HISB: Nasi Lemak 2.0



Dijadikan cerita kerana bulan ini adalah bulan hari lahir aku, maka aku secara automatiknya eligible untuk claim satu tiket free dari GSC. Jadi aku memilih Nasi Lemak 2.0 untuk birthday treat aku. Hehehe. Thanks GSC!

OMG cerita ni best dowh. Sangat random dan bermesej murni. Seriously watch it if you are a Malaysian. Heee sokonglah filem dari anak tempatan kita. XD

Tapi aku bukan nak cerita pasal filem itu. Aku nak cerita pasal manusia-manusia yang memboikot cerita itu kerana si pembuat filem itu adalah dikatakan oleh mereka sebagai penghina bangsa kita. Penghina negara. Dan mereka membuat kesimpulan sesiapa yang menonton filem ini boleh dianggap sebagai menyokong si penghina negara ini.

THE FUCK IS WRONG WITH YOU PEOPLE?

Let me tell you what. I don't fucking care siapa buat filem itu. Bangsa apa pembuat filem itu. Apa jenis orang pembuat filem itu. I DON'T GIVE A FUCK. Seriously I don't.

Kau tahu apa aku kisah?

PANDANGAN DIA YANG DIA SALURKAN MELALUI FILEM ITU.
Walaupun pandangan dia berharga 10 ringgit, aku tak kisah bayar. Tak kisah! (Walaupun realitinya aku dapat for free, but if i had to pay, i would pay it without a doubt!) Aku nak tahu apa mesej filem itu. Bagaimana cara dia sampaikan. Adakah filem itu berjaya mengubah tanggapan aku terhadap perkara-perkara tertentu?

Aku sebenarnya seorang yang sangat ingin tahu. Bite me. But adakah perasaan ingin tahu aku ini membuat aku sebagai penyokong penghina bangsa ku, penghina negara ku? You must be kidding right? What's your logic?

My logic is simple, duit 10 ringgit dari aku seorang anak Malaysia aku salurkan kepada seorang anak Malaysia jugak. Kenapa kau tak boleh nampak macam tu? Kalau anggapan kau itu memang boleh dipandang serius, adakah bermaksud sekiranya aku menonton filem yang dibuat oleh seorang Atheist (banyak pengarah Hollywood Atheists), aku dikira menyokong Atheist?

Tak kan?

Yang aku sedih sangat, kenapa kau tak suka, kau ajak orang lain pun tak suka jugak? Kenapa? Kenapa kau tak kasi orang peluang untuk mengambil tahu? Tak kasi orang peluang untuk memilih? Kenapa perlu menjatuhkan judgment "Kalau kau tengok, kau menyokong dia. Kau menyokong penghina bangsa kita. Kau menyokong penghina negara."?

Kenapa?

Aku nak tahu kenapa. Bayangkan kalau si pembuat filem itu menggunakan nama yang tidak dikenali, adakah kau akan menjatuhkan hukuman yang sama? Aku sedihlah dengan orang kita. Cepat melatah. Enggan mendengar pendapat orang lain. Belum lagi mengetahui cerita sebenar sudah sukasukaheyhey menjatuhkan hukuman. Dikatanya orang itu menghina. Dikatanya orang itu racist. Kerana apa?

Kerana nama dia Namewee.


Come on lah. Grow up.
Itu hasil karya dia. Terima lah dengan hati terbuka. Sebuka hati engkau menerima cerita negara luar yang lain.

Konsep dia senang je which yang aku dah ulang banyak kali dalam blog ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dah nasib dia baik, dia pandai mencipta nama dengan membuat pernyataan-pernyataan berani. Bukan macam engkau, bersembunyi di sebalik dolak dan dalih. Cium bontot sana sini. Sori la beb, cara nak naik itu banyak. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Dengan gembira aku nyatakan aku suka gila filem itu. Filem itu lansung tidak mencerminkan apa-apa pun buruk pasal pembuat filem. Selepas menonton filem itu, aku lihat diriku, reflect diriku, dan aku rasa sedikit pelik kerana aku masih seperti biasa. Masih sayang bangsa aku. Masih sayang negara aku. Tetapi dalam diri ku ada satu mesej yang aku bawa dari cerita itu " Kita masing-masing unik, dengan keunikkan masing-masing jadilah Malaysia!" Jangan lah marah orang nak jadi unik. Tak mengikut pandangan konservatif engkau. Sebab keunikkan itu lah menyatukan kita.

So yeah, why so serious?
=)