HISB: Kahwin dan Ojamoja





Boleh tak kalau kahwin nanti tak payah mintak-mintak duit hantaran ni? Tak payah ada barang hantaran, majlis kahwin besar-besar, memperagakan baju dan body dan muka make-up tebal di satu hari yang oh sepertimana orang anggap di hari engkau dilayan umpama raja dan permaisuri. Dan boleh tak kita berhenti pandang perkahwinan itu umpama benda-benda yang menunjukkan status engkau di mata masyarakat? Sangat conspicuous consumption doh. Fuck this shit.

Dan boleh tak orang stop pandang mendirikan institusi perkahwinan ini seumpama menjual anak perempuan dan menyusahkan anak lelaki? And boleh tak jangan campurkan adat dan agama sampai perihal agama tersisih, yang dipentingkan perihal adat. Fuck this shit. Menjadi Melayu tak menjanjikan aku syurga. Menjadi muslimah yang mengikut apa yang disyariatkan agama, menjanjikan aku syurga.Hello people, priority please! Islam > Melayu

Dan boleh tak para lelaki yang budiman stop complaining about the reason engkau tak nak kahwin lagi dengan kekasih pujaan engkau itu sebab tiada duit. Tak stable la apa la. Bercinta lama-lama. Tetapi bila cakap pasal kahwin, terus jadi macam lintah di salut garam! Fuck this shit.

Dan perempuan-perempuan pulak, tak nak kahwin lagi sebab lelaki aku tidak stable, tiada duit nak bayar duit hantaran engkau yang mahal gila ittiew bla bla.

Boleh tak kasi alasan tak nak kahwin sebab tidak komited. Tidak percaya dengan institusi perkahwinan. Macam aku. Haha kerana itu adalah alasan aku. True story.

And the main reason why I think I want to get married eventually is I don't want to die alone. Dan aku rasa perkahwinan adalah salah satu proses yang aku boleh percaya untuk, erm erm erm, membetterkan diri sendiri? And the other reason, I want to make use of my ovum lah. Kau tau tak berapa banyak ovum dikeluarkan dari kau mula hit puberty hingga ke menopause? Lebih kurang 500 ovums. Banyak gila. So macam pembaziran lah kalau aku tak guna kan. Ye lah kan dalam agama cakap, pembaziran itu amalan syaiton. Walau pun aku ini nampak jahat, aku tak nak lah ikut perangai syaiton sangat.

Duit boleh dicari. Tolong lah fikir macam tu. Tolong lah wahai manusia-manusia yang sama jantina denganku. Melainkan kalau kau tu macam dalam kelompok yang tiada advantage untuk mencari duit sendiri untuk kehidupan lebih selesa. Contoh, kau cantik, tetapi tidak pintar, jadi secara logik untuk menjalani kehidupan selesa seperti Rosmah, kau perlu mencari lelaki yang er, BANYAK DUIT SANGAT! Yeah a FREE RIDE.

Kenapa?

Sebab kalau lelaki kau tak banyak duit sangat, mesti hidup kau pun ala-ala kadar je. Sebab kau tu tak pintar, dalam kehidupan sekarang kepintaran itu penting dalam mencari $$$. Tetapi worry not, kau cantik. Gunakan kecantikkan kau sebaik mungkin! Kumpul duit banyak bila, kecantikkan kau tu masih ada. Kerana mengikut hukum alam, yang cantik tidak akan sentiasa cantik. Tetapi itu kalau kau bernasib baik, SEBAB KAU CANTIK. Kalau kau buruk dan tidak pintar, erm..erm..erm..takpe setiap usaha yang dilakukan, pasti ada hasilnya ok? Dan kalau kau cantik/buruk dan pintar, hehehe kau mungkin ok dalam menjalani kehidupan yang selesa. Pro tip: Sila cari manusia yang boleh mencari duit sendiri dan sama level dalam kepintaran. Untuk masa hadapan dowh. Bagi aku dalam perkahwinan, ia beroperasi dua hala. Jangan ingat sebab suami ketua keluarga, semua benda kena bebankan dia. Jangan sesekali.

Dan ingin aku tegaskan sekali lagi aku takut komitmen dan tidak percaya dengan institusi perkahwinan., sebab itu aku masih begini. Tetapi aku hendak kahwin kerana aku mahu melahirkan anak dan tidak mahu merasai kesedihan bila aku sakit di waktu tua kerana tiada siapa yang menemani aku. Jujurkan aku? Tetapi kalau aku seorang yang selalu berfikiran logik, aku perlu sedar: BILA MATI, MEMANG KAU SORANG-SORANG PUN DALAM KUBUR. Betul tak?

Tetapi bidasan aku untuk logik itu, MEMANG LA DALAM KUBUR SORANG-SORANG, TAPI AKU NAK GUNAKAN PRIVILEGE DOA-DOA DARI ANAK-ANAK (yang soleh dan solehah) AKU UNTUK MEMBANTU AKU DALAM KUBUR. Hiks.

Maka sekarang ini Ojamoja sila lebih berkeyakinan dalam memberi komitmen dan menambahkan kepercayaan kepada institusi perkahwinan. Semua benda kita yang rancang, tetapi Tuhan juga yang menentukannya kan kan kan? So yeah, kalau aku kahwin, aku straight nak ada anak, sebab itu memang tujuan aku nak kahwin, mengeluarkan anak, dan melatih anak aku menjadi pintar dan mempunyai skill KBKK yang kuat. Dan yeah, lelaki yang menjadi pembekal sperma, dan mendidik aku ke arah kehidupan yang diberkati tuhan, perlulah seorang yang comel, knowledgeable dan paling penting perlu berfikiran di luar kotak. Dan tidak lupa juga, suka zombies! Haha. Kalau kau cukup ini semua, aku akan pergi Amerika, dan berguru dengan Martha Stewart. Sirius black wa tak tipu.

My point is, dear society, boleh tak jangan jadi kan wang sebagai alasan. Boleh tak? Boleh tak? Kau nak kahwin, kau kahwin je. Kalau dua-dua nak, apa lagi ditunggu. Oh lupa mak bapak kau tak nak kan sebab lelaki itu tidak cukup duit lagi? Perempuan itu tidak pandai memasak? Cakap kat mak bapak engkau, "Mak, ayah, kalau awak tidak merestui perhubungan saya ini ke jinjang pelamin, awak akan menambahkan kebarangkalian saya untuk mati kesorangan. "

So yeah, money it's not the problem. You are the problem. Fikir-fikirkan lah. =)