yang disyariatkan agama, menjanjikan aku syurga.Hello people, priority please! Islam > Melayu

Dan boleh tak para lelaki yang budiman stop complaining about the reason engkau tak nak kahwin lagi dengan kekasih pujaan engkau itu sebab tiada duit. Tak stable la apa la. Bercinta lama-lama. Tetapi bila cakap pasal kahwin, terus jadi macam lintah di salut garam! Fuck this shit.

Dan perempuan-perempuan pulak, tak nak kahwin lagi sebab lelaki aku tidak stable, tiada duit nak bayar duit hantaran engkau yang mahal gila ittiew bla bla.

Boleh tak kasi alasan tak nak kahwin sebab tidak komited. Tidak percaya dengan institusi perkahwinan. Macam aku. Haha kerana itu adalah alasan aku. True story.

And the main reason why I think I want to get married eventually is I don't want to die alone. Dan aku rasa perkahwinan adalah salah satu proses yang aku boleh percaya untuk, erm erm erm, membetterkan diri sendiri? And the other reason, I want to make use of my ovum lah. Kau tau tak berapa banyak ovum dikeluarkan dari kau mula hit puberty hingga ke menopause? Lebih kurang 500 ovums. Banyak gila. So macam pembaziran lah kalau aku tak guna kan. Ye lah kan dalam agama cakap, pembaziran itu amalan syaiton. Walau pun aku ini nampak jahat, aku tak nak lah ikut perangai syaiton sangat.

Duit boleh dicari. Tolong lah fikir macam tu. Tolong lah wahai manusia-manusia yang sama jantina denganku. Melainkan kalau kau tu macam dalam kelompok yang tiada advantage untuk mencari duit sendiri untuk kehidupan lebih selesa. Contoh, kau cantik, tetapi tidak pintar, jadi secara logik untuk menjalani kehidupan selesa seperti Rosmah, kau perlu mencari lelaki yang er, BANYAK DUIT SANGAT! Yeah a FREE RIDE.

Kenapa?

Sebab kalau lelaki kau tak banyak duit sangat, mesti hidup kau pun ala-ala kadar je. Sebab kau tu tak pintar, dalam kehidupan sekarang kepintaran itu penting dalam mencari $$$. Tetapi worry not, kau cantik. Gunakan kecantikkan kau sebaik mungkin! Kumpul duit banyak bila, kecantikkan kau tu masih ada. Kerana mengikut hukum alam, yang cantik tidak akan sentiasa cantik. Tetapi itu kalau kau bernasib baik, SEBAB KAU CANTIK. Kalau kau buruk dan tidak pintar, erm..erm..erm..takpe setiap usaha yang dilakukan, pasti ada hasilnya ok? Dan kalau kau cantik/buruk dan pintar, hehehe kau mungkin ok dalam menjalani kehidupan yang selesa. Pro tip: Sila cari manusia yang boleh mencari duit sendiri dan sama level dalam kepintaran. Untuk masa hadapan dowh. Bagi aku dalam perkahwinan, ia beroperasi dua hala. Jangan ingat sebab suami ketua keluarga, semua benda kena bebankan dia. Jangan sesekali.

Dan ingin aku tegaskan sekali lagi aku takut komitmen dan tidak percaya dengan institusi perkahwinan., sebab itu aku masih begini. Tetapi aku hendak kahwin kerana aku mahu melahirkan anak dan tidak mahu merasai kesedihan bila aku sakit di waktu tua kerana tiada siapa yang menemani aku. Jujurkan aku? Tetapi kalau aku seorang yang selalu berfikiran logik, aku perlu sedar: BILA MATI, MEMANG KAU SORANG-SORANG PUN DALAM KUBUR. Betul tak?

Tetapi bidasan aku untuk logik itu, MEMANG LA DALAM KUBUR SORANG-SORANG, TAPI AKU NAK GUNAKAN PRIVILEGE DOA-DOA DARI ANAK-ANAK (yang soleh dan solehah) AKU UNTUK MEMBANTU AKU DALAM KUBUR. Hiks.

Maka sekarang ini Ojamoja sila lebih berkeyakinan dalam memberi komitmen dan menambahkan kepercayaan kepada institusi perkahwinan. Semua benda kita yang rancang, tetapi Tuhan juga yang menentukannya kan kan kan? So yeah, kalau aku kahwin, aku straight nak ada anak, sebab itu memang tujuan aku nak kahwin, mengeluarkan anak, dan melatih anak aku menjadi pintar dan mempunyai skill KBKK yang kuat. Dan yeah, lelaki yang menjadi pembekal sperma, dan mendidik aku ke arah kehidupan yang diberkati tuhan, perlulah seorang yang comel, knowledgeable dan paling penting perlu berfikiran di luar kotak. Dan tidak lupa juga, suka zombies! Haha. Kalau kau cukup ini semua, aku akan pergi Amerika, dan berguru dengan Martha Stewart. Sirius black wa tak tipu.

My point is, dear society, boleh tak jangan jadi kan wang sebagai alasan. Boleh tak? Boleh tak? Kau nak kahwin, kau kahwin je. Kalau dua-dua nak, apa lagi ditunggu. Oh lupa mak bapak kau tak nak kan sebab lelaki itu tidak cukup duit lagi? Perempuan itu tidak pandai memasak? Cakap kat mak bapak engkau, "Mak, ayah, kalau awak tidak merestui perhubungan saya ini ke jinjang pelamin, awak akan menambahkan kebarangkalian saya untuk mati kesorangan. "

So yeah, money it's not the problem. You are the problem. Fikir-fikirkan lah. =)