Saya tidak bersetuju dengan komik ini di mana ia cuba menunjukkan dengan gitar anda boleh membuat seorang perempuan menjadi gila dan lantas membogelkan diri. Fahaman apakah ini?
Tidakkah perempuan-perempuan ini tahu, gitar bukan lah the only musical instrument mereka perlu rasa turn on. Ok mamat ini ada gitar, dan menggoreng. Big deal. Cuba lihat di belakang mamat itu. Ada bassist, ada drummer. Hello mereka ini penting tahu. Ingat senang ke nak main drum? Memerlukan banyak otot untuk bermain drum. Drummer adalah paling berani di dalam band kerana, drum ada lah satu instrument yang mengeluarkan bunyi yang kuat dan bila kau kuat, kau buat silap orang lagi sedar. Hehe.
And bassist? Come on lah wei, bila kau mendengar sesuatu lagu, nescaya bunyi bass yang memberi kau groove untuk menghentak-hentak kaki.Lagu tanpa bunyi bass adalah flat dan boring. Kalau flat dan boring, tak turn on lansung.
With this being said, perempuan-perempuan di luar sana, sekiranya anda mempunyai taste suka musician, jangan anak tirikan drummer dan bassist. Gunakan telinga untuk memilih yang mana buat anda turn on bukan semata-mata sebab instrument itu sendiri. And by the way, the guy in the comic is a wannabe, please learn to differentiate between a wannabe and a real musician. Heh.
Tetapi kalau anda tanya saya, saya akan pesan, jangan mendekati musicians sekiranya anda mencari cinta of your life. Mereka ini tidak boleh dipercayai sangat. OOOOPPPPPSSSSSSS. Sorry para musicians semua, jangan marah saya. Saya hanya bercakap dari pengalaman dan melihat orang lain. Kalau itu bukan awak, tidak payah lah terasa. Ok?
Sekian terima kasih.
Sumber komik: Explosm.net