HISB: Kesungguhan.



Video ini mengajar aku bahawa sekiranya aku passionate terhadap perkara yang aku akukan, orang tak berapa minat dengan apa aku buat pun boleh jadi minat bila tengok betapa passionatenya aku itu.

Apa itu passion?

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu?

Tetapi malangnya di dalam masyarakat kita kesungguhan dianggap kepoyoan.

Kerana segelintir dalam masyarakat kita tidak suka melihat orang bersungguh-sungguh.

Sedarlah wahai masyarakat dalam menunjukkan kesungguhan, kepoyoan itu perlu. They go hand in hand. Sekiranya awak tidak passionate terhadap perkara yang awak suka, awak jangan mengata orang yang passionate. Masing-masing ada agenda masing-masing. If it doesn't concern you, walk away. If it does, stay and listen.

Bak kata Benjamin Zander, instead of sharing his passion with 3% yang suka classical music dia choose to share his passion with everyone. Ye lah kan, daripada kita mengecilkan bulatan apa kita membesarkan bulatan. Haters gonna hate but don't forget those lovers.

Tapi untuk berkongsikan kesungguhan kita sendiri perlu bertanya kepada diri sendiri. Adakah kita benar bersungguh-sungguh? I always tell this to my band, walaupun kita buat benda untuk fun-fun, tapi kita perlu bersungguh-sungguh juga. Mesti ada perancangan masa hadapan. Mesti tahu apa arah tuju. Siapa cakap tidak boleh jadi passionate dalam melakukan perkara yang dilakukan secara fun? Sebab aku percaya sangat dengan peribahasa 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Kalau kita selalu mencari alasan untuk maju ke hadapan, lupakan sahaja apa yang impikan.

Dan paling penting untuk menjadi bersungguh-sungguh. Kita kena tanya jugak diri sendiri kenapa kau nak bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara? Adakah untuk kepuasan diri? Atau whatever reasons? Kalau orang tanya kenapa aku suka benda-benda moe. Aku akan jawab sebab aku suka rasa fuwa-fuwa (fluffy-fluffy) bila aku nampak, dengar dan buat benda moe. Lama-lama aku sedar, oh bukan aku sorang je boleh rasa fuwa-fuwa, aku boleh kongi rasa fuwa-fuwa aku dengan orang lain. So whenever orang datang kat aku and cakap "Awak nyanyi comel!" dalam keadaan tersenyum lebar and selalu nya datang dari orang yang nampak macam berhati keras, aku rasa macam sedikit best! Kerana hati yang keras pun boleh jadi fuwa-fuwa.

Kalau orang lain boleh memperjuangkan agenda masing-masing. Aku pun boleh! Walaupun agenda aku macam tidak make sense. Apa memperjuangkan moe? Memperjuangkan fuwa-fuwa feeling? Why not? It's not a bad thing pun. As long as it's done in moderation. Wasatiah itu penting. =)

Dan dengan itu aku ingin menyeru kepada semua untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Tak kisah lah apa agenda anda (and of course lah perkara yang baik-baik yang mendatangkan faedah, bersungguh-sungguh dalam mengumpat dan mengata adalah perkara orang bodoh je buat) apa faktor motivasi anda (duit,kepuasan,whatever the fuck), yang penting bersungguh-sungguh. Dan jangan kedekut nak kongsi passion anda dengan semua orang. Biar lah orang kata kita poyo selagi benda kita itu tidak mengacau hidup dan mati seseorang, layan kan aje.

Dan kepada orang yang suka menjatuhkan orang, hentikan sahaja, buang masa dan tenaga tau jadi jelly. Apa kata awak cari benda yang boleh buat awak rasa passionate. Instead of spending all your energy to be jelly, why don't you channel them to something positive. Beringat lah lagi bagus jumpa dengan orang yang berbeza dan mempunyai passion dalam bidang yang berbeza supaya kita banyak belajar. Dari duduk dalam tempurung dan perasan sorang-sorang bahawa apa yang kau fikir adalah betul. It's time to pop the bubble and look around and appreciate the beauty of people with different passions and learn from them.

Dan kadang-kadang aku rasa aku boleh jadi macam Dr Fadzilah Kamsah. #randommacamsial