HISB: YUMEcolors SPONTAN! - Rancangan TV Raya


Selain daripada memperjuangkan muzik moe ke seantero Malaysia, segelintir ahli desu! (kecuali vokalis dan pemain gitar rhythm) mempunyai minat dalam bidang lakonan. Dan side project untuk tujuan menunjukkan bakat lakonan mereka ini dinamakan YUMEcolors. Sebenarnya YUMEcolors ditubuhkan sebelum desu! Sekarang ini baru nak aktif balik. Kerana ojamoja tiada bakat untuk berlakon maka selalunya ojamoja adalah gadis belakang tabir yang selalu menahan diri dari ketawa kuat. True story. Kemungkinan mereka-mereka ini berserta kawan-kawan kami yang suka berlakon teater akan menyertai satu pertanding membuat video bulan hadapan. Seperti biasa ojamoja akan menjadi gadis belakang tabir dan kemungkinan kali ini membawa sandwich untuk para krew dan pelakon. Ye lah kan, nak menyokong rakan-rakan boleh je dalam apa jua bentuk. Tak boleh berlakon, kita buat sandwich. Dok gitu?



Sketsa di atas adalah seratus peratus dilakonkan secara spontan di mana tiada pre-skrip.
Sebelum rakaman bermula, para pelakon diberi:


*satu situasi
*kostum
*prop

Dan dari situ, mereka perlu mencipta jalan cerita, karakter dan dialog secara spontan.

Kononnya macam Whose Line Is It Anyway versi Bahasa Malaysia.