HISB: Ini adalah X-Ray Kaki Seorang Wanita


Ini lah ye kawan-kawan, kesakitan yang sanggup dilalui oleh wanita demi untuk kelihatan tinggi dan mendapat er er perky ass look. Wahahahaha. Tapi saya tidak dapat menyangkalnya, memakai kasut tinggi membuat saya self-confidence saya naik beberapa points. Wah wah kalau pakai skirt dan kasut tinggi, boleh rasa macam Heidi Klum sebentar. Nasib baik saya jarang memakainya kerana saya memikirkan keselesaan untuk berjalan jauh daripada nampak er seksi? Ye lah, dalam usaha mengurangkan mendapat arthritis di hari tua. Plus, cuba bayangkan kalau zombies ditakdirkan hadir dalam hidup kita pada suatu hari nanti. Tidakkah menyusahkan untuk menyelamatkan diri ketika memakai high heels?

Saya tabik spring sama korang yang tidak boleh hidup tanpa high heels. Work that ass girl! Hiks.